Syahid Di Bumi Syria, Wanita Ini ‘Pergi’ Di Atas Ribaan Suami Ketika Khatam Al-Quran

Share

Wanita ini tidak kita kenali namun mengetahui cara pemergian beliau bertemu Pencipta membuatkan kita rasa begitu cemburu. Wanita bernama Nuruk Fahima Abdul Rahim ini memang cukup beruntung.

Nurul Fahima Abdul Rahim, meninggal dunia di bumi yang penuh barokah, di bumi Syria pada hari Jumaat 22 Januari 2021, jam 5.47 pagi. Kematian beliau di tanah Syam. Ada 25 ribu jasad sahabat dikebumikan di Syam termasuk isteri-isteri nabi.

*Waktu sepertiga malam Jumaat sedang khatam Al-Quran atas ribaan suami (syurga untuk para isteri)

*Dapat menamatkan hafalan Al-Quran secara bersanad di tanah Syam. Dan sanad yang tinggi, yang jarang orang Malaysia dapat.

*Disebabkan sanad Al-Quran yang tinggi, beliau diamanahkan untuk menjadi pengajar bagi memperbetulkan bacaan Al-Quran orang arab di sana.

*Dua puterinya menunggu untuk menarik beliau ke Syurga kerana kesemua anak beliau meninggal di Syam ketika masih kecil.

*Beliau syahid pada usia 31 tahun.
“Dari Anas bin Malik berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa keluar (pergi) untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah sehingga kembali” (HR. Tirmidzi).

Faktor arwah meninggal dunia kerana komplikasi jantung yang serius.

APAKAH AMALAN BELIAU SEHINGGA ALLAH MENGANGKAT MARTABATNYA SEHEBAT ITU?

1. Sebelum azan, beliau sudah pun berwuduk

أَىُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ ‏”‏ الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا ‏”‏‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَىُّ قَالَ ‏”‏ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ ‏”‏‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَىّ قَالَ ‏”‏ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ‏”‏‏

Maksudnya: Apakah amalan yang paling dicintai di sisi Allah SWT? Nabi menjawab “Solat pada waktunya”. Dia (perawi) bertanya lagi kemudian apa, jawab Baginda “berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. Dia bertanya lagi kemudian apa, jawab Baginda “Jihad pada jalan Allah SWT”.

(Hadis ini lengkap beliau amalkan)

2. Bersedekah setiap pagi subuh. Setiap pagi lebih kurang matawang Malaysia RM1 dimasukkan kedalam tabungnya di rumah untuk diberikan kepada yang memerlukan pada masa tertentu. Padahal mereka sendiri juga sangat memerlukan.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

عن أبي هُريرة قَالَ: قالَ رَسُول اللَّه ﷺ: مَا مِنْ يَوْمٍ يُصبِحُ العِبادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلانِ، فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

“Setiap pagi, dua malaikat turun mendampingi seorang hamba. Yang satu mendoa: Wahai, Tuhan! Berikanlah ganti rugi bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya. Dan yang satu lagi berkata: Wahai, Tuhan! Musnahkanlah harta si bakhil.”  (HR Muttafaq Alaih)

3. Bacaan Al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya 1 muka. Tidak termasuk ulangan hafalan. Memiliki 2 sanad Al-Quran yang tinggi Dan alunan Al-Quran seolah-olah ‘muzik penghibur’ bagi beliau setiap masa di rumah. Sedangkan kita naik kereta dengar lagu, dalam rumah lagu, tempat kerja pasang lagu.. Ya Rabb..

عَن ابنِ عُمَرَ رَضي اللٌهُ عَنهاَ قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللٌهِ صَلٌي اللٌهُ عَلَيهِ وَ سَلٌم لآحَسَدَ ألآ فيِ اثنَتَينِ رَجُلُ اتَاهُ اللٌهُ القُرانَ فَهُو يَقُومُ بِه انَأءَ اللًيلِ وَانَأءَ النَهَارِ وَرَجُلُ اعطَاهُ مَالآ فَهُوَ يُنفق مِنهُ انَأءَ الٌلَيِل وَانَأءَ النٌهَارِ.
(رواه البخارى ومسلم والترمذى والنسائى وأبن ماجه).

Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak diperbolehkan hasad (iri hati) kecuali terhadap dua orang: Orang yang dikurniakan Allah (kemampuan membaca/menghafal Al-Qur’an). Lalu ia membacanya malam dan siang hari, dan orang yang dikurniakan harta oleh Allah, lalu ia menginfakkannya pada malam dan siang hari.”  (HR Bukhari, Tarmidzi, dan Nasa’i)

4. Memberi makan jiran tetangga. Hampir setiap hari, dia pasti memberi juadah pada jirannya walaupun sepinggan nasi.

عن أَبي ذر ، قَالَ : إنّ خليلي r أوْصَاني : (( إِذَا طَبَخْتَ مَرَقَاً فَأكْثِرْ مَاءها ، ثُمَّ انْظُرْ أهْلَ بَيْتٍ مِنْ جِيرَانِكَ ، فَأصِبْهُمْ مِنْهَا بِمعرُوفٍ )) .

Dari Abu Dzar, dia berkata: “Sesungguhnya kekasihku berpesan kepadaku: ‘Jika engkau memasak masakan berkuah, perbanyaklah kuahnya, kemudian lihatlah anggota keluarga dari tetanggamu, maka berikanlah kepada mereka dengan baik.” (HR Muslim)

5. Menghormati suami. Beliau tidak benarkan suaminya membuka pintu sendiri. Cukup sekadar ketuk dan memberi salam kerana dia ingin menyambut suaminya setiap kali pulang rumah. Baju seluar suami pastikan dirapikan dahulu sebelum suami memakainya.

Dan beliau tidak akan makan makanan itu sehingga suami yang akan makan dahulu walaupun beliau berbuka puasa. Dia sekadar berbuka dengan air dan kurma sahaja dan tunggu suami pulang untuk makan bersama.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ

“Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta’at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki” (Riwayat Ibn Hibban)

6. Solat witir pada setiap malam. Dikhabarkan walaupun seletih mana, dia akan arahkan suaminya sediakan wuduk terhadapnya untuk dia solat witir.

Abu Hurairah R.A beliau berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Kekasihku (Rasulullah S.A.W) berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat witir sebelum tidur. (Riwayat Al-Bukhari)

7. Membaca 3 Qul dan zikir sebelum tidur. Sekiranya suaminya tertidur keletihan, dikejutkan suaminya untuk turut membacakannya.

عن النبي صلى الله عليه وسلم انه قال لعائشة رضي الله عنها: يا عائشة لا تنامي حتى تعملي أربعه أشياء: حتى تختمي القران وحتى تجعلي الأنبياء لك شفعاء يوم القيامة، وحتى تجعلي المسلمين راضين عنك، وحتى تجعلي لك حجة وعمرة.
فدخل صلى الله عليه وسلم، فبقيت على الفراش حتى أتم الصلاة، فلما أتمها قالت: يا رسول الله، فداك أبي وأمي، أمرتني أربعه أشياء لا اقدر في هذه الساعة أن أفعلها
فتبسم رسول الله وقال: إذا قرأت قل هو الله احد ثلاثا فكأنك ختمت القران، وإذا صليت علي وعلى الأنبياء من قبلي فقد صرنا لك شفعاء يوم القيامة، وإذا استغفرت للمؤمنين فكلهم راضون عنك، وإذا قلت : سبحان الله والحمد لله ولا اله إلا الله والله اكبر فقد حججت واعتمرت.

Maksudnya : “Diriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda berkata kepada Aisyah R.anha: Wahai ‘Aisyah jangan kamu tidur sehingga kamu melakukan empat perkara. Sehingga kamu khatam Al-Quran, sehingga kamu menjadikan para anbiya’ sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat kelak, sehingga kamu menjadikan orang muslim redha kepada kamu dan sehingga kamu melakukan haji dan umrah. Kemudian Nabi SAW masuk ke tempat tidur dan bersolat. Apabila Nabi SAW selesai menunaikan solat Aisyah berkata : Wahai Rasulullah, kamu memerintahkan aku untuk melakukan empat perkara, aku tidak mampu melakukan dalam satu masa yang singkat. Lalu Nabi SAW tersenyum dan berkata : Jika kamu membaca Qul Huwallahu Ahad tiga kali seakan-akan kamu telah mengkhatamkan Al-Quran. Jika kamu berselawat kepada aku dan kepada para nabi sebelumku maka kami akan jadi pemberi syafaat kepada kamu pada hari kiamat kelak. Jika kamu meminta ampun untuk orang mukmin maka mereka semua akan redha kepada kamu. Jika kamu menyebut : subhanallah, walhamdulillah dan La ilaha Illallah Wallahu Akbar maka kamu telah melakukan haji dan juga umrah.”

Antara wahsiat yang selalu diingatkan beliau terhadap suaminya,
1. Jangan kamu membenci orang lain.
2. Jaga ibu dan ayah (taati).
3. Lupakan kebaikan sendiri, ingat kebaikan orang.

Jenazah beliau menjadi rebutan puluhan para syeikiah dan asatizah untuk dimandikan. Menjadi rebutan orang datang membantu. Disebut-sebut kebaikan beliau oleh rakan-rakan, jiran tetangga dan guru-guru.

Benarlah kematian beliau menghidupkan hati-hati kita yang sudah lama mati. Kalian, ini ‘pakej lengkap’ yang kita dambakan sebagai seorang mukmin. Satu teka teki yang sering saya kongsikan untuk ditanyakan pada kalian.

“Sekiranya malam ini malam terakhir buat kita, apakah layak untuk kita masuk Syurga Allah..?”

Sumber kredit: Arabic Mendy dan Kun Anta

Published by
Norhasliza