Kejadian kes pembuangan sisa kimia secara haram dipercayai gas metana di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang telah menyebabkan ramai yang dimasukkan ke hospital. Malah ada antaranya yang telah dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kebanyakannya adalah murid sekolah dari sekolah berdekatan.
Sehingga kini ratusan orang ditahan dan mendapatkan rawatan di hospital. Dalam pada itu, kes ini juga turut menarik perhatian isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), YM Che Puan Khaleeda Bustamam yang turut menzahirkan simpati kepada mangsa terbabit.
Dalam satu kenyataan balas melalui posting di media sosial laman instagram miliknya, YM Che Puan Khaleeda berkata apa yang terjadi di Pasar Gudang adalah sesuatu yang memilukan.
YM Che Puan Khaleeda berharap agar mereka dapat membersihkan udara dengan segera dan membuat sesuatu agar masalah ini dapat diatasi segera.
Dalam masa yang sama YM Che Puan Khaleeda juga menasihati agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dan mengingatkan orang ramai memakai topeng muka. Beliau juga turut mendoakan kesejahteraan kepada mangsa dan keluarga yang terbabit.
Ads
It is very unfortunate of what happened in pasir gudang. I hope they can clear the air immediately and do something about the affected areas and in the mean time, I insist for everyone to be cautious and wear a mask if possible.
My prayers are with the victims and families that are affected. Salam from me and my family
Dalam pada itu menurut Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd Rizal Razali berkata kandungan gas metana yang terlalu tinggi dalam udara boleh membawa maut kepada orang awam.
Bercakap dengan Astro Awani, Dr. Mohd Rizal yang merupakan pakar dalam bahagian pengurusan kimia dan organik berkata, keadaan ini boleh berlaku apabila kemampatan gas metana tinggi dan kandungan oksigen dalam udara berada di bawah paras 15 peratus.
Ads
“Agak berbahaya kepada orang awam sekiranya kandungan oksigen di dalam udara berada pada paras bawah 15 peratus.
“Ia boleh mengakibatkan pengsan dan membawa maut kerana kandungan oksigen yang disedut tidak mencukupi,” katanya lagi.
Walau bagaimanapun Dr. Mohd Rizal berkata kesan sampingan seperti pengsan dan muntah-muntah boleh dielakkan sekiranya kandungan oksigen dalam udara ketika kejadian berada paras 23 peratus.
Ads
Ditanya kenapa gas metana tersebut menyebabkan beberapa pelajar terbabit pengsan dan muntah, beliau berkata, “kemungkinan pelajar terbabit sebelum itu mengalami masalah fizikal seperti kesesakan nafas dan kedudukan mereka dengan kawasan tercemar adalah terlalu dekat.”
Menyifatkan bahawa gas metana memberi kesan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur, Dr. Mohd Rizal menjelaskan simptom-simptom awal yang boleh dikenal pasti sekiranya seseorang terhidu gas tersebut adalah sesak nafas dan muntah-muntah,” tambahnya yang memberitahu gas ini sukar dikesan memandangkan ia tiada bau.
Sementara itu beliau juga turut menasihati orang awam supaya mengambil langkah-langkah pencegahan sekiranya berdepan dengan kejadian ini.
Gas metana juga banyak digunakan dalam industri sebagai salah satu bahan bakar atau bahan yang menjadi campuran minyak bumi yang akan diolah menjadi bahan bakar ataupun bahan kimia yang lain. Sebagai contoh, ia sering digunakan untuk kegunaan harian seperti memasak.
Sejuk mata memandang melihat satu persatu selebriti kita mula berhijrah. Baru-baru ini Liyana Jasmay yang tampil jelita berhijab tanpa mana-mana-mana paksaan.
Kemudian sebelum raya tempohari, pelakon jelita Sari Yanti yang sudah mendirikan rumah tangga dengan Jep Sepahtu turut melakukan penghijrahan.
Biarpun sebelum itu hanya melihat gambar yang dimuat turun dalam akaun Instagramnya, namun selepas itu Sari Yanti memberitahu bahawa dirinya memang sudah berhijrah.
Ternyata pelakon kecil molek ini semakin cantik dan jelita selepas berkahwin dan kemudiannya berhijab.
Baru-baru ini, Sari Yanti tampil khas melakukan sesi fotografi dengan majalah Hijabista untuk penghias kulit bagi isu tahun baru. Walaupun hanya diberi masa yang singkat, penggambaran berlangsung dengan jayanya.
Dalam temu bual denganya, Sari Yanti mahu terus kekal berhijab begini sampai bila-bila. Dia juga turut meluahkan kegembiraannya bergelar isteri kepada Jep Sepahtu.
Menyentuh perihal rumahtangga Sari Yanti terpancar sinar kegembiraan di matanya. Bertuah dikurniakan suami yang tegas, penyayang dan pemaaf.
Seperti pasangan lain Sari Yanti juga tidak sabar ingin menimang cahaya mata bersama Jep walaupun sudah mempunyai dua orang cahayamata sebelum ini.
Sari Yanti berharap peminat di luar sana mendoakan dia dan Jep dikurniakan anak cepat.
Walaupun mereka berdua tidak berkesempatan untuk berbulan madu tetapi mereka merancang untuk ke Jepun jika berkesempatan nanti.
Namun kebahagiaan pasangan ini memang boleh dilihat dalam kehidupan harian mereka dengan cara tersendiri.
Tular baru-baru ini bagaimana Sari Yanti membuat suprise dengan menghantar sarapan pagi berupa nasi goreng dan cup cake untuk Jepp baru-baru ini di konti radio sinar.fm.
“Tak sangka pulak dah kahwin pun ada suprise?” ujar Jep.
Sebelum itu juga sari Yanti turut membuat kejutan sempena harijadi Jep ke 32 dengan mengadakan parti secara tertutup yang dihadiri rakan dan saudara terdekat.
Apa pun pasti peminat tak sabar menunggu kejutan dari pasangan ini bila mahu menimang cahaya mata baru. Insya-Allah kita doakan yang baik-baik semoga pasangan ini mencapai apa yang dihasratkan.
Kepada anda yang sedang membaca artikel ini, set kan di minda anda, untuk tampil cantik sebenarnya tak susah tau! Apa yang penting, anda harus rajin dan sentiasa peka dengan kulit tubuh anda.
Anda juga harus ingat, untuk tampil dan kekal cantik, tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak! Sebenarnya banyak cara mudah dan murah yang anda boleh cuba di rumah! Ini ialah senarai 5 tip menarik yang anda tidak tahu selama ini!
1. Bersihkan solekan
Harus diingat, solekan yang anda oleskan pada wajah harus selalu dicuci kerana ia merupakan bahan kimia yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit jika dibiarkan terlalu lama. Oleh itu, cuci solekan mata kalis air dengan minyak kelapa, hasilnya cukup bersih! Malah sapukan juga pada wajah untuk menanggalkan sisa-sisa solekan. Selain kulit bersih, kulit juga menjadi lebih lembap. Bila kulit lembap, barulah semakin ‘glowing’ dan kurang masalah jerawat!
2. Kuku putih dan bersih
Ramai yang mengetepikan tentang kebersihan kuku. Kalau solekan cantik tapi kuku ada sisa-sisa hitam pun tiada guna juga tau!Untuk itu, apa kata anda cuba letakkan ubat gigi pada berus kuku. Kemudian gosok dengan lembut pada kuku yang telah direndam dalam air suam. Hasilnya? Kuku menjadi putih dan berkilat! Sesuai dilakukan selepas anda memasak. Ha! Kuning akibat kunyit pun boleh hilang.
3. Asah Kuku
Jangan biarkan kuku terlalu panjang. Nanti orang labelkan anda sebagai seorang yang pengotor! Jika anda tiada pengasah kuku, ambil sahaja kotak mancis dan asah kuku menggunakan bahagian tepi mancis yang bertekstur kasar. Kuku anda akan diasah sempurna.
Setiap kali anda menyepit rambut tentu ia mudah menggelungsur akibat licin bukan? triknya, ambil sehelai tisu dan letakkan penyepit rambut (bobbi pin) kemudian semburkan dengan penyembur rambut. Genggam bunjut tisu dengan penyepit rambut tadi dan goncangkan. Apabila disemat pada rambut, ia akan kekal kemas.
5. Segarkan mata
Bagi anda yang sentiasa menghadapi masalah mata kusam dan kuyu, oleskan penyamar noda pada sudut mata dan mesrakan. Kemudian letakkan sedikit pada puncak bibir. Anda akan tampak segar serta merta!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Perasaan ditinggalkan orang yang kita sayang memang perit. Apatah lagi bila kita sudah berjanji untuk sehidup semati, namun takdir Tuhan siapa yang dapat menduganya. Tuhan lebih menyayanginya. Itulah yang dirasakan oleh pemilik akaun twitter @nurfarzanarosli apabila orang yang dicintanya terlebih dahulu dijemput Illahi.
Kekasihnya, Ahmad Firdaus Hilman Mohamad telah maut dalam kemalangan selepas kereta yang dinaiknya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 55 Jalan Kuantan-Segamat berdekatan Kampung Orang Asli Arung, Pekan.
Setelah 4 tahun bersama, janji untuk menjadi orang terakhir yang dicintainya menjadi kenyataan.
Arwah digambarkan seorang yang baik dan banyak berkorban untuk keluarga dan sahabatnya. Walaupun realitinya menyakitkan, namun gadis ini cuba sedaya upaya untuk redha dan menerima kenyataan ini.
Rasa seperti mimpi. Dia pernah memberi pesanan kepada arwah iaitu “Allah uji orang yang mampu” dan sekarang dia merasakan pesanan itu berbalik kepada dirinya.
Walaupun dia sudah tiada, namun semangatnya sentiasa dibawa bersama.
Sementara itu, ramai netizen yang turut melahirkan rasa simpati terhadapnya dan menitipkan kata-kata semangat agar dirinya terus tabah dan kekal positif. Hijabista juga ingin merakamkan takziah buat keluarga mangsa dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...