Setiap surah dalam Al-Quran mempunyai keistimewaan dan kehebatannya yang tersendiri. Selain menambahkan pahala amalan kita apabila membacanya, ayat Al-Quran juga mampu membantu kita dalam kehidupan seharian.
Ikuti perkongsian seorang pengguna Twitter ini @izz_amir95 mengenai amalan membaca Al-Waqiah dengan Al Mulk yang mampu menjemput rezeki dalam kehidupan kita.
Mulanya hidup memang kucar kacir sebelum mengamalkan surah Al-Waqiah dan Al-Mulk dalam kehidupan seharian.
Suatu hari ternampak orang berkongsi kisah di Facebook.
Pintu hati terbuka untuk mencari erti Surah Al-Waqiah dan Al-Mulk di Internet. Tiba-tiba…
Banyak dapat order daripada pelanggan luar negara. Mereka juga berminat untuk jadi ejen produknya.
Duitnya tak pernah berkurang walaupun banyak memberi.
Dia perasan kedua-dua surah ini memudahkan urusan hidupnya. Exam tetap cemerlang walaupun demam ketika itu.
Pelanggan yang biasanya banyak kerenah tiba-tiba mahu menolong promote perniagaannya.
Dia menyarankan semua mengamalkannnya sebelum tidur. Pasti rezeki mengalir seperti air selepas itu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hati Tidak Tenang Kerana Depresi, Lakukan 5 Amalan Ini Mengikut Cara Dalam Islam.
Masalah stres ataupun depresi seringkali terjadi kerana tekanan yang membebani minda kita. Ia boleh terjadi disebabkan masalah peribadi, kerja ataupun keluarga. Selain melakukan senaman yoga, minum kopi ataupun mendengar muzik yang dikatakan boleh menghilangkan depresi, pelbagai amalan lain yang disarankan di dalam Islam boleh kita amalkan untuk menghilangkan rasa beban yang ditanggung.
Untuk penulisan New Ummah kali ini, Team Hijabista kongsikan kepada anda pilihan amalan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa stres dan depresi mengikut cara Islam. Selamat beramal!
- Solat
Sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk melakukan solat lima kali sehari. Ini sudah menjadi panduan sejak dari kecil lagi. Allah SWT amat murka dengan hamba-Nya yang sengaja meninggalkan solat. Solat bukan sahaja dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT, malah ia juga merupakan salah satu cara untuk menenangkan jiwa dan minda serta dapat mengurangkan rasa tekanan yang dirasai. Anda juga disarankan untuk melakukan solat sunat yang juga mempunyai banyak kebaikannya.
“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah solat dan sabar sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”.
(Q.S. Al-Baqarah : 153)
Baca juga: Surah Penghibur Hati Rasulullah S.A.W, Ini Kelebihan Yang Ada Pada Surah Al-Kautsar!
2. Berzikir
Apabila kita berasa stres ataupun depresi, pastinya hati akan mula berasa cemas dan gusar. Kadang-kala rasa berbolak-balik dan tidak menentu seringkali menghantui kita. Tenangkan jiwa dengan melakukan amalan zikir. Seperti solat, zikir juga antara salah satu amalan yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Ambil sebentar waktu anda dan duduk sambil berzikir. Pasti minda dan hati akan lebih tenteram dan selamat.
3. Bersabar
“Sabar itu separuh daripada iman”
Orang yang penyabar merupakan orang yang banyak mendapat kebaikan daripada amalan ini. Hati menjadi lebih tenang, jiwa rasa tenteram dan dapat membuat keputusan dengan relevan antara kebaikan apabila kita bersabar. Dalam Islam, sifat sabar itu sentiasa diwajibkan untuk setiap umat apabila ditimpa musibah. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Sudah pasti setiap musibah yang diturunkan itu mengikut kemampuan hamba-hamba-Nya.
“maka bersabar itu lebih indah, Dan hanya Allah tempat memohon pertolongan.”
(QS. Yusuf 18)
Baca juga: Jika Diri Sudah Mula Malas Membaca Al-Quran, Ketahuilah Segala Kebaikan Yang Ada Pada Al-Quran!
4. Percaya dengan pertolongan Allah SWT
Setiap masalah yang berlaku pada kita, pastinya ada jalan penyelesaian yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Sentiasa bersangka baik kepada Allah dan bertawakkal menjadikan hati lebih tenang. Usah meletakkan perasaan ataupun fikiran yang negatif.
“Sesungguhnya setelah kesulitan pasti ada kemudahan. Setelah kesulitan ada kemudahan.”
(QS 94:5-6)
5. Berdoa
Berdoa merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi dengan Allah SWT dan jalan untuk mendekatkan diri dengan-Nya. Pintalah pertolongan kepada-Nya saat hati berasa gundah, cemas dan gusar kerana dengan berdoa, insyAllah kita dapat diberikan ketenangan minda dan jiwa.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Solat Tapi Exam 4 Flat? Tersentap Hati Lepas Tahu Akibat Melewatkan Solat Ini
Zaman sekarang, kita mungkin biasa melihat orang lain ataupun diri kita sendiri yang tidak rasa apa-apa bila melengah-lengahkan solat. Kita mungkin berfikir yang ada perkara yang lebih penting perlu dilakukan dahulu sebelum mendirikan solat. Yang tinggalkan so lat pun ramai juga malah tidak malu mengakuinya.
Ada yang berfikir, mengapa perlu solat sedangkan dia rasa dirinya sudah bijak, pandai, kaya dan lengkap segala-galanya? Namun, tahukah anda kesannya disebalik tindakan anda itu? Sentap betul rasanya apabila membaca perkongsian daripada akaun twitter @tarbiahsentap ini. Mari kita hadam baik-baik.
“Tak solat tapi keputusan peperiksaan 4 flat’’
Bila kita sengaja menangguhkan solat, maka tertangguhlah segala urusan dalam hidup kita seperti jodoh, kerjaya, hidayah daripada Allah dan sebagainya.
Menurut Imam Hassan al-Basri, rendahnya nilai hidup kita bergantung kepada rendahnya nilai solat kita dalam kehidupan seharian. Subhanallah.
Takut rasanya bila membaca kesannya yang mungkin kita sangka kecil namun mampu memberi impak yang mendalam dalam hidup. Moga kita semua tidak termasuk dalam golongan umat yang alpa. Amin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wani Syaz Kumpul Dana Bantuan Bagi Mangsa Banjir Walaupun Turut Terjejas
Bencana banjir yang melanda di beberapa buah negeri seperti Johor, dan Melaka banyak memberikan kesan kepada rakyat yang menetap di sana. Jumlah mangsa banjir juga meningkat di sesetengah kawasan di Johor.
Penyanyi Wani Syaz turut menzahirkan rasa sayu melihat keadaan yang berlaku tambahan pula Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Kediammanya di Batu Pahat, Johor juga masih ditenggelami banjir.
Satu Dugaan Sebelum Ramadan Menjelma
Di temubual bersama Harian Metro, Nursyazwani Selamat, 25, itu percaya keadaan yang berlaku ini sebagai satu dugaan sebelum bulan Ramadan tiba. Namun, perasaan hiba tetap dirasai melihatkan keadaan orang sekeliling yang turut terjejas.
Artikel berkaitan: Salur Dana RM 50,000 Bantu Mangsa Banjir Pantai Timur! Nana Mahazan Kagumi Mentaliti ‘Para Jutawan’ Ini!
“Sedih juga sebab dah nak dekat Ramadan, tapi, saya anggap ini sebagai dugaan buat kami, bukan sahaja saya dan keluarga, tetapi penduduk sekitar yang turut terkesan akibat banjir.” katanya.
Wani juga sempat bergurau mengenai tempahan pakaian untuk menyambut Aidilfitri. Katanya, harap tidak bertukar warna atau hanyut sahaja kerana rumah tukang jahit itu juga sama terkesan dengan banjir yang melanda.
“Saya ada hantar kain untuk tempah baju Raya, tapi,rumah tukang jahit pun terkesan sama akibat banjir. Harapnya, kain saya tidak hanyut atau bertukar warna.” ujarnya lagi.
Tetap Berikan Bantuan Kepada Orang Sekeliling
Tempoh hari, Wani juga sempat mengumpul dana sebagai bantuan kepada penduduk setempat. Jelasnya, wang bantuan yang terkumpul mencecah RM 5,000.00 setakat ini.
“Saya masih lagi dalam proses mengumpul dana bantuan dan jumlah terkumpul setakat ini. mencecah RM5,000. Akibat banjir, rumah dan kedai saya turut terkesan, sekali gus tak ada banyak yang boleh diselamatkan,
“Barang-barang terutamanya, barangan elektronik, memang semuanya rosak. Dalam pergelutan dengan bencana alam itu, saya sempat selamatkan nenek saya yang lumpuh dan juga kucing. Buat masa sekarang, saya dan ibu menumpang di rumah sepupu,
Artikel berkaitan: “Pakaian Yang Ada Tak Menutup Aurat…” Munawwareen Sumbang Telekung Buat Mangsa Banjir. Tak Fikir Rugi Pun!
“Mungkin akan ambil masa sekitar dua ke tiga minggu untuk air benar-benar surut dan selepas itu, barulah kami dapat mulakan kerja-kerja pembersihan,
“Kali terakhir banjir besar yang saya ingat berlaku di kawasan saya adalah pada 2006. Tapi, pada waktu itu, saya masih kanak-kanak. Jadi, bila berlaku banjir baru-baru ini, memang sangat terasa.” jawabnya.
Wani ditemui sewaktu sesi memperkenalkan single duet terbaharunya bersama Wany Hasrita berjudul Sakitnya Penantian. Lagu ini merupakan hasil ciptaan komposer, A Ramlee dan Ezra Kong.
Sumber: Harian Metro
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI