Minggu ini permulaan sekolah bagi semua pelajar setelah bercuti panjang hampir sebulan lebih. Bagi para guru pula menjadi tanggungjawab mereka untuk terus mendidik pelajar menjadi insan yang berguna dan cemerlang. Bagi bekas penyanyi Tasha Manshahar berkongsi pengalaman indahnya di hari pertama persekolahan hingga boleh hilangkan stres sebagai seorang guru.
Baru sehari bersekolah, Tasha yang mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah agama ini mendapat surat cinta dari salah seorang murid perempuan bernama Iman Aleeya. Menurut Tasha, Iman merupakan salah seorang muridnya yang paling rajin dan ringan tulang. Dia juga pelajar yang begitu bersungguh-sungguh dalam kelas.
Jika tahun lepas, Tasha mengajar di kelas Iman tetapi nampaknya tahun ini tidak kerana Iman sudah naik kelas lain. Oleh sebab sayang dengan gurunya ini, Tasha telah memberi ‘surat cinta’ pada guru kesayangannya ini.
Dalam postingnya di laman IGnya ini, Tasha ini cukup terharu mendapat ‘surat cinta’ dari salah seorang anak murid yang rapat dengannya. Malah pelajar bernama Iman ini juga turut menyuruh dia supaya jangan berpindah sekolah sampai bila-bila.
Namun jawapan Tasha pada surat Iman cukup kelakar. Tasha memberitahu kalau dia pindah, mahu kena pelangkung dengan guru besar. Ternyata walaupun Iman hanyalah seorang budak, tetapi dia cukup menyayangi guru bahasa Inggerisnya ini.
Dalam surat cinta itu turut disertakan dengan sebuah novel untuk Tasha. Ramai follower Tasha yang terhibur dengan telatah Iman terhadap gurunya ini. Kebanyakan bertanya berapa umur Iman dan dia disifatkan sebagai pelajar yang cute dan comel.
Ada juga yang mengatakan sikap Iman begitu menceriakan terutama di hari pertama persekolahan. Bukan itu sahaja situasi ini juga sebenarnya membuatkan Tasha sebagai guru tidak rasa stress pada hari pertama berdepan dengan pelbagai kerenah murid-murid.
Hujung tahun lalu Tasha Manshahar dalam Berita Harian memberitahu dirinya sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya yang juga berasal dari Melaka. Dia yang kelihatan cukup anggun menyarung busana pereka Eja Shahril memberitahu akan melangsungkan perkahwinannya tahun depan.
Sebelum ini Tasha yang selesa bergelar guru mengakui sudah membuat keputusan untuk tidak aktif lagi di arena seni suara, sebaliknya memberi tumpuan kepada kerjaya barunya penceramah motivasi selain guru sekolah rendah di Melaka.
Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim dirawat di Hospital Sungai Buloh sejak 12 April lalu apabila disahkan positif wabak Covid-19 selepas menjalani kuarantin diri sekembalinya dari menjalani penggambaran drama di Inverness, Scotland pada 31 Mac lalu.
Namun Ashraf menganggap apa yang menimpa dirinya sebagai satu hikmah selain dapat bermuhasabah diri. Namun akui Ashraf hari-hari yang dilaluinya tidak sunyi kerana ditemani dengan bacaan ayat suci al-Quran dan zikir daripada jemaah tabligh dan anak-anak tahfiz yang juga pesakit Covid-19.
Semalam melalui entri di Facebooknya, Ashraf berkongsi saat kepulangannya kepangkuan keluarga.
Assalamualaikum. Masanya sudah tiba.. berat hati ini utk meninggalkan sahabat-sahabatku di wad ini. Mereka telah ku anggap sebagai keluargaku.. Allahuakbar.. tak boleh nak terjemahkan perasaan ini.
3 hari seblum balik memang sayu untuk tinggalkan wad. Saya mohon maaf kepada pakcik, abang-abang dan adik-adik warga Wad 31 dan rakan-rakan Dr dan nurse yang menjaga saya dan rakan-rakan saya disini dan juga berterima kasih kerana terima saya dan rakan-rakan saya seadanya.
Banyak cerita, banyak pengalaman, banyak perkongsian dilakukan bersama dimana pesakit-pesakit semuanya datng dair pelbagai kaum, agama dan latar belakang tapi hanya satu sahaja yang kami inginkan iaitu ‘ketenangan’. Jangan risau sahabat..Allah kan ada, dia selalu bersama-sama kita. Mengadulah pada dia.. InsyaAllah Allah akan bantu.
Assalamualaikum. Masanya sudah tiba.. berat hati ini utk meninggalkan sahabat-sahabatku di wad ini. Mereka telah ku anggap sbg keluargaku.. Allahuakbar.. tak boleh nak terjemahkan perasaan ini… 3 hari sblum balik mmg sayu utk tinggalkan wad. Saya mohon maaf kepada pakcik, abang2 dan adik2 warga Wad 31 dan rakan2 Dr dan nurse yg menjaga saya dan rakan2 saya disini dan juga berterima kasih kerana terima saya dan rakan-rakan saya seadanya. Banyak cerita, banyak pengalaman, banyak perkongsian dilakukan bersama dimana pesakit2 semuanya dtg dr pelbagai kaum, agama dan latarbelakang tapi hanya satu sahaja yg kami inginkan iaitu ‘ketenangan’. Jangan risau sahabat..Allah kan ada, dia selalu bersama-sama kita. Mengadulah pada dia.. InsyaAllah Allah akan bantu.Oh ya.. Saya sekali lagi ingin meminta maaf kepada kawan-kawan semua termasuk rakan2 artis dan wartawan yg ada bertanyakan bila saya boleh keluar dr wad. Tapi saya sentiasa mengelak utk menjawabnya. Sebenarnya.. saya sudah lama negatif pada sehari sebelum ramadan dan saya memilih tinggal di wad31 utk kuarantin kan diri di wad. Byk sebab keputusan ini dibuat dan yang paling penting ialah saya dapat mengerjakan solat berjemaah pada bulan ramadan dan ibadah yg dapat buat bersama-sama dgn pesakit. Ini adalah terapi hati saya untuk lebih tenang. Maafkan saya kalian dgn tindakan saya itu. Akhir kata.. Sama-sama kita doakan semoga pesakit-pesakit Covid19 cepat pulih dan dapat berjumpa dgn ahli keluarga dan penyakit ini hilang dari muka bumi ini.. InsyaAllah.Geng wad 31 @ammarmatbah99 @abu.t_jayb @him_aziz @zafar_alfath @bi_pop @alongaiman25 @zul_helmi.32 #covidsurvivor
Oh ya.. Saya sekali lagi ingin meminta maaf kepada kawan-kawan semua termasuk rakan-rakan artis dan wartawan yang ada bertanyakan bila saya boleh keluar dari wad. Tapi saya sentiasa mengelak untuk menjawabnya.
Sebenarnya.. saya sudah lama negatif pada sehari sebelum Ramadan dan saya memilih tinggal di wad 31 untuk kuarantinkan diri di wad.
Banyak sebab keputusan ini dibuat dan yang paling penting ialah saya dapat mengerjakan solat berjemaah pada bulan Ramadan dan ibadah yang dapat buat bersama-sama dgn pesakit. Ini adalah terapi hati saya untuk lebih tenang. Maafkan saya kalian dengan tindakan saya itu.
Akhir kata.. Sama-sama kita doakan semoga pesakit-pesakit Covid-19 cepat pulih dan dapat berjumpa dengan ahli keluarga dan penyakit ini hilang dari muka bumi ini.. InsyaAllah.
Kelibat figura ini melintas di laman sosial memang cukup viral. Manakan tidak, dengan berkulit putih melepak tetapi cukup manis dan santun berhijab. Malah, Bahasa Korea yang luncur dari bait bibirnya menjadikan dirinya cetus fenomena tersendiri. Baru-baru ini video dia mengucapkan Salam Aidilfitri dalam tiga bahasa juga telah ditonton jutaan netizen di laman Instagram.
Cantik, manis orangnya. Gayanya yang santun pasti membuatkan sesiapa sahaja terpaku apabila berhadapan dengannya. Ada ketegasan dalam kelembutan, itulah Ayana Jihye Moon, 22 tahun. Dengan lebih 1.5 juta pengikut di Instagram, Ayana ternyata bikin rakyat Indonesia dan Malaysia jatuh cinta dengannya!
Memang sudah lama team Hijabista pasang niat mahu menjadikan dia sebagai gadis sampul hadapan. Bagai bulan jatuh ke riba apabila mengetahui beliau berada di Malaysia, langsung Editor menghubungi untuk mengatur temu janji. Salam nyata disambut dan mualaf dari Korea ini setuju menjadi penghias muka surat untuk Edisi Travel ini.
Walaupun masa diberikan hanya sekejap, namun pengalaman bekerja dengannya amat menyenangkan dan memudahkan fotografi. Ternyata Ayana bukan sahaja cantik, tetapi cukup santun orangnya dan memberikan kerjasama penuh sepanjang sesi fotografi berlangsung.
Boleh ceritakan sedikit mengenai diri Ayana?
Saya baru berusia 22 tahun dan berasal dari Korea. Saya bergelar mualaf sejak dari tahun 2012. Sekarang saya bekerja di Malaysia dan Indonesia sebagai model fesyen Muslimah. Saya juga bekerja untuk Wardah Beauty Indonesia.
Cabaran yang dihadapi selepas menjadi seorang mualaf?
Hidup sebagai seorang Muslimah di Korea sangat mencabar. Anda tidak boleh mendapatkan kerja kerana berhijab. Jika anda mendapatkan kerja, kadang kala anda perlu minum alkohol kerana itu budaya mereka. Jadi, banyak perkara yang haram untuk dilakukan. Pada pendapat saya, sememangnya banyak dugaan yang perlu ditempuh di sana.
Ayana selalu berulang alik ke Malaysia, Indonesia dan Korea. Bagamaina Ayana melakukannya?
Sebenarnya saya tidak kisah untuk berulang-alik kerana tujuan saya adalah untuk bekerja. Dan jika saya disuruh pergi ke Korea juga tidak ada masalah untuk terbang ke sana. Lagipun Korea adalah ‘hometown’ saya.
Cabaran yang dihadapi ketika mengembara sebagai seorang Muslimah?
Sebenarnya tiada masalah jika travel di Malaysia atau Indonesia. Alhamdulillah. Cuma kadang kala jika saya ada sesi fotografi di Korea, mereka tidak benarkan saya melakukannya. Selalunya mereka akan menyangkakan saya seorang rakyat Indonesia ataupun Malaysia jika saya berhijab. Tetapi, jika mereka mengetahui saya seorang rakyat Korea, mereka akan datang kepada saya dan menyuruh saya menanggalkannya sambil berkata ‘Are you crazy?!’ Jadi saya sememangnya perlu banyak bersabar dengan keadaan sebegitu.
Selalu berjauhan dengan keluarga kerana kesibukan hidup. Siapakah insan yang selalu berada di sisi Ayana?
Alhamdulillah walaupun saya baru bekerja selama 3 bulan setengah di Indonesia, saya telah bertemu banyak insan,rakan baik di sana. Mereka selalu membawa saya ke kelas ‘Kajian’ (kuliah). Seperti yang saya beritahu bahawa saya bekerja dengan Wardah Beauty, mereka semuanya begitu baik dalam melayan dan menjaga saya. Kadangkala mereka risau jika saya tidak makan. Mereka begitu menitik beratkan keadaan diri saya. Antara rakan baik saya di sana ialah Dian Pelangi. Di Malaysia pula ialah Hazra Ngah dan Farah Lee.
Lokasi bercuti kegemaran Ayana dan tempat yang ingin sekali Ayana lawati?
Sekarang saya berada di Jakarta, jadi saya mahu duduk di rumah sahaja. Saya tidak mahu pergi ke mana-mana (ketawa). Sebelum ini saya pernah ke Japan, Hong Kong, China, Filipina. Kebiasaannnya adalah negara Asia.
Hidup anda kelihatan sempurna. Seperti komen yang ditinggalkan di Instagram anda, semua orang mahu menjadi seperti anda. Apa pandangan Ayana mengenai hal itu?
Tidak pernah saya merasakannya sempurna. Saya tidak pernah menyedari perkara itu. Saya merasakan ianya satu perkara biasa, normal apabila seseorang itu meninggalkan komen di akaun Instagram saya kerana ia juga berlaku kepada orang, Instafamous yang lain juga.
Jika mahu berkahwin nanti, apakarakter seorang suami yang dicari. Tidak kisahkah jika berbeza adat dan budaya dengannya?
Seorang yang mempunyai iman yang baik, personaliti yang bagus. Saya tidak kisah jika terdapat perbezaan kerana apa yang paling penting ialah perwatakannya.
Bagaimana untuk terus positif dalam hidup dan bagaimana Ayana menangani stress?
Bagi saya minum coke itu dapat menghilangkan stress saya (ketawa). Kehidupan saya pada hari ini sangat sibuk. Jadi, saya tiada masa untuk memikirkan apa-apa masalah. Saya hanya melakukan kerja saya sahaja.
Nasihat Ayana kepada gadis di luar sana yang sentiasa berasa tidak yakin dengan diri sendiri.
Sangat susah untuk saya mengatakannya. Kadang-kadang, saya juga merasakan diri saya tidak cantik kerana ramai lagi gadis cantik di dunia ini. Saya Ayana, saya tiada apa-apa. Saya beri contoh Song Hye Kyo. Dia sangat cantik bukan? Namun, jika saya memiliki wajahnya pun, kita tidak akan boleh menjadi orang yang sama. Setiap seseorang itu ada keistimewaannya masing-masing. Segalanya datang daripada Allah. Jika kita tidak sayang diri kita, siapa lagi?
Siapakah Ayana dalam 10 tahun akan datang?
Saya mempunyai rancangan untuk menyambung pelajaran kerana mungkin pada usia saya sudah menganjak 30 an, tiada siapa mahukan saya lagi. Pada waktu itu mungkin orang sudah menyangkakan saya ini sebagai ‘nenek’. Jadi, saya mungkin akan menukar pekerjaan saya kerana industri ini sentiasa mahukan orang yang cantik. Di masa hadapan, saya mahu melakukan dakwah. Saya akan melakukan sesuatu yang baik untuk sesiapa yang mahu menjadi Muslim di Korea ataupun di mana sahaja. Saya juga masih boleh dikatakan sebagai seorang ‘baby Muslimah’. Saya mahu menjadi Muslimah yang lebih baik dan menjadi pengaruh yang lebih bagus kepada orang lain.
Jurusan apakah yang Ayana mahu sambung?
Sebelum ini saya adalah seorang pelajar dalam bidang politik. Tetapi, saya menyedari hakikat bahawa seorang Muslim tidak boleh menjadi ahli politik di Korea. Sebenarnya, saya mahu belajar mengenai undang-undang, politik dan sesuatu yang serius. Ini kerana saya fikir mungkin saya boleh membantu Muslimah yang menghadapi masalah di negara mereka mengenai peraturan dan undang-undang. Bukan menjadi seorang peguam, tetapi saya hanya mahu menolong mereka dalam mendapatkan hak.
5 perkara yang orang tidak tahu mengenai Ayana.
Saya selalu minum coke setiap masa, lebih daripada apa yang anda tahu. Tinggi saya adalah 161cm. Tarikh lahir saya adalah pada 28 Disember. Saya ada seorang adik lelaki. Lagu Sabar oleh Ismail Izzani merupakan lagu Melayu kegemaran saya. Saya suka Kuey Tiaw, Sate Kajang dan Nasi Goreng yang super pedas!
Pernahkah ada orang yang mahu melihat Ayana jatuh dan membuli anda di media sosial?
Sebelum ini pernah ada orang yang mempersoalkan sama ada saya melakukan pembedahan plastik. Saya telah menjelaskannya dalam sebuah video di Instagram dan selepas itu tiada lagi yang mempersoalkannya. Saya tidak pernah mengambil peduli jika ada yang memberikan saya mesej negatif kerana terlalu ramai manusia gila di dunia ini. Jadi saya tidak kisah dengan semua itu.
Siapa tidak kenal selebriti Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta. Anak jati kelahiran Kedah itu dilihat sering menggunakan ‘populariti’ yang dimilikinya untuk memberi impak positif kepada orang sekeliling.
Malah, sejak memutuskan untuk bertudung, penampilan isteri kepasa aktor Zain Saidin ini sering menjadi inspirasi kepada wanita berhijab diluar sana.
Memetik laporan HIJABISTA ketika menemui figura berkenaan, Che Ta menegaskan tidak sukar untuk seseorang berubah ke arah yang lebih baik, namun perlu bijak mengutip dan menambah ilmu di dada serta sentiasa memperbaiki diri sendiri.
Banyak Cara Mudah Nak Belajar Agama Sekarang Ini – Che Ta
“Sekarang nak belajar agama banyak cara yang mudah. Follow je ustaz yang boleh kita yakini dan kenal pasti ilmu agamanya. Dari situ kita akan lebih mempelajari ilmu agama secara mendalam dengan mereka ini.
“Macam sekarang saya akui ada follow mereka yang tidak bertudung. Tetapi bila kita like dan share orang tak pakai tudung, selama mana kita kongsi gambar itu kita akan tanggung dosa. Oleh sebab itu saya dah jarang like atau share gambar mereka yang tak berhijab,” ujarnya.
“Ia sebenarnya haram. Selama mana kita letak di Instagram kita, selama itulah kita kena tanggung dosa sebab kita menyebarkan gambar mereka yang tidak menutup aurat.
“Tambahan pula, sejak mengetahui perbuatan itu salah, saya terus berhenti berbuat demikian.
“Saya tak nak bila kita ada follower yang banyak di Instagram, tetapi tak kongsi benda yang bagus dan bermanfaat untuk orang lain,” katanya lagi.
“Malah kalau ada yang DM tanya berapa harga untuk review barang, saya bagi tahu balik kalau ada produk bagi je dan tidak akan kenakan sebarang caj. Kebanyakan mereka tidak ada bajet dan saya akan review produk mereka.
“Bukan maksudnya wajib promote, tapi bagi saya itu seperti tanggung jawab. Apa gunanya ada follower yang banyak tetapi tidak gunakan untuk menolong orang lain,” jelasnya lagi yang mempunyai follower seramai 5.1 juta di laman Instagram.
Ratu Rock negara, Ella terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan dengan memilih bidang fesyen Muslimah.
Memiliki labelnya sendiri iaitu RockQueen yang ditubuhkan sejak tiga tahun...