Surat Cinta Untuk Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik Minta Ubah Silibus, ‘Stress’ Lihat Darjah 1 Jawab Exam

Share

Selain perlantikan Datin Seri Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri, yang turut menarik perhatian lain dalam barisan kabinet baru adalah bagi portfolio Menteri Pendidikan. Diterajui oleh orang muda, Dr Maslee Malik yang cukup hebat latar belakang pendidikannya. Ramai mengharapkan agar akan ada pembaharuan dalam sistem pendidikan kita nanti. Salah seorang adalah dari seorang pengguna media sosial, ZF Zamir yang mengharapkan akan ada perubahan kerana sudah tidak tahan melihat kesusahan yang dialami pelajar terutama dalam darjah 1 dalam menjawab peperiksaan.

Ayuh ikuti perkongsiannya yang juga mantan guru di Kementerian Pelajaran yang dimuat turun dalam facebook beberapa jam sebelum Menteri Pendidikan mengangkat sumpah dua hari lepas.

Mir, agak-agak Dr Maszlee akan ubah silibus tak

“Mir, agak-agak Dr Maszlee akan ubah tak silibus melampau aras tinggi untuk anak di sekolah? Plus agak-agak dia tau tak perangai Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) & Lembaga Peperiksaan yang tak seiring sejalan? Plus dia tau tak pegawai kat MOE selalu kondem Cikgu saja tanpa mahu mendengar keperluan sebenar murid-murid kat sekolah?

Tengok soalan rasa nak menangis

Aku tengok soalan Tahun 1 exam tadi, ada anak menangis tak boleh jawab, aku rasa down sebab aku tengok soalan memang susah, format sama macam tahun 6, cuma direndahkan aras dan dikurangkan panjang petikan.

Tak faham kenapa darjah 1 sibuk nak ikut format ini

Aku tak faham kenapa dari Tahun 1 sibuk nak ikut format ni? Zaman kita dulu jawab soalan Bahasa Melayu darjah 1 seronok je mewarna, suai, isi tempat kosong, sambung ayat. Ini dah jawab petikan. Cuba tengok buku teks dan buku aktiviti tahun 1 – tahun 3, tinggi aras soalan, anak baru terkial-terkial nak baca dan eja, dah suruh faham petikan dan jawab soalan pemahaman.

Ya Allah betapa bosannya

Ada anak memang boleh buat, ramai pun. Cikgu nak ajar memang seksalah, tapi Cikgu biasanya okay je, akan cari jalan. Tapi kalau begitulah bentuknya dari tahun 1 hingga ke tahun 6, ya Allah betapa bosannya.

Balik-balik cikgu juga yang salah

Kalau cakap kat MOE, kat BPK, ingat diorang nak terima ke? Balik-balik Cikgu juga yang salah, sebab dia cakap cikgu juga yg gubal silibus. Cuma yang kita tak tahu, Cikgu yang macam mana yang diorang ambil ni? Background macam mana? Jelas tak konsep perkembangan kanak-kanak?

Down tengok budak stress jawab soalan

Aku tak tau nak cakap kat sapa, aku down sangat tengok budak stress jawab soalan. Tahun 1 kot, panjang lagi perjalanan hidup dia. Satu yang aku rasa diorang tak faham, nak jadikan anak cerdik bukan dengan jadikan silibus susah, soalan susah, nak jadikan anak cerdik kena banyak beri dia peluang, beri pendedahan, cuba gunakan semua deria dalam kelas, beri ruang dia berkembang, bukan tekan dengan benda yang bukan tahap dia,”

xxx

Tak tahu apa Dr Maszlee akan jawab

Ni Whatsapp aku dapat pagi tadi daripada seorang teman. Aku tak pasti apa Dr Maszlee akan jawab, tapi aku rasa yang penting dia perlu dapat informasi yang betul.

Iaitu dari orang yang melaksanakan di bawah. Bukan dari orang atas yang selama ni dalam semua laporan tak tulis satu pun keburukan MOE ni sebab nak puaskan hati orang atas.

Tak boleh janji, tapi boleh cuba sampaikan

Aku rasa ini cabaran baru. Untuk bekerja bersama-sama birokrat dalam MOE serta yang paling penting adalah untuk cakap kepada Menteri perkara-perkara yang menyakitkan macam ni.

Untuk ubah mindset birokrat termasuk Ketua Jabatan di setiap lapisan tu satu hal. Untuk belajar turun dan terima realiti – supaya perubahan boleh dilaksanakan tu satu hal lain.

Aku cuma jawab ke Cikgu atas ni aku tak boleh janji apa. Tapi aku boleh cuba sampaikan. Dan minta doa semua. Terutama untuk Dr Maszlee yang akan angkat sumpah sekejap lagi jam 5.30 petang. Supaya kita semua boleh bekerja sama-sama untuk buat perubahan ni.

SUMBER: FACEBOOK ZF ZAMIR

Published by
Siti Zurina