Susahnya Nak Jaga Pakaian Warna Putih! Amalkan Tip Mudah Ini Untuk Pakaian Putih Kekal Cantik!

Share

Bagi anda yang menggemari memakai baju rekaan warna putih, pasti sukar untuk menjaganya! Bukan sahaja risau kotoran daki melekat pada kolar baju, malah kotoran-kotoran lain juga jelas terlihat kalau terkena pada fabrik warna putih. Jangan memasak sambil memakai baju putih tau! Habis nanti melekat sambal ataupun kunyit yang semestinya susah untuk dihilangkan!

Sumber gambar: John Diez

Jangan risau! Team Hijabista kali ini kongsikan kepada anda cara dan petua mudah untuk menjaga baju berwarna putih!

Sumber gambar: Cotton Bro
  1. Asingkan pakaian yang berwarna putih apabila ingin menncucinya. Maksdunya, jika anda ingin mencuci pakaian berwarna putih, jangan campurkan dengan pakaian lain. Terutamanya pakaian yang berwarna kuat dan terang seperti warna merah ataupun biru. Ia akan menyebabkan penurunan rona pada pakaian yang berwarna putih.

    Sumber gambar: Dominika
  2. Tip lain untuk menghilangkan kotoran pada pakaian warna putih ialah tambahkan sedikit perahan jus lemon atau beberapa titisan cuka ke dalam bilasan terakhir. Ini dipercayai dapat menghilangkan kotoran degil dan sekali gus menjadikan warna putih itu tampak baru! Jangan risau dengan bau cuka itu! Bau cuka akan hilang setelah pakaian kering.

    Sumber gambar: Rodnae
  3. Selain daripada cuka dan perahan jus lemon, anda juga boleh menggunakan peluntur klorin untuk mencuci pakaian putih kecuali linen atau pakaian yang bermaterialkan elastik. Ha! Satu lagi tip yang anda harus tahu, jangan kerap membasuh stokin bersama peluntur kerana ia akan menjadikan stokin longgar. Jika sekali-sekala tidak mengapa, kerana takut penggunaan peluntur dengan kerap boleh menjadikannya bertukar menjadi kekuningan.

    Sumber gambar: Cottonbro
  4. Tidak semua pakaian harus dicuci dalam mesin basuh. Jika material untuk pakaian itu hanya memerlukan proses rendaman sahaja, maka anda boleh rendamkan pakaian di dalam air panas jika material pakaian tersebut boleh bertahan dengan suhu panas. Ini boleh membantu menghilangkan kesan kotor pada pakaian putih tanpa perlukan menggosok. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menjadikan pakaian itu tahan lama dan lambat untuk pudar dan reput!

  5. Tip terakhir ialah, anda boleh membasuh semula pakaian putih yang kotor jika masih ada lagi kotoran melekat pada pakaian. Jika kesan kotoran masih tidak hilang biarpun setelah ia kering, basuh semula kerana kotoran tersebut akan menjadi kekal setelah pakaian tersebut kering sepenuhnya. Gunakan perahan lemon untuk menghilangkannya.

Published by
Putra