Denim Oh Denim!
Siapa yang tidak menggemari seluar denim? Pastinya seluar jenis ini sentiasa memenuhi ruang almari anda. Daripada denim berwarna biru hinggalah ke warna hitam, seluar denim amat mudah untuk digayakan dengan apa sahaja padanan. Tetapi, ada yang buntu saat membeli seluar ini kerana bentuk badan yang tidak sesuai dengan potongan seluar denim yang dijual di pasaran.
Kenali kelemahan bentuk badan anda dan cari potongan seluar denim yang sesuai dengan 4 tip ini!
Berpinggul Lebar
Siapa kata berpinggul lebar tidak sesuai untuk memakai denim? Anda hanya pelu mencari seluar denim yang berona gelap dan potongannya sedikit kembang untuk memberi keseimbangan pada bentuk badan. Triknya, elakkan potongan jenis skinny
, berpinggang tinggi dan potongan kaki yang lebar untuk memberi keselesaan kepada anda saat menyarungkan seluar denim.Selain itu, semak juga bahagian poketnya. Jangan beli yang berpoket kecil kerana akan menampakkan pinggul anda lebih lebar.
Baca juga: Tak Susah Pun Nak Jaga Kualiti Tudung Shawl. Buat Jer 5 Tip Mudah Ini. Senang Sangat!
Berkaki Pendek
Bagi anda yang berkaki pendek, usah jadikan seluar denim anda perosak penampilan anda! Elakkan membeli seluar denim yang terlalu longgar atau pun seluar jean baggy. Ini membuatkan anda lebih nampak pendek dan bentuk badan anda akan nampak pelik! Sebaiknya, pilih potongan yang lurus atau ‘fit’ untuk menjadikan anda nampak tinggi.
Panjang seluar juga harus di bawah buku lali kerana seluar yang pendek tidak membantu untuk menampakkan kaki anda lebih panjang. Trik rahsianya, jangan sesekali memasukkan baju ke dalam seluar kerana ia boleh menampakkan anda pendek.
Berisi
Ha! Untuk tubuh badan yang berisi ataupun gempal pula, jangan sesekali membeli low-cut atau jean skinny kerana ia akan membuatkan anda merasa tidak selesa. Lebih bagus sekiranya anda memilih seluar yang lebih besar daripada saiz anda dan hantar ke tukang jahit untuk membetulkan pinggangnya. Banyak kerja tetapi berbaloi! Ia akan membuatkan seluar denim tampak terletak cantik di kaki dan pinggul anda. Elakkan juga seluar yang bercorak ya!
Baca juga: Kasut Mudah Rosak Dan Berbau, Lakukan 9 Cara Penjagaan Kasut Yang Mudah Ini! Tak Sampai 5 Minit Pun!
Terlalu Kurus
Pilih seluar denim yang berpotongan lurus dan ketat di bahagian belakang dan elakkan potongan kembang. Cari warna yang terang untuk menyerlahkan bentuk kaki dan pinggul anda. Pilihan yang terbaik adalah seluar denim skinny yang panjangnya atas buku lali.
Tip untuk mencuci seluar denim anda:
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe