Setiap surah yang diturunkan di dalam kitab Al-Quran, pastinya mempunyai kebaikannya sendiri. Kita sebagai umat Islam disarankan untuk mengamalkan surah-surah yang diturunkan untuk mendapat ganjaran dari Allah SWT. Antara surah yang boleh anda amalkan ialah Surah Yusuf.
Surat Yusuf terdiri atas 111 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah karena diturunkan di Mekah sebelum hijrah. Surat ini dinamakan surat Yusuf adalah karena titik berat dari isinya mengenai riwayat Nabi Yusuf a.s.
Antara kebaikan yang ada dalam Surah Yusuf adalah:
Khasiat Ayat 54-56 = Mendapat kerja
54. Dan raja berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku.” Maka tatkala raja telah bercakap-cakap dengan dia, dia berkata: “Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami.”
55. Berkata Yusuf: “Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan.”
56. Dan demikianlah Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri Mesir; (dia berkuasa penuh) pergi menuju kemana saja ia kehendaki di bumi Mesir itu. Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa yang Kami kehendaki dan Kami tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.
Ads
Khasiat Akhir Ayat 64 = Pendinding dan kebahagiaan hidup
64. Berkata Ya’qub: “Bagaimana aku akan mempercayakannya (Bunyamin) kepadamu, kecuali seperti aku telah mempercayakan saudaranya (Yusuf) kepada kamu dahulu?”. Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Maha Penyanyang diantara para penyayang.
Khasiat Akhir Ayat 68 = Untuk sesi temuduga
68. Dan tatkala mereka masuk menurut yang diperintahkan ayah mereka, maka (cara yang mereka lakukan itu) tiadalah melepaskan mereka sedikitpun dari takdir Allah, akan tetapi itu hanya suatu keinginan pada diri Ya’qub yang telah ditetapkannya. Dan sesungguhnya dia mempunyai pengetahuan, karena Kami telah mengajarkan kepadanya. Akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.
99. Maka tatkala mereka masuk ke (tempat) Yusuf: Yusuf merangkul ibu bapanya dan dia berkata: “Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah dalam keadaan aman.”
Ads
100. Dan ia menaikkan kedua ibu-bapanya ke atas singgasana. Dan mereka (semuanya) merebahkan diri seraya sujud kepada Yusuf. Dan berkata Yusuf: “Wahai ayahku inilah ta’bir mimpiku yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan. Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari rumah penjara dan ketika membawa kamu dari dusun padang pasir, setelah syaitan merusakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Khasiat Ayat 101 = Anak soleh
Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta’bir mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang saleh.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita yang juga isteri kepada pengacara Nabil Mahir menzahirkan rasa syukur apabila rezekinya semakin mencurah selepas bergelar ibu. Benarlah kata orang anak-anak pembawa rezeki.
Terdahulu, ketika bertemu dalam majlis menandatangani kotrak bersama jenama Itali, Ayda mengakui anak-anak adalahlah salah satu punca rezeki, oleh itu dia dan suami amat bersyukur dan menitikberatkan tentang keselamatan anugerah kurniaan-Nya ini.
Pengalaman ‘Shooting’ Bersama Ana Nayla
Menurut Ayda, sejak bergelar ibu dia hanya menumpang rezeki anak-anak. Pernah menjadi duta kepada beberapa jenama. Ada juga jenama yang dah lama dengan dan mereka memperbaharui kontrak kerana mereka senang bekerjasama dengan saya.
“Pada awalnya saya risau. Bukan mudah untuk menjalani penggambaran dan sesi fotografi, orang dewasa pun penat, apatah lagi kanak-kanak.”
Demikian kata-kata penyanyi dan pelakon Ayda Jebat ketika diminta mengulas mengenai rezeki anaknya, Ana Nayla yang mula dilamar menjadi duta untuk beberapa jenama.
Menurut Ayda, dia dan suami, pengacara Nabil Mahir meletakkan syarat sekiranya mahu mengambil Nayla menjadi duta.
“Nayla sudah ada akaun bank sejak usianya enam bulan. Semua bayaran yang diterima Nayla disimpan dalam akaun miliknya. Selain itu, saya dan suami juga memperuntukan bayaran yang kami terima dalam setiap kerja seni dan kerjasama dengan jenama untuk Nayla.
“Nayla bakal menginjak usia tiga tahun pada September ini. Mula-mula memang saya dan suami risau, takut Nayla penat mahu menjalani penggambaran atau sesi fotografi. Namun, saya fikirkan ini rezeki anak dan barangan yang mahu menjalin kolaborasi pun sesuai untuk bayi dan kanak-kanak serta Nayla pun memang menggunakan jenama terbabit.
“Jadi, kami letakkan syarat jika mahu melakukan sesi penggambaran dan fotografi, mestilah ia dihabiskan secepat mungkin. Syukur, ketika sesi terbabit berlangsung, Nayla memberikan kerjasama yang baik dan dia suka dengan suasana di set penggambaran. Kami memberikan Nayla rehat secukupnya serta memainkan lagu kegemarannya ketika sesi terbabit,” kata Ayda.
Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.
Perkahwinan mereka diserikan dengan kelahiran puteri sulung, Ana Nayla pada 21 September 2021. Manakala pada 12 Disember 2023, Ayda memaklumkan sudah selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang diberi nama Aali Mateen.
Umum mengetahui Dato’ Sri Siti Nurhaliza sememangnya cukup akrab dengan anak-anak tirinya, lebih-lebih lagi dengan dua menantunya pelakon dari seberang isteri kepada Ashraf, Tya Arifin serta Izara Aishah, isteri kepada Adib.
Terdahulu, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti ada berkongsikan foto bersama dengan kedua-dua menantunya di laman Instagram sewaktu keluar bersama ahli keluarga berjaya undang perhatian ramai.
Kejelitaan Dan Keayuan Wajah Tokti Terserlah Di Usia 45 Tahun!
Manakan tidaknya, menerusi hantaran berkenaan, difahamkan mereka berada di sebuah restoran mewah terletak di ibu negara bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak tiri kepada Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalif. Dan, majlis berkenaan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Namun apa yang lebih mencuri perhatian adalah penampilan Tokti, di mana netizen tidak dapat menyembunyikan keterujaan melihat keayuan penyanyi 45 tahun itu.
Malah, raut wajah yang kelihatan awet muda dan persis sebaya apabila bergambar bersama kedua-dua menantu tirinya iaitu Tya Arifin dan Izara Aishah.
Artikel berkaitan: “Dia Dah Siap Bertelekung Sebab Tunggu Waktu Solat” Pereka Fesyen EZUWAN ISMAIL Kongsi Momen…
Team HIJABISTA, sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata peminat penyanyi nombor satu negara itu bersetuju bahawa penyanyi kesayangan mereka ini tak lapuk dek usia.
Mereka mengatakan ketiga-tiga wanita di dalam gambar berkenaan seakan di lingkungan umur yang sama meskipun usia TokTi jauh lebih berusia.
Di ruangan komen, ramai yang mula membanjiri komen dengan memuji keanggunan Tokti serta kedua-dua menantu tirinya.
Untuk rekod, Datuk Seri Siti Nurhaliza melangsungkan perkahwinan bersama ushaawan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada tanggal 21 Ogos 2006, di Masjid Wilayah Persekutuan. Hasil perkongsian hidup selama 18 tahun itu, kehidupan pasangan ini diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata, Siti Aafiyah, 6 dan Muhammad Afwa, 3 tahun.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Bersolek dan berhias seakan menjadi satu rutin wajib bagi kebanyakan wanita sebelum keluar rumah. Pelbagai jenis solekan serta hiasan digunakan supaya kelihatan cantik dan menarik. Sesetengah wanita bersolek untuk meningkatkan keyakinan diri, manakala sebahagiannya untuk dipandang dan dipuji.
Tanpa sedar, kecantikan serta solekan dipamerkan secara terbuka. Apa yang merisaukan ialah apabila wanita bersolek berlebihan, ia akan memberikan implikasi bukan saja kepada imej sebagai Muslimah, bahkan boleh menyebabkan kemudaratan dalam agama seperti tabaruj atau berhias secara berlebih-lebihan.
Lambakan produk kecantikan dan alat solek di pasaran membuatkan wanita ingin mencuba. Aneka lipstik, pembayang mata, pemerah pipi dan sebagainya menjadi item wajib yang mesti ‘melekat’ pada wajah.
Sebenarnya apakah hukum bagi wanita memakai lipstik dan alat solekan yang lain? Adakah perkara tersebut termasuk kebiasaan wanita jahiliyyah? Ramai wanita yang memakai alat solekan kerana tidak mahu kelihatan selekeh dah tidak pandai mengurus diri. Berikut pencerahan yang dipetik dari Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Hiasan kecantikan yang merupakan fitrah wanita itu asalnya adalah baik dan mempunyai asas daripada syarak akan tetapi ianya mestilah tidak melanggar apa yang telah dilarang oleh syarak secara jelas berkaitan dengan hukum berhias bagi wanita.
Di antara hak seorang wanita itu adalah berhias dan suami harus mengambil kenikmatan dengan kecantikan serta perhiasannya.
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) : “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?” (Surah al-A’raf : 32)
Umumnya, hukum asal bagi pakaian dan perhiasan adalah harus sama ada di badan, pakaian atau tempat. Akan tetapi, hukumnya berlanjutan sedemikian (halal dan harus) selagimana tiada nas-nas yang khusus yang mengecualikan hukum asal tersebut.
HUKUM WANITA MEMAKAI LIPSTIK
Berbalik kepada soalan yang ditanyakan, hukum wanita memakai lipstik serta alat-alat solek yang lain adalah harus sebagaimana umum firman Allah SWT :
Maksudnya: “Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.” (Surah al-Baqarah : 29)
Walau bagaimanapun, wanita hanya harus berhias untuk para suami mereka serta mereka yang dibenarkan oleh syarak sahaja. Tidak harus dia mempamerkan kecantikannya selain daripada suami mereka dan sebahagian manusia yang telah disebut di dalam ayat 31 surah al-Nur.
Al-Quran telah meletakkan batas-batas syariat tersebut, sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur : 31)
Syeikh al-Sa’di menafsirkan ‘kecuali yang zahir daripadanya’ pada ayat di atas sebagai pakaian yang zahir, iaitu yang biasa dipakai menurut adat setempat dengan syarat pakaian tersebut tidak membawa kepada timbulnya fitnah. (Lihat Tafsir al-Sa’di, hlm. 566)
Sekiranya wanita tersebut sekadar memakai lipstik dengan warna yang tidak ketara, atau memakai alat-alat solek yang lain seperti bedak dan lain-lain dengan nipis dan sekadarnya (tidak berlebihan), serta tidak tabarruj semasa berada di luar, adalah tidak mengapa, selagi mana perkara tersebut tidak menimbulkan fitnah serta menarik perhatian lelaki kepadanya (dengan syahwat). Hal ini kerana, agama Islam sangat menekankan soal kekemasan dan kecantikan sebagaimana riwayat daripada Ibn Mas’ud, bahawa Nabi SAW bersabda:
إنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kepada kecantikan.” (HR Muslim (91)
TABARRUJ (BERLEBIHAN DALAM BERHIAS)
Selain itu, perkara yang harus diingat dan diberi perhatian juga bagi seorang wanita itu, adalah hendaklah dia mengelakkan diri daripada bertabarruj. Imam al-Syaukani menyatakan bahawa al-Tabarruj ialah menampakkan dan mempamerkan (perhiasan dan kecantikkannya) bagi mata-mata (melihat dan menikmatinya). (Lihat Fath al-Qadir, 4/61)
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu.” (Surah al-Ahzab : 33)
Syeikh al-Maraghi menyatakan di dalam kitabnya bahawa larangan untuk mempamerkan perhiasan diri dan kecantikan wanita kepada kaum lelaki seperti yang dilakukan oleh kaum perempuan pada zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 22/6)
Begitu juga, Imam al-Syaukani ketika menafsirkan ayat di atas menyebutkan bahawa al-Tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan sebahagian daripada perhiasan dan kecantikannya yang (sepatutnya) wajib untuk ditutupinya, yang mana perkara tersebut dapat menarik perhatian (syahwat) laki-laki. (Lihat Fath al-Qadir, 4/320 )
Berlebihan dalam berhias bagi seseorang perempuan adalah diharuskan hanya kepada suaminya sahaja. Dalam membincangkan masalah ini, berpandukan pandangan para fuqaha’ dalam pembahagian hukum berkenaan tabarruj sebagaimana yang digariskan di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah menyatakan:
“Mempamerkan perhiasan dan kecantikan kepada sesiapa yang tidak sepatutnya dilihat seperti memakai pakaian yang ketat untuk mempamerkan bentuk badan atau selainnya. Dan disebabkan itu dapat menaikkan syahwat dan nafsu orang yang memandangnya, maka Ijma’ (sepakat) para ulama’ adalah haram melainkan kepada suaminya sahaja.” (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 10/62)
Maka, kita ketahui bahawa perbuatan bertabarruj itu adalah merupakan kebiasaan wanita jahiliyyah. Demikian juga, kami katakan bahawa termasuk dalam perbuatan tabarruj itu ialah apabila seorang wanita memakai alat-alat solek secara berlebih-lebihan yang mana perkara tersebut dapat menarik perhatian lelaki ajnabi kepadanya dan menimbulkan fitnah.
Inilah yang dilarang dan ditegah di dalam agama. Adapun, memakai lipstik atau alat-alat solek yang lain sekadarnya agar nampak kemas (tidak dilihat selekeh), berseri dan tidak kusam serta bukannya bertujuan bagi menarik perhatian lelaki ajnabi, maka ia tidak mengapa.
Secara umumnya, hukum asal bagi pakaian dan perhiasan adalah harus sama ada di badan, pakaian atau tempat. Akan tetapi, hukumnya berlanjutan sedemikian (halal dan harus) selagimana tiada nas-nas yang khusus yang mengecualikan hukum asal tersebut.
Tidak mengapa bagi seorang wanita itu untuk memakai lipstik serta alat-alat solek yang lain semasa berada di luar rumah dengan syarat tidak berlebihan dan memakai sekadarnya sahaja serta tidak bertabarruj.
Selain itu, perkara tersebut harus selagi mana ia tidak menimbulkan fitnah serta menarik perhatian lelaki kepadanya (dengan syahwat). Lebih-lebih lagi, apabila dia memakai lipstik atau alat-alat solek yang lain itu sekadarnya agar nampak kemas (tidak dilihat selekeh), berseri dan tidak kusam serta bukannya bertujuan bagi menarik perhatian lelaki ajnabi.
Hal ini kerana Islam sangat mengambil berat soal kekemasan, kebersihan dan kecantikkan.
Walau bagaimanapun, seorang wanita muslimah itu juga mesti ingat bahawa berlebihan dalam berhias bagi seseorang wanita adalah diharuskan hanya kepada suaminya sahaja.
Kami akhiri dengan kata-kata Sayyid Qutb sebagai renungan bersama, khususnya buat para wanita di luar sana:
“Perhiasan itu halal bagi perempuan untuk memenuhi keinginan semulajadinya. Setiap perempuan ingin menjadi cantik dan dipandang cantik. Walaupun perhiasan itu berbeza-beza dari satu zaman ke satu zaman, namun asas perhiasan itu adalah sama sahaja dalam fitrah perempuan, iaitu ingin mendapat dan menyempurnakan sifat-sifat kejelitaan dan menunjukkannya kepada kaum lelaki. Islam tidak menentang keinginan semulajadi ini, tetapi Islam mahu mengatur dan mengawalnya. Islam mahu menjadikan keinginan semulajadi itu menuju ke arah yang terang, iaitu ke arah suaminya yang tunggal selaku rakan kongsi hidupnya, yang dapat memandang bahagian-bahagian badannya, yang tidak boleh dipandang oleh orang-orang yang lain darinya (suaminya).” (Lihat Fi Zilal al-Quran, 4/2512)
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...