Susu badam sering kali menjadi alternatif bagi individu yang mengalami masalah lactose intolerant serta individu yang mengelak produk tenusu seperti pengamal vegetarian. Susu badam adalah minuman yang diwajibkan keatas ahli-ahli huffaz di Timur Tengah. Manakala, orang-orang Yahudi pula membiasakan anak-anak mereka minum susu badam suam setiap hari.
Walaupun susu badam tidak memiliki khasiat seperti susu lembu, namun nilai nutrisinya hampir sama. Meskipun begitu, susu badam memiliki rendah kalori berbanding susu lain selagi ia tidak ditambah gula. Malah, ia juga bebas lemak dan laktosa. Susu badam yang dihasilkan secara semulajadi amat kaya dengan nilai vitamin dan mineral terutamanya vitamin E yang baik untuk kecantikan kulit.
Teksturnya yang berkrim dengan rasa kekacang adakalanya menjemukan. Apa kata, ubah selera dengan kepelbagaian dan tambahan buah-buahan dalam minuman istimewa ini. Selamat mencuba!
BIJIRIN SUSU BADAM
Bahan-bahan: • Rolled oat
• Susu badam • Strawberry • Delima
• Anggur beku
• Biji labu
• Mentega kacang tanpa gula.
Cara-cara:
• Mula-mula, campurkan rolled oat bersama susu badam dan sejukkan di dalam peti sejuk semalaman. • Setelah disejukkan, campurkan susu badam dan rolled oat sejuk bersama strawberry, delima, anggur beku, biji labu dan mentega kacang tanpa gula.
PUDING BUAH SUSU BADAM
Bahan-bahan: • Chia seed
• Susu badam • Rolled oat
RESEPI SUSU BADAM ASLI
Bahan-bahan:
Bahan A
• 1 cawan kacang badam
• 4 cawan air
• Bahan B (pilihan)
• *** secubit garam
• *** ekstrak vanilla
• *** kurma
Cara-cara: