Surah Al-Kautsar merupakan salah satu surah yang pendek di dalam Al-Quran yang hanya mengandungi 3 ayat. Surah yang bermaksud sungai di syurga ini diturunkan di Makkah dan disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. Ia adalah simbolik terhadap kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah di atas pemergian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib, surah ini diturunkan.
Sebagai umat Islam, kita disarankan untuk membaca surah ini kerana ia mempunyai banyak manfaatnya kepada kita. Antara kebaikan-kebaikan yang kita perolehi apabila membaca surah Al-Kautsar ini adalah:
- Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
- Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insyaallah hilang dahaga.
- Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
- Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
- Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
- Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
- Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Selamat beramal!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wajar Jadi ‘Idola’, Hijabi Ini Cemerlang Tamatkan Ijazah, Dapat Tawaran Sambung PHD ‘Fast Track’ Lagi!
Isi Kandungan
ToggleSetiap kejayaan yang dikecapi pasti perlu datang seiring bersama usaha, bak kata pepatah ‘yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang’. Tetapi bukanlah mudah untuk mencapai kecemerlangan secara konsisten dan berterusan.
Begitu juga dengan usaha berterusan yang dilakukan oleh hijabi kelahiran Kluang Johor, Wan Norsyafiqah Arinah Wan Norazmi yang baru-baru ini telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah kelas pertama dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Dek kerana kecemerlangan yang dikecapinya itu, Arinah telah mendapat tawaran dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) secara fast track.
Sikap Suka Belajar Dan Cintakan Ilmu Pengetahuan Sudah Dipupuk Dari Kecil
@rinahhhhhh0 teka mortal board tu dah sampai mana #capcut #graduation #graduated #utm #convocation ♬ original sound – Rin – arinah azmi
Menyingkap kisah kejayaan yang dikecapinya, Arina berkata kecintaanya terhadap ilmu pengetahuan tidak pernah usai sejak dia masih kecil lagi.
Jelasnya, dia tidak suka bertangguh dan sentiasa menyiapkan kerja sekolah semasa waktu senggang menunggu pertukaran cikgu mata pelajaran menjadikan dia mampu menyandang gelaran pelajar cemerlang.
“Semasa tunggu pertukaran cikgu di kelas, memang saya akan cuba siapkan semua kerja sekolah yang ada supaya tidak membuang masa. Ia akhirnya jadi tabiat saya.
“Ibu bapa juga mementingkan nilai pendidikan sejak saya kecil dan mereka ibarat kunci pertama dalam pendidikan yang membuatkan saya suka untuk belajar,” ujarnya.
Bukan ‘Study Hard’ Cuma Suka Belajar Banyak Perkara Baru
@rinahhhhhh0 Teruntuk wanita wanita hebat, jangan pernah berhenti untuk mencapai cita-cita 🎓❤️ #CapCut #convocation #phdstudent #convoutm #utm #phd #fyp #fypシ ♬ original sound – Rin – arinah azmi
Bagaimanapun, selain menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran, Arinah mendedahkan bahawa dia juga ada membahagikan masa untuk melakukan pelbagai aktiviti lain seperti berniaga.
“Saya bukanlah seorang yang study hard tetapi saya suka ambil tahu dan belajar. Pada masa sama suka berniaga. Jadi memang saya tak bebankan diri semata-mata untuk belajar,” luahnya yang kini menjual cornflakes madu.
Artikel berkaitan: Hijabi Hafaz Quran Cetus Inspirasi! Raih Tempat Kedua Peperiksaan Acca Dunia!
Jadi, apabila menerima tawaran untuk mengikuti pengajian pantas PhD sebaik sahaja menamatkan pengajian Ijazah, Arinah tidak perlu berfikir dua kali untuk menerima tawaran berkenaan dan perlu menghabiskan pengajian dalam tempoh tiga tahun.
Sekadar info, terdahulu kosah kejayaan yang dikecapi hijabi ini tular di laman Tik Tok hingga menjadi sorotan wargamaya, setakat artikel ini ditulis video perjalanan kejayaan Arina telah mencecah hampir sejuta tontonan.
Malah, Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen dan melihat rata-rata netizen terinspirasi dengan kejayaan yang dikecapi arinah dan bertanyakan apakan tip dan amalan yang dilakukan beliau hingga terus-terusan mengapai kecemerlangan.
“Definisi sebenar beauty with brain. Semoga berjaya dunia dan akhirat.
“Tahniah. Boleh tak kongsi cara belajar dan urus masa?
“Sis bagi tips macam mana belajar,” ujar warganet.
Sumber: TikTok @rinahhhhhh
Artikel berkaitan: Bapa Terlantar, Dapat Layanan ‘Kelas Pertama’, Kegigihan Anak Gadis Lelaki Ini Cetus Inspirasi!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Tarik Perhatian’ Dengan Cara Dekatkan Diri Pada Allah, Amal 15 Tip Ini Ketika Hadapi Masalah
Semua orang ada masalah, tinggal bagaimana seseorang itu mampu ‘menguruskan’ masalah dengan baik. Setiap orang pasti ada masalah. Orang yang bermasalah, pastinya dia akan memiliki masa-masa sukar dalam hidupnya. Di luar saja mereka kelihatan gembira sedangkan tiada orang tahu apa yang tersirat di dalam hati mereka. Salah satu punca diri berasa tertekan kerana merasakan hanya diri kita saja yang sedang diuji hakikatnya setiap manusia berhadapan dengan masalah masing-masing.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sungguh, kami benar-benar akan menguji kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian.” (Surah Muhammad, ayat 31)
Berikut 15 tip ketika menghadapi masalah. Moga-moga masalah itu tidak terus membelenggu diri dan akhirnya menjadi ‘racun’ dalam diri.
1. Pertama sekali, terus paksa diri untuk ambil air wuduk dan solat. Boleh rujuk surah Al Baqarah ayat 45. Allah s.w.t sendiri bagi tips terbaik, mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan solat.
2. Bila ada masalah, tika air mata mengalir. Saat itu satu saja yang boleh selesaikan masalah kita. Sedarilah bukan duit, bukan orang, bukan apa-apa melainkan Allah.
3. Selalu masalah datang dari pelbagai arah. Bertalu-talu. Kita tidak perlu fikir solusi, strategi atau pening nak buat apa. Jawapannya ketika timbul masalah adalah banyakkan Istighfar. Istighfar dulu. Solusi Allah akan bagi.
Minta ampun pada Allah. Kurangkan dosa kita. Diantara penyebab hidup kita selalu ada masalah, ini kerana kita kurang rahmat Allah dalam hidup atas akibat dosa kita.
4. Tarik perhatian Allah. Jemput rahmat Allah melalui mulakan menjaga amalan wajib. Solat 5 waktu saja tidak cukup, kalau boleh solat awal 5 waktu. Tambahkan dengan amalan-amalan sunat terutama Tahajud.
Lihat saja surah Al Isra dan Muzammil, betapa Allah tidak sebut solat sunat nafilah atau sebagai ‘tambahan’ selepas solat fardhu melainkan bangun malam.
Tunjukkan pada Allah, yang kita benar-benar mahu masalah kita selesai.
5. Banyak hutang, masalah rumahtangga, belum ada jodoh, belum ada rezeki anak, belum ada kerja dan bisnes down. Bangun Tahajud. Luahkanlah perasaan kita pada Allah ketika semua orang sedang tidur.
6. Jangan hanya baca doa yang kita hafal. Ajak berbicara dengan Allah dalam doa. Allah suka dengar hambaNya mengadu padaNya. Dia suka. “Ya Allah, saya ada itu dan ini..”
Ceritakan masalah kita dari awal. Seperti bercerita dengan kawan rapat. Luahkan semuanya.
7. Allah uji tanda sayang. Bila masalah datang, dan terlalu banyak sampai kita tak mampu nak buat apa-apa. Sebutlah, “Innalillahi wa innalillahi rojiun”.
Kita tak boleh buat apa-apa. Jawapannya adalah Redha. Ya redha dulu dengan apa yang dah berlaku. Redha kita dalam situasi tersebut. Kita bukan tuan apatah lagi Tuhan. Reda.
.
8. Nabi Sulaiman alaihi salam juga pernah alami situasi sejatuh-jatuhnya. Boleh rujuk kisahnya surah Sod ayat 33 hingga 36. Biasanya kita sering dengar orang sebut,
“Ya Allah, tolonglah bantu aku bayar hutang kali ni saja. Aku cuma nak hutang aku lunas.”
“Ya Allah, aku ada masalah besar. Lepaskan aku dari masalah ini ya Allah.”
SubhanaAllah, Nabi Sulaiman a.s ketika down, dia tak minta hanya selesaikan masalah dia saja. Kerajaan dia hilang. Justeru, Nabi Sulaiman a.s meminta pada Allah,
“Qala rabbi ighfir li wahab li mulkan la yanbaghi liahadin min ba’aadi innaka anta alwahhab.”
“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya.”
Maksudnya, ketika ada masalah. Jangan bersedih, istighfar dan mintalah yang besar-besar dari Allah.
Contoh, “Ya Allah selesaikanlah masalah hutangku dan bagi aku kemampuan ya Allah untuk selesaikan masalah hutang orang lain.”
“Ya Allah aku redha dengan apa yang dah hilang, gantikanlah aku yang baru, yang jauh lebih baik dan ubahkanlah hidupku ya Allah.”
9. Sentiasa zikir “La haula quwwata billah”. Biasakan baca selawat. Ini kerana selawat akan meleraikan segala masalah. Amalkan selawat Syifa dan Tafrijiyyah.
10. Jumpalah orang yang soleh. Minta nasihat dari mereka. Orang yang baik ada cahaya dalam percakapannya. InshaAllah akan buat hati kita tenang bila dekat dengan orang yang dekat dengan Tuhan.
11. Minta maaflah. Rendahkan ego kita untuk minta maaf jika ada buat salah pada manusia terutama pada emak ayah. Salam dan ciumlah tangan dan dahi mereka, minta doakan kita.
12. Bersedekahlah. Ya sedekah. Semakin banyak masalah, semakin perlu banyak kita bersedekah. Allah akan menggantikan hingga 10 kali lipat. Sekaligus menjaga kita dari bala musibah.
.
13. Hidup ini untuk menyelesaikan masalah. Life is to solve problem. Itulah kata-kata mutiara barat, tapi kita ubah sikit, “Hidup ini untuk menyelesaikan ujian.” Kita gantikan perkataan masalah kepada perkataan ‘ujian’.
Masalah itu adalah ujian, tapi ujian bukan masalah. Ini kerana kita tahu segala ujian datang dari Allah.
14. Iringi masalah kita dengan taat pada Allah dulu. Mula jaga Quran. Baca dan fahami. Sekaligus praktikkan dalam hidup kita. Kuncinya adalah, “Semakin banyak masalah, semakin taat pada Allah.”
15. Tenangkan hati dulu dengan ingat pada Allah. Selepas itu baru usaha dan ikhtiar. Imbas semula kesusahan kita yang lepas, kita sangka kita tak dapat lepas ujian itu tapi ternyata hari ini kita masih hidup.
Allah selamatkan kita. Yakinlah, kali ini juga Allah pasti selamatkan kita. Bersyukur bila ada masalah, Allah masih sayang kita dan mahu mengangkat darjat kita.
Sumber: Faresh Mael
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amalkan Ayat Ini Bila Terasa Susah Nak Kawal Kemarahan, InsyaAllah Sejuk Hati!
Lumrah manusia, ada kalanya kita rasa gembira. Kadangkala sedih, marah, kecewa dan sebagainya. Namun, perasaan marah yang keterlaluan hingga menjadi baran boleh menyebabkan berlakunya situasi yang kita tidak ingini berlaku.
Jika berlaku sesuatu yang menguji kesabaran hingga membuatkan kita rasa hendak mengamuk, amalkanlah ayat yang dikongsi oleh PU Amin ini. InsyaAllah, perlahan-lahan perasaan marah itu akan padam dan menyejukkan hati.
Baca ayat ini berulang kali sambil urut dada.
Ayat 250 Surah Al-Baqarah
Cuba amalkan ya jika anda tidak dapat mengawal kemarahan anda. Yakinlah dengan kuasaNya, InsyaAllah.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI