Kemunculan penyani wanita ini di pentas Gegar Vaganza 4 baru-baru ini memang sangat mengagumkan. Malah pembabitannya semula di pentas seni suara memang dinanti peminatnya. Liza Hanim, 37 tahun yang dianugerahkan mempunyai suara lantang dan bakat semula jadi ini ternyata cukup memukau setiap kali membuat persembahan di pentas. Bukan sahaja dia semakin jelita tetapi tubuhnya juga semakin langsing walaupun sudah mempunyai empat cahayamata. Apa agaknya rahsia lansing penyanyi berlesung pipit ini.
Suatu ketika dulu penyanyi ini mengalami pertambahan berat badan mendadak selepas melahirkan anak keduanya menyebabkan bentuk fizikal asal
sudah lari sepenuhnya. Namun kejayaanya kehilangan 20 kilogram membuatkan ramai yang ingin mengetahui rahsianya.Artikel Berkaitan: Hilangkan 10 Kg Dalam Masa 2 MInggu Dengan Telur Rebus
Menyedari ramai yang mengalami masaah ini, nyata Liza tidak lokek berkongsi dengan peminatnya rahsia dia menguruskan badan sehingga mendapat bentuk badan ideal.
Apatah lagi langsing tanpa pengambilan suplemen ataupun pil. Dalam satu temubual, Liza memberitahu dia sedar dirinya semakin berisi (selepas lahirkan anak) apabila ketika itu dia dan suaminya Mohamed Shahrin Shamsuddin pergi ke pantai Port Dicksn.
Ketika berjalan di atas pantai, Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, mengalami kesukaran untuk berjalan dan waktu itu barulah dia menyedari badan sudah terlalu berat dan sangat merimaskan.
Dari situlah barulah Liza mengambil kira pengambilan makanan. Selalunya dia akan kira setiap kalori bagi setiap makanan agar tidak terlebih makan.
Selain itu Liza Hanim juga kerap bersenam dengan melakukan larian setiap hari di atas treadmill. Dia mengambil masa selama 9 bulan untuk mendapatkan kembali bentuk badan. Menurutnya bukan mudah untuk menguruskan badan tetapi seronok melihat hasilnya kini.
Setelah kurus, dia berasa lebih yakin dan tujuan untuk kelihatan langsing bukan semata-mata mahu menunjuk pada orang tetapi ia juga menjamin kesihatan diri juga.
Menyentuh perkembangan terbaru setelah mendapat tempat kedua dalam GV4 tidak menolak untuk kembali ke dunia lakonan
jika adanya permintaan.Walau bagaimanapun dia kena lihat dulu tawaran memandangkan tugasnya sebagai isteri serta ibu dan kalau boleh lokasi tiak keluar dari Lembah Klang. Selain itu, Liza juga dalam persiapan untuk mengeluarkan lagu baru Februari ini.
SUMBER: UTUSAN
KREDIT FOTO: INSTAGRAM LIZA HANIM