Bau aroma yang wangi pada waktu malam bukan sahaja memberi ketenangan kepada minda malah memudahkan anda untuk tidur. Bukan hanya dengan menutup lampu ataupun membuka penghawa dingin dapat memberikan anda keselesaan untuk tidur malah pati aroma juga berfungsi untuk memastikan tidur anda berkualiti.
Terdapat pelbagai jenis aroma yang dapat kita miliki yang dijual di pasaran. Terhasil dari pelbagai jenis pati bunga, pastinya pilihan aroma team Hijabista ini dapat membantu anda untuk mudah tidur dan lena semalaman!
- Lavender
Pasti ramai yang menyukai aroma lavender ini. Bukan hanya popular untuk digunakan di dalam kamar tidur, malah aroma lavender ini juga turut digunakan di dalam kereta mahupun bilik air. Kekuatan aroma lavender membantu untuk memberikan tidur yang nyenyak! Ia memberi tubuh badan kita lebih rileks dan selesa dan berpotensi untuk mengatasi masalah tidur. Selain dapat dijadikan minyak pewangi, aroma lavender ini boleh didapati dengan minum teh lavender, hingga mandi dengan produk-produk beraroma lavender.
2. Mawar
Aroma mawar dipercayai dapat memberikan efek menenangkan dan membantu menurunkan rasa stres yang menyebakan anda sukar untuk tidur. Sudah pasti ramai yang menyukai aroma mawar ini terutama sekali bagi and anda yang menjiwai nilai romantis! Aroma mawar mampu menjadikan malam anda lebih romantis! Apa yang pasti, aroma mawar membantu untuk mengatasi masalah susah tidur dan dapat menjadi salah satu cara cepat tidur.
3. Chamomile
Aroma chamomile cukup kuat untuk membantu menenangkan minda dan tubuh badan. Inilah menjelaskan teh chamomile amat sesuai untuk diminum sebelum tidur. Chamomile memiliki sifat anti-peradangan dan anti-spasmodik, yang membantu untuk menenangkan sistem saraf, terutamanya ketika sedang stres. Akhirnya, ia memberikan kita kemudahan untuk tidur dnegan cepat dan lena!
4. Vanila
Bukan hanya memberi kelazatan dalam masakan, malah aroma vanila juga terkenal dengan fungsi ketenangan pada minda dan tubuh badan. Aroma lembut dan manisnya mampu untuk mengatasi masalah tidur. Malah, seseorang yang mencium aroma vanila saat ketika sedang stres, ia memberi denyutan jantung yang lebih stabil dan tekanan darah yang lebih baik.
5. Melati
Aroma bunga melati yang lembut boleh menjadikan kita mudah untuk tidur. Bagi anda yang menghirup aroma melati ketika sedang tidur, anda akan memiliki kualiti tidur yang baik.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI