Kita seringkali mendengar atau melihat masalah berat badan atau obesiti yang menghantui masyarakat kita. Namun, sebenarnya ramai juga diantara kita yang mengalami masalah kurang berat badan.
Walaupun sudah mencuba pelbagai cara termasuklah makan ubat-ubatan yang kononnya boleh menaikkan berat badan, tetapi masih tidak berhasil. Jika kurus sangat pun susah juga ya?
Usah risau, team Hijabista kongsikan kepada anda cara atau panduan untuk menaikkan berat badan dengan efektif. Selamat mencuba!
1. Pengambilan protein yang banyak
Untuk cara yang pertama, semuanya kita fokuskan kepada pengambilan protein dalam menu makanan anda. Cara ini membantu untuk menambahkan berat badan dengan mudah serta sihat.
Protein sangat diperlukan oleh tubuh untuk membina tisu dan otot. Tetapi, pastikan ia diseimbangkan dengan pembakaran kalori yang sama jumlahnya. Jika tidak, ia akan menjadi lemak yang akan memberikan keburukan kepada tubuh badan.
Untuk anda yang terlebih kurus, cuba ambil 1.5 gram atau lebih protein berbanding individu biasa. Contoh berat anda 45 kg, jadi 67 g protein anda perlukan setiap hari untuk menambah berat badan.
Sumber tinggi-protein boleh diambil daripada daging, ikan, produk tenusu, kekacang, soya dan macam-macam lagi. Boleh juga diambil daripada suplemen protein terbaik.
2. Jangan Skip Waktu Makan
Jika ingin turunkan berat badan, kita harus skip pemakanan. Tetapi untuk menambah berat badan, jangan sesekali kita skip pengambilan makanan. Misi tambah berat badan tidak sama dengan misi turunkan berat badan.Oleh itu, jangan hadkan pengambilan diet karbo dan lemak, sesuaikan dengan jumlah kalori yang anda sangat diperlukan. Juga jangan skip waktu makan.
Lebih baik disekalikan dengan kombinasi protein – karbohidrat – lemak dalam diet harian. Ambil 3 kali sehari dan selang selikan dengan snek sihat tambahan yang menyihatkan jika perlu.
3. Sumber Tenaga Dalam Menu Makanan
Mengambil makanan yang padat dengan tenaga (energy dense food) atau kalori dalam satu hidangan amat penting dalam misi tambah berat badan.
Masalah ini biasanya tidak lari dengan pilihan pelbagai makanan segera (junk food) yang tidak cukup kalori dan tidak menyihatkan.
Buang option pilihan ini, ambil snek yang lebih sihat seperti:
4. Sedikit Tetapi Kerap
Seperti yang dikatakan di atas, jangan sesekali skip waktu makan anda. Jika anda tidak larat untuk makan, ambil dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Bawa makanan bersama anda jika perlu.
Elakkan junk food, tapi pilih makanan yang lebih sihat, kaya dengan protein, padat dengan tenaga dan cukup nutrisi.
5. Kerap Amalkan Senaman
Senaman dapat membantu membakar kalori untuk pembentukan otot. Lakukannya sebagai rutin 4 – 5 kali seminggu.
Kita tidak mahu kumpul lemak-lemak berlebihan di dalam tubuh, tapi kita mahu tubuh kita fit dengan otot semasa proses menambah berat badan.
Selepas bersenam, pastikan anda makan untuk menambahkan kembali kalori yang sudah hilang tadi.