Untuk kekal istiqomah dalam melakukan sesuatu perkara memerlukan kecekalan dan tekad yang kuat dalam diri. Tidak mudah untuk istiqomah, tidak kiralah dalam apa jua perkara kerana faktor sekeliling kadangkala boleh mempengaruhi diri seseorang individu.

Ramai yang berubah hati dan tidak istiqomah dek kerana terpengaruh dengan rakan-rakan terdekat. Jangan begitu. Ketahuilah bahawa untuk melakukan kebaikan memang punya banyak halangan. Nak kekal istiqomah, cuba baca perkongsian yang dikongsi oleh Leya Sari menerusi laman Facebooknya.

Menurutnya, pastikan sentiasa membawa Al-Quran ke mana sahaja dan baca. Jangan hanya setakat bawa sahaja. Ada 4 perkara penting yang perlu anda tahu. Ayuh baca perkongsiannya.

Susah Untuk ISTIQOMAH? Wanita Ini Kongsi CARANYA Untuk Belajar Istiqomah. Sangat Membantu!
Foto: Facebook Leya Chinta

SUSAH KE ISTIQOMAH? #60HariIstiqomah

Ads

Cara saya untuk belajar ISTIQOMAH

Jangan tinggal Al-Quran, make sure Quran sentiasa dengan kita bawak Quran macam bawa handphone dan BACA. Kalau takat bawak tapi tak baca tu baik ISTIREHAT. #UstazCakap

Susah Untuk ISTIQOMAH? Wanita Ini Kongsi CARANYA Untuk Belajar Istiqomah. Sangat Membantu!
Foto: Facebook Leya Chinta

1. Jangan tinggal Al-Kahfi (lepas Subuh and lepas Asar: Ayat 1-10 & 101-110)- Ilmu ni saya dapat dalam Kuliah Ustaz Wadi

Ads

2. Jangan tinggal Al-Waqiah (lepas Asar) dan jangan tinggal Al-Mulk (lepas Isyak atau lepas witir) – Ilmu ni saya dapat dalam Kuliah Ustaz Jafri Mahmood, Ustaz Ahmad Dasuki

3. Jangan tinggal baca Sayyidul Istigfar setiap kali lepas Subuh and lepas Asar – Ilmu ni juga saya dapat dari Kuliah Ustaz Jafri Mahmood

Ads

4. Kalau FREE lepas atau sebelum Dhuha amalkan Surah Ar-Rahman (ni ikut saya sendiri sebab jatuh cinta dengan Surah Ar Rahman)

Saya combinekan ilmu yang saya dapat. 3 surah wajib ni saya baca setiap hari. Amalkan selama 60 hari, tengoklah perubahan diri, Allah akan dorong satu persatu InsyaAllah.

Sumber: Facebook Leya Sari

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI