Susu Bawang Putih, Petua Awet Muda & Rahsia Wajah Cantik Berseri, Rasa Pun Sedap

Share

Kecantikan harus dijaga sejak dari usia muda. Lagi awal kita mulakan merawat wajah lebih bagus. Cantiknya seorang wanita itu bukan sahaja dari segi luaran sahaja tetapi juga dalaman.

Wajah menawan, kulit mulus dan bentuk tubuh menarik, lazimnya dianggap bonus terbaik bagi kebanyakan wanita yang memiliki setiap kelebihan ini secara semula jadi.

Bagaimanapun, ia tidak bermakna wanita lain sukar kelihatan sempurna untuk kepuasan diri mereka. Asalkan ada kesedaran, usaha, disiplin dan nilai positif, setiap individu masih boleh kelihatan menawan dari perspektif tersendiri.

Berikut perkongsian AJ Idris.

Amalkan minum susu bawang putih. Segelas susu, panaskan dengan 3-4 ulas bawang putih yang diketuk sampai bawang lembut. Guna api perlahan je. Tambah madu atau gula perang sikit. Minum suam-suam. Bawang itu boleh kunyah kalau suka.

Silalah cuba, rasa dia sedap sahaja.

Bukan setakat awet muda, badan pun rasa ringan.

Cubalah dulu, baru tahu.

Susu – guna susu segar, susu penuh krim atau susu rendah lemak.

Janganlah guna susu tepung atau susu pekat manis.

Amalkan setiap hari, pagi atau malam. Kalau rajin pagi dan malam pun boleh. Biasanya terbabas jugaklah sehari dua. Tak apa je.

NUTRISI DALAM SUSU:

* Kalsium

* Vitamin D

* Mengandungi ketiga-tiga mikronutrisi – karbohidrat, protein dan lemak.

* Vitamin A, B,C D,E dan K,

* Potassium

* Fosfat

* Folate

* Zat besi

KHASIAT SUSU:

* Membantu mengawal tekanan darah

* Mencantikkan rambut dan kulit,

* Membantu imunisasi badan,

* Mmembantu proses penghadaman,

* Membantu tumbesaran yang sihat

* Baik untuk pembinaan dan ketahanan tulang dan gigi

KHASIAT BAWANG PUTIH

Mengatur kadar kolesterol – Bawang putih juga berkesan menentang penyakit jantung. Bawang putih membantu mencair dan mencuci serta mengurangkan proses pembekuaan darah. Pengambilan hanya seulas bawang putih berkesan untuk mengurangkan kadar kolestrol dalam badan seseorang sebanyak 10%-15%.

• Memperkuat sistem kekebalan tubuh – Ia merupakan antibiotik semulajadi bertindak sebagai antibiotik yang dapat memusnahkan bakteria dan virus. Bagi mereka yang menghidap selesema, cirit- birit berdarah, taun dan penyakit lain yang berjangkit. Sekiranya anda mengalami jangkitan dlaam telinga, titiskan minyak bawang putih dan kesannya melegakan.

• Mencegah keracunan makanan – Bawang putih mengandungi ciri-ciri anti bakteria dan juga antivirus. Sebagai agen anti bakteria yang berbahaya kepada badan, pengambilan bawang putih dapat mencegah daripada terjadinya keracunan makanan.

• Meningkatkan kekuatan tulang – Selain daripada pengambilanvitamin atau suplemen, makanan tambahan yang paling menjimatkan dan mudah didapati adalah mengambil bawang putih secara teratur yang mampu menambahkan tenaga fizikal dan daya kekuatan stamina seseorang.

• Mengurangkan kembung perut – Masalah angin dalam badan boleh membuat ketidakselesaan dan kembung perut. Ambil dan bakar dua ulas bawang putih di bakar bersama kulitnya sehingga garing dan buang kulitnya untuk dimakan. Anda akan rasa legeaan dalam masa setengah jam.

• Meningkatkan keinginan seksual – Mereka yang mengalami masalah ereksi di galakkan untuk mengambil bawang putih secara konsisten dan teratur kerana bawang putih dapat merangsang pengeluaran enzim dan pengedaran alat kelamin.

• Melegakan kulat dan kegatalan – Bawang putih juga berupaya untuk melegakan gatal-gatal dan kulat pada kaki. Caranya hancurkan bawang putih dan masukkan ke dalam besen berisi air hangat dan rendamkan kaki.

Sumber kredit: AJ Idris via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Published by
Norhasliza