Momen ‘sweet’ antara Raja Permaisuri Agong dan Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah berkongsi buku Surah Yasin ketika majlis bacaan surah Yasin menarik perhatian netizen. Ternyata aksi dua wanita istimewa ini nampak sungguh natural umpama ibu dan anak.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan 2019 di Masjid Negara, semalam.
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada jam 7.10 malam disambut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Imam Besar Masjid Negara,Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudiannya berkenan menunaikan solat maghrib diikuti dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat yang diketuai Syaikh Ismail.
Rata-rata netizen memuji momen indah yang terjalin antara keduanya. Ada di antara mereka merasakan ia adalah satu momen yang paling indah untuk rakyat Malaysia.
INI ANTARA KOMEN-KOMEN NETIZEN
Sumber kredit: Istana Negara dan Bernama.com