Surat CINTA Daripada Pelajar Ini Buat Bekas PENYANYI Popular Hilang ‘STRESS’ Di Hari Pertama Sekolah

Share

Minggu ini permulaan sekolah bagi semua pelajar setelah bercuti panjang hampir sebulan lebih. Bagi para guru pula menjadi tanggungjawab mereka untuk terus mendidik pelajar menjadi insan yang berguna dan cemerlang. Bagi bekas penyanyi Tasha Manshahar berkongsi pengalaman indahnya di hari pertama persekolahan hingga boleh hilangkan stres sebagai seorang guru.

Baru sehari bersekolah, Tasha yang mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah agama ini mendapat surat cinta dari salah seorang murid perempuan bernama Iman Aleeya. Menurut Tasha, Iman merupakan salah seorang muridnya yang paling rajin dan ringan tulang. Dia juga pelajar yang begitu bersungguh-sungguh dalam kelas.

Jika tahun lepas, Tasha mengajar di kelas Iman tetapi nampaknya tahun ini tidak kerana Iman sudah naik kelas lain. Oleh sebab sayang dengan gurunya ini, Tasha telah memberi ‘surat cinta’ pada guru kesayangannya ini.

Dalam postingnya di laman IGnya ini, Tasha ini cukup terharu mendapat ‘surat cinta’ dari salah seorang anak murid yang rapat dengannya. Malah pelajar bernama Iman ini juga turut menyuruh dia supaya jangan berpindah sekolah sampai bila-bila.

Namun jawapan Tasha pada surat Iman cukup kelakar. Tasha memberitahu kalau dia pindah, mahu kena pelangkung dengan guru besar. Ternyata walaupun Iman hanyalah seorang budak, tetapi dia cukup menyayangi guru bahasa Inggerisnya ini.

Dalam surat cinta itu turut disertakan dengan sebuah novel untuk Tasha. Ramai follower Tasha yang terhibur dengan telatah Iman terhadap gurunya ini. Kebanyakan bertanya berapa umur Iman dan dia disifatkan sebagai pelajar yang cute dan comel.

@aidasalihanAlahaiii sweet budak ni

@ysra.wdiha_Syuwit

@miralalalalalaHahahahahhaha!!

@missmayunabudinHahhaha comel je bebudak ni?

@nfmx___@ashrofhalim

@nnrlainnHahahaha so cute hahahahah

@ainieyazizSo cute..

Ada juga yang mengatakan sikap Iman begitu menceriakan terutama di hari pertama persekolahan. Bukan itu sahaja situasi ini juga sebenarnya membuatkan Tasha sebagai guru tidak rasa stress pada hari pertama berdepan dengan pelbagai kerenah murid-murid.

@tashamanshahar@nurhelizahelmi hahaha teacher tak jadi stress dihari pertama persekolahan

Hujung tahun lalu Tasha Manshahar dalam Berita Harian memberitahu dirinya sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya yang juga berasal dari Melaka. Dia yang kelihatan cukup anggun menyarung busana pereka Eja Shahril memberitahu akan melangsungkan perkahwinannya tahun depan.

Sebelum ini Tasha yang selesa bergelar guru mengakui sudah membuat keputusan untuk tidak aktif lagi

di arena seni suara, sebaliknya memberi tumpuan kepada kerjaya barunya penceramah motivasi selain guru sekolah rendah di Melaka.

Bekas penyanyi ini pernah popular dengan lagu Oh No dan Ragu-ragu dan Bukan Aku duet bersama Syed Syamim.

KREDIT FOTO: TASHA MANSHAHAR & EJA SHAHRIL

Published by
Siti Zurina