Setiap wanita pasti mahukan wajah nampak menawan dan solekan tampil kemas rapi pada permukaan wajah. Namun, impian ini terhalang sekiranya kulit wajah anda berminyak! 

Kulit wajah yang berminyak menyebabkan solekan tidak tahan lama dan mudah bertompok. Malah, solekan juga tidak akan kemas apabila dioleskan pada wajah. Apakah langkah terbaik yang harus anda lakukan?

Susahnya Bersolek Bila Wajah Berminyak! Atasi Masalah Ini Dengan 7 Trik Solekan Yang Bernas Ini!
Sumber gambar: Everyday Health

Team Hijabista kongsikan tujuh langkah yang membuatkan solekan anda tahan lebih lama.

Susahnya Bersolek Bila Wajah Berminyak! Atasi Masalah Ini Dengan 7 Trik Solekan Yang Bernas Ini!
Sumber gambar: Shiny Diamond

1. Pilih Pembersih Yang Tepat

Bermula dari langkah awal, produk pembersih haruslah tepat dan sesuai dengan kulit wajah anda. Malah, rutin membersihkan wajah juga harus selari dengan masalah kulit berminyak!

Sebahagian wanita yang mempunyai masalah kulit berminyak berpendapat kulit berminyak dapat ‘dikeringkan’ dengan mencuci wajah mereka dengan kerap. Pendapat sedemikian salah kerana makin kerap wajah dibersihkan, maka kulit makin berminyak kerana sel kulit seakan mendapat isyarat yang kulit mereka kering dan perlukan minyak untuk melembapkannya. Paling penting ialah memilih pencuci yang bertekstur ringan, tidak terlalu berasid dan paling penting yang tidak membuat kulit berasa tegang selepas dicuci.

 2. Lupakan Fungsi Toner

Ramai yang beranggapan toner harus dipakai untuk memastikan solekan tampak kemas dan rapi. Sebenarnya, bagi anda yang mempunyai kondisi kulit berminyak, seeloknya lupakan langkah menggunakan toner (penyegar), lebih-lebih lagi toner yang mengandungi alkohol. Anda boleh gantikan penyegar dengan semburan muka (mist) selepas wajah sempurna dicuci. Atau boleh terus dengan menyapu serum.

Ads
Susahnya Bersolek Bila Wajah Berminyak! Atasi Masalah Ini Dengan 7 Trik Solekan Yang Bernas Ini!
Sumber gambar: dar_alena

3. Guna Dua Jenis Pelembap

Sapu pelembap yang lebih ringan (khusus untuk kulit berminyak) pada bahagian wajah yang mudah berminyak seperti dahi dan hidung. Kemudian sapukan pelembap yang lebih berat teksturnya pada bahagian pipi, rahang dan dagu. Kedua-dua jenis pelembap ini akan bekerja mengikut kesesuaian kondisi kulit.

Baca juga: Risau Disangka ‘Hantu’ Yang Menghantui Pekerja Di Pejabat, Amalkan 5 Prinsip Solekan Ini Bila Ke Pejabat!

4. Usah Lupa Primer

Ads

Jika anda mahu bersolek, usah lupakan magis primer. Primer membuatkan solekan kekal lebih lama. Utamakan sapuan pada bahagian wajah yang mudah berminyak, zon-T misalnya.

5. Bedak Asas Pusam

Pilih bedak asas yang bertekstur pusam. Usah pilih yang berlabelkan ‘Glow’, ‘Shine’ dan apa sahaja perkataan yang sewaktu dengannya.

Susahnya Bersolek Bila Wajah Berminyak! Atasi Masalah Ini Dengan 7 Trik Solekan Yang Bernas Ini!
Sumber gambar: Kaboompics

6. Usah Lupa Bedak

Ads

Bagi yang mempunyai kondisi kulit berminyak, anda MESTI layangkan bedak tabur untuk mengunci solekan. Sapukan pada keseluruhan wajah menggunakan berus. Jika tidak, solekan anda akan mudah tertanggal dan dilihat di merata tempat!

Baca juga: Lipstik Melekat Pada Gigi Sangat Memalukan! Atasinya Dengan 5 Tip Mudah Ini!

7. Sediakan Bedak Translucent

Selepas tiga atau empat jam, usah lupa kemaskan solekan. Semburkan mist untuk menyegarkan wajah. Jika perlu layangkan sedikit bedak pada bahagian berminyak. Tapi awas, pastikan wajah bebas peluh sebelum anda menambah alat solek seperti bedak atau pemerah pipi.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Susahnya Bersolek Bila Wajah Berminyak! Atasi Masalah Ini Dengan 7 Trik Solekan Yang Bernas Ini!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI