Susulan Kes Pembuangan Sisa Kimia Gas Metana, YM Che Puan Khaleeda Zahir Simpati & Titip Pesanan Berguna

Share

Kejadian kes pembuangan sisa kimia secara haram dipercayai gas metana di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang telah menyebabkan ramai yang dimasukkan ke hospital. Malah ada antaranya yang telah dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kebanyakannya adalah murid sekolah dari sekolah berdekatan.

Sehingga kini ratusan orang ditahan dan mendapatkan rawatan di hospital. Dalam pada itu, kes ini juga turut menarik perhatian isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), YM Che Puan Khaleeda Bustamam yang turut menzahirkan simpati kepada mangsa terbabit.

Dalam satu kenyataan balas melalui posting di media sosial laman instagram miliknya, YM Che Puan Khaleeda berkata apa yang terjadi di Pasar Gudang adalah sesuatu yang  memilukan.

YM Che Puan Khaleeda berharap agar mereka dapat membersihkan udara dengan segera dan membuat  sesuatu agar masalah ini dapat diatasi segera.

Dalam masa yang sama YM Che Puan Khaleeda juga menasihati agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dan mengingatkan orang ramai memakai topeng muka. Beliau juga turut mendoakan kesejahteraan kepada mangsa dan keluarga yang terbabit.

 It is very unfortunate of what happened in pasir gudang. I hope they can clear the air immediately and do something about the affected areas and in the mean time, I insist for everyone to be cautious and wear a mask if possible.

My prayers are with the victims and families that are affected. Salam from me and my family

Dalam pada itu menurut Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd Rizal Razali berkata kandungan gas metana yang terlalu tinggi dalam udara boleh membawa maut kepada orang awam.

Bercakap dengan Astro Awani, Dr. Mohd Rizal yang merupakan pakar dalam bahagian pengurusan kimia dan organik berkata, keadaan ini boleh berlaku apabila kemampatan gas metana tinggi dan kandungan oksigen dalam udara berada di bawah paras 15 peratus.

“Agak berbahaya kepada orang awam sekiranya kandungan oksigen di dalam udara berada pada paras bawah 15 peratus.

“Ia boleh mengakibatkan pengsan dan membawa maut kerana kandungan oksigen yang disedut tidak mencukupi,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun Dr. Mohd Rizal berkata kesan sampingan seperti pengsan dan muntah-muntah boleh dielakkan sekiranya kandungan oksigen dalam udara ketika kejadian berada paras 23 peratus.

Ditanya kenapa gas metana tersebut menyebabkan beberapa pelajar terbabit pengsan dan muntah, beliau berkata, “kemungkinan pelajar terbabit sebelum itu mengalami masalah fizikal seperti kesesakan nafas dan kedudukan mereka dengan kawasan tercemar adalah terlalu dekat.”

Menyifatkan bahawa gas metana memberi kesan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur, Dr. Mohd Rizal menjelaskan simptom-simptom awal yang boleh dikenal pasti sekiranya seseorang terhidu gas tersebut adalah sesak nafas dan muntah-muntah,” tambahnya yang memberitahu gas ini sukar dikesan memandangkan ia tiada bau.

Sementara itu beliau juga turut menasihati orang awam supaya mengambil langkah-langkah pencegahan sekiranya berdepan dengan kejadian ini.

Gas metana juga banyak digunakan dalam industri sebagai salah satu bahan bakar atau bahan yang menjadi campuran minyak bumi yang akan diolah menjadi bahan bakar ataupun bahan kimia yang lain. Sebagai contoh, ia sering digunakan untuk kegunaan harian seperti memasak.

SUMBER: ASTRO AWANI & BERITA HARIAN

KREDIT FOTO: INSTAGRAM YM CHE PUAN KHALEEDA & FACEBOOK VIRAL MEDIA JOHOR

Published by
Siti Zurina