Orang perempuan ini memang kebanyakannya sangat suka membeli belah lebih-lebih lagi waktu jualan murah. Namun, kalau kedai itu memang sentiasa murah iaitu hanya lebih kurang RM 2 setiap barang, siapa yang boleh tahan nafsu membeli itu kan?
Yang lebih seronok, barang itu mempunyai kualiti walaupun harganya sangat murah. Mari kita ikuti perkongsian Noor Hafizah di Facebook mengenai barang yang wajib dibeli jika pergi ke kedai Eco.
Mesti banyak yang obses dengan kedai ini jugak kan?
Senarai barang yang wajib dibeli! Lebih-lebih lagi untuk suri rumah.
Washable Sticky Roll
Sebelum ni kami guna roller ikea tu. Lepas dah jumpa yang ni siap boleh basuh lagi. Rasa lagi jimat kot. Sebab ni benda wajib ada kat rumah.
Fungsi :
Selain buang bulu-bulu kecik.
Boleh juga kutip rambut-rambut kecik or habuk kat karpet kalo malas guna vacuum! ?
STAIN REMOVER
Sejenis peluntur sama mcm clorox. Tuang dalam mangkuk tandas biaq 15minit mcm tu pastu flush tak payah gosok hilang segala kotoran huhu. Untuk lantai pon boleh tuang pastu biar sekejap. Baru cuci ye.
Elakkan kena kulit ye.
MICROFIBRE CLOTH
Cara paling cepat and senang nk lap habuk tak payah pakai bulu ayam bagai bukan lagi bersih lagi habuk pi merata. Guna yang ni paling senang and paling clean. Sarung ja kat tangan pastu lap lah mna tempat yang berhabuk tu. Wajib beli ! ?
SUPER TOT PENCUCI LANTAI
Walaupun RM2.12 tapi dia punya fungsi memang berguna.
Wangi dan berkilat. Dia punya wangi tu wangi sungguh.
Yang penting tak payah nak bilas and tak melekit ??
WET TISSUE
Ni kalo ampa nak lap kotoran kat meja makan or atas perabot. Mudah kan ?
Ni utk cucian mingguan jaa. X sekuat stain remover. Tapi not bad utk kotoran biasa ?
PLASTIK SAMPAH WANGI
Sebelum ni duk beli kat tesco mahai kemain hahaha nasib dah jumpa kat kedai ECO.
Memang wangi, kami letak dlm bilik and dapur. Wangi sungguh.
Ni kalo boh pampers anak elok sangat lah.. hehe ?
Jadi, apa perlu tunggu lagi? Jom ambil kunci kereta anda dan pandu terus ke kedai ECO yang berhampiran anda!
Sumber: Noor Hafizah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI