Supermodel Gigi Hadid Dermakan Semua Gajinya Buat Mangsa Perang Di Ukraine & Palestin

Share

Supermodel terkemuka dunia, Gigi Hadid telah mengumumkan bahawa dia akan mendermakan semua pendapatan bulanannya akan didermakan bagi usaha bantuan di Ukraine dan Palestin.

“Memiliki jadual peragaan yang ditetapkan bermakna saya dan rakan sekerja sering mempersembahkan koleksi fesyen baharu ketika situasi yang menyayat hati dan traumatic berlaku dalam sejarah,” tulisnya di Instagram, di samping beberapa siri gambar dari pelbagai pertunjukan fesyen.

Pertunjukan terbaharu jenama mewah Balenciaga adalah simbolik dan berkait rapat dengan krisis iklim, realiti maya dan perang di Ukraine.

Gigi yang berdarah keturunan Palestin ini memberitahu 72 juta pengikutnya bahawa walaupun dia tidak dapat mengawal jadual kerjanya yang padat namun dia berminat untuk membantu mereka yang memerlukan.

Dia juga memuji model Mica Argañaraz kerana memberi inspirasi kepadanya di atas keputusan yang diambil.

“Kami tidak mempunyai kawalan ke atas kebanyakan jadual kerja kami, tetapi kami ingin berjalan di pentas untuk ‘sesuatu’. Mengikuti jejak rakan saya @micarganaraz, saya berjanji untuk menderma pendapatan saya yang diperoleh daripada koleksi Musim Luruh 2022 untuk membantu mereka menderita akibat perang di Ukraine serta terus menyokong mereka yang mengalami perkara yang sama di Palestin.

“Mata dan hati kita mesti terbuka kepada semua ketidakadilan manusia. Semoga kita semua memandang antara satu sama lain sebagai adik beradik dan tidak melihat politik, kaum dan agama sebagai sempadan. Pada penghujung hari, nyawa yang tidak bersalah perlu membayar untuk pemimpin yang tidak berlawan di medan peperangan.

“BEBASKAN UKRAINE. BEBASKAN PALESTIN. KEAMANAN. KEAMANAN. KEAMANAN. 🕊”

Pengumuman Gigi ini dibuat beberapa hari selepas pelakon kelahiran Ukraine Mila Kunis dan suaminya Ashton Kutcher berjanji untuk mengumpul sehingga $3 juta dalam bentuk derma untuk membantu pelarian yang melarikan diri dari negara asal merek.

Pasangan selebriti ternama, Blake Lively dan Ryan Reynolds turut mengumpul dana untuk membantu pelarian negara tersebut.

 

sumber: cnn

Published by
QIST