Supaya Bau Minyak Wangi Tahan Lama: Sembur Pada Bebola Kapas, Simpan Dalam Beg Plastik Untuk Touch-up

Share

Wangian dan wanita ibarat irama dan lagu. Mana mungkin mampu untuk dipisahkan. Wanita tanpa wangian ibarat tidak lengkap dalam soal berpenampilan. namun masalh yang sering dialami oleh kebanyakan ramai wanita ialah bau wangian yang tidak kekal lama.

Kadang-kadang kita guna minyak wangi main sembur sahaja, asalkan bau wangi tapi baunya sekejap sahaja. Dikongsikan tip menggunakan minyak agar berbau harum sepanjang hari.

1. SEMBUR SELEPAS MANDI
Semburkan wangian anda sejurus selepas anda mandi dan biarkan ia kering sendiri.

2 .PAKAI PELEMBAP KULIT SEBELUM MEMAKAI WANGIAN


Pelembap kulit akan mengekalkan wangian anda dengan lebih baik.

3. SEMBUR ATAU LETAKKAN WANGIAN TERUS KE ATAS KULIT
Bau yang wangi akan terhasil dan tahan lama apabila wangian anda bergabung dengan minyak semula jadi dari badan anda sendiri.

4. SEMBUR DI BAHAGIAN NADI
Minyak wangi bertindak balas dengan haba. Dengan memakai wangian di bahagian nadi, ia boleh membantu bau tersebut tersebar sepanjang hari.

5. JANGAN GOSOK WANGIAN DI TANGAN ANDA
Menggosok kedua pergelangan tangan selepas memakai wangian boleh menyebabkan bahan kimia wangian nada terpecah lebih awal dari yang sepatitnya. Sebaiknya sembur ke pergelangan tangan satu demi satu.

6. CAMPURKAN MINYAK WANGI ANDA DALAM LOSEN
Campurkan sedikit minyak wangi anda dengan losen yang tidak berbau. Dengan cara itu, losen anda akan berbau sama seperti minyak wangi anda.

7. SEMBUR MINYAK WANGI PADA BEBOLA KAPAS DAN SIMPAN DI DALAM BEG PLASTIK UNTUK TOUCH-UP
Untuk rasa segar bila-bila masa, semburkan wangian anda pada beberapa bebola kapas dan seterusnya simpan di dalam beg plastik dan gunakan pada bila-bila masa dengan menyapukan bebola kapas pada kulit.

8. LETAKKAN MINYAK WANGI DI DALAM ALMARI BAJU
Lapikkan pakaian anda dengan tisu yang telah disemburkan minyak wangi anda. Dengan cara itu, pakaian anda akan berbau wangi sama seperti minyak wangi anda.

9. SIMPAN MINYAK WANGI ANDA DALAM TEMPAT YANG GELAP, KERING DAN SEJUK
Minyak wangi boleh terurai apabila disimpan dalam suhu yang tidak menentu ataupun di tempat yang lembap. Jadi simpan ia di dalam laci yang sejuk dan jauh dari sinaran matahari secara langsung.

10. JANGAN GONCANG BOTOL MINYAK WANGI ANDA
Menggoncang botol minyak wangi akan menyebabkan udara bercampur ke dalam minyak wangi anda dan memendekkan jangka hayatnya.

Mungkin sebelum ini kita ada melakukan perkara-perkara berikut. Selepas ini, elakkan daripada melakukan perbuatan seperti ini bagi memastikan bau minyakw angi tahan lebih lama serta memanjangkan hayat minyak wangi anda.

Sumber kredit: Facebook Family’s Tasneem Natural

Published by
Norhasliza