Susur Jejak Langkah Isteri Rasulullah! Hebat ‘Berniaga’ Kejayaan Vivy Yusof Inspirasi Muslimah Untuk Berjaya!

Share

Figura yang satu ini memang cukup dikenali ramai. Kejayaannya menjadi usahawan dalam usia masih muda memang cukup dibanggakan rakyat Malaysia. Vivy Yusof atau nama penuhnya Vivy Sofinas Yusof, 28 tahun adalah seorang model, blogger, ikon fesyen dan juga ibu kepada dua cahaya mata.

Bukan itu sahaja, Vivy juga antara perintis dalam dunia perniagaan dalam talian paling popular di Malaysia. Anak kelahiran Kajang ini merupakan pengasas bersama FashionValet, salah satu laman sesawang dalam talian yang menawarkan pelbagai label popular.

Ceburi Bidang Perniagaan Di Usia Muda! Kejayaan Vivy Cetus Fenomena Hingga Kini

Dia juga turut mengusahakan hijab label dUCkscarves yang sering mencetus fenomena dan jadi dambaan hijabi.

Kejayaan yang diraih wanita muda ini bukanlah mudah yang disangka. Vivy bermula dengan menulis di blognya sendiri, Proudduck.com dan telah mengelola laman blognya lebih tujuh tahun bermula dari zaman kolej ketika belajar di London.

Blog itu Vivy banyak bercerita mengenai kisah cinta, kerjaya, keluarga dan kini kehidupan hariannya sebagai seorang ibu. Ramai follower yang mengikut blognya dan dari situ Vivy mula mengumpul peminat tersendiri.

Sebenarnya Vivy tidak mempunya latar belakang dalam bidang perniagaan mahupun fesyen. Sebaliknya wanita kecil molek ini mengambil jurusan undang-undang dari London, ‘School Of Economics’, manakala suaminya pula adalah lulusan kejuruteraan penerbangan angkasa.

FashionValet mula beroperasi sejak bulan November 2010 dengan hanya 10 jenama tempatan sahaja yang mengambil bahagian. Kini, Vivy dan suaminya mempunyai 30 orang pekerja dan stok barangan lebih dari 400 jenama dari serata Asia Tenggara.

FashionValet menawarkan pelbagai pakaian fesyen dan aksesori dari pereka karya seni tempatan dan luar negara seperti Minz, Gallo by Thian, PU3, Sereni & Shentel, Mimpikita, Dusk Till Dawn dan banyak lagi. Vivy mengakui bahawa harga produk yang dijual di FashionValet agak mahal tetapi mereka berpegang kepada prinsip menyediakan produk yang berkualiti kepada pelanggan.

Sumbangan Sebagai Muslimah, dUCkscarves ‘Buah Tangan’ Vivy Untuk Hijabi

Tidak hanya berhenti di situ – sebagai seorang wanita Islam, Vivy mengembangkan perniagaannya daripada hanya menjual pakaian kepada mempunyai tudung jenama sendiri, selendang dUCkscarves.

Selain daripada itu, dia juga turut menjual peralatan alat tulis, iaitu alat tulis dUCk dengan pelbagai reka bentuk sesuai untuk pelanggannya yang kebanyakannya merupakan kaum wanita. Selendang dan alat tulis dUCk sentiasa menerima sokongan yang menggalakkan daripada pelanggan dan sering habis dijual setiap sekali dilancarkan.

Ituah keistimewaan Vivy Yusof yang kini menjadi ikon fesyen. Mempunyai follower di laman instagramnya berjumlah 1.3 juta dan apa sahaja yang digayakan Vivy akan menjadi ikutan. Wanita ini cukup bijak bergaya dan istimewanya dia memperasa busana yang dijualnya sendiri.

Biarpun sibuk dengan kerjaya, Vivy tetap menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan ibu kepada keluarganya. Pelbagai kejayaan diraih dan ia menjadi inspirasi kepada hijabi di luar sana yang memang menjadikan Vivy sebagai idola mereka.

Sumber: NEGARAKU, Intagram VIVY YUSOF

Artikel berkaitan: “Kalau Cari Di Google, Akan Keluar Tentang Haiwan Dulu..”- Vivy Terkejut Bila Anak Komen Nama dUCk!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir