Berita cukup menyayat hati apabila mayat adik Adam Rayqal berusia 5 bulan yang dilaporkan hilang di rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda Cheras dijumpati mati dalam sebuah peti sejuk. Namun sebagai hamba-Nya kita perlu reda dengan setiap kejadian itu. Seperti yang dipesan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri melalui sepotong hadis menyampaikan kata-kata semangat buat dua iba bapa kanak-kanak malang ini. Beliau juga turut berpesan semoga keduanya tabah menghadapi ujian dan ditempatkan anak kecil ini dalam syurga.
Mufti Wilayah Persekutuan itu menulis posting ini dalam laman sosialnya di Instagram. Sedikit sebanyak kata-kata nasihat ini memberi kelegaan kepada kedua ibu bapa mangsa.
KEPADA IBU & AYAH ADAM RAYQAL
Mendengar khabar yang amat mendukacitakan hati ini. Kami sampaikan hadis ini kepada kedua ibu bapa Adam Rayqal. Semoga keduanya sabar dan tabah menghadapi ujian ini dan ditempatkan anak kecil ini di dalam syurga Allah SWT bersama-sama dengan mereka yang beruntung di sisi-Nya.
عَنْ أَبِي حَسَّانَ، قَالَ قُلْتُ لأَبِي هُرَيْرَةَ إِنَّهُ قَدْ مَاتَ لِيَ ابْنَانِ فَمَا أَنْتَ مُحَدِّثِي عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِحَدِيثٍ تُطَيِّبُ بِهِ أَنْفُسَنَا عَنْ مَوْتَانَا قَالَ قَالَ نَعَمْ ” صِغَارُهُمْ دَعَامِيصُ الْجَنَّةِ يَتَلَقَّى أَحَدُهُمْ أَبَاهُ – أَوْ قَالَ أَبَوَيْهِ – فَيَأْخُذُ بِثَوْبِهِ – أَوْ قَالَ بِيَدِهِ – كَمَا آخُذُ أَنَا بِصَنِفَةِ ثَوْبِكَ هَذَا فَلاَ يَتَنَاهَى – أَوْ قَالَ فَلاَ يَنْتَهِي – حَتَّى يُدْخِلَهُ اللَّهُ وَأَبَاهُ الْجَنَّةَ
Daripada Abu Hassan, beliau berkata: Aku bertanya kepada Abu Hurairah RA: “Sesungguhnya dua anak lelaki aku telah meninggal dunia. Bolehkah engkau sampaikan apa-apa hadis daripada Rasulullah SAW yang akan melegakan diri kami atas kematian dua anak kami?”
Abu Hurairah menjawab: “Ya. Kanak-kanak itu akan menjadi anak-anak di syurga. Apabila salah seorang mereka berjumpa dengan ayahnya atau kedua ibu bapanya, dia akan memegang pakaian atau tangan ibu bapanya sebagaimana aku memegang hujung baju kalian. Dia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ayahnya ke dalam syurga.” (Riwayat Muslim, no: 2635)
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Posting terbaru Mufti Wilayah berkenaan isu ini juga turut mendapat respon daripada netizen. Rata-rata bersimpati dengan keluarga ini dan turut mendoakan adik Adam Rayqal ditempatkan di Syurga.
@alin_nakim Indah sungguh hadis ni..semoga ianya meredakan keperitan rindu ibu bapa arwah adam…bertabahlah sesungguh hikmah Allah itu amat hebat. Allahuakbar
@asmawati590 Suka akan hadis yg didgr..tp xsgp bygkn mcmn saat baby itu mengis kesakitan
@therealalsaif Rasa sebak bila baca hadis ini..
@kierrakalel1 Mmg beruntung kedua ibu bapa arwah, anak dh tentu ke Syurga dn menunggu di syurga, tp perasaan rindu gelak tawa tu Allah shj yg tahu. . Semoga Allah beri kekuatan buat kedua ibu ayah dn keluarga. .
@hasni_ariffin Allahuakbar… insyaallah. Semoga kedua ayahbonda baby Adam tabah dan kuat menghadapi dugaan besar Allah
@wan.shaima MasyaAllah! Hebat ganjaran Allah swt bt ibu bapa Adam..semoga kuat dan tabah
@nazirahsuhairi86 Semoga ibubapa kepada anak syurga ini sabar hadapi ujian ini..amin
@cikmanik Semoga kedua ibubapa ku jg dianugerahkan syurha atas kematian 2 anak lelakinya.
@wanza287 Parents adik adam semestinya org yang hebat sbb tu dipilih Allah untk diuji dgn ujin berat sebegini…
@aziahanim.azizBeruntung parents… ! Apa2 pun semua atas kehendak Allah jua… Tabah ye..!
SUMBER: INSTAGRAM MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN & SINAR HARIAN