Selalunya apabila pergi menunaikan umrah/haji Muslimah mesti menghadapi masalah beg yang terlebih-lebih. Biasanya beg akan bertambah apabila pulang menunaikan umrah/haji.
Ada tip yang boleh dicuba agar beg yang dibawa pulang tidak terus bertambah. Moga tip ini dapat membantu anda.
1. Bawa baju untuk 1-2 hari sahaja, selain nya beli je, sebab last-last pun mesti terbeli… eh.. ni cantik nyeeer.. terbeli…
2. Bawa satu sandal saja, tak payah bawak 2-3 kasut .. konon nak mendaki laaa… apa laa.. bawak sandal yang senang nak sodok kaki and yang kat sole ada grip, lantai marble, nak kena balance kalau sole licin, nak bukak-pakai masa masuk keluar masjid. Fast game. Silap2 sandal tercampak…
3. Bawa satu set telekung saja, tak payah nak konon tukar-tukar telekung, sebab travel agent akan kasi mini telekung, nanti itu-itu jugak yang ko pakai
4. Bawa disposable panties… dah pakai buang, tak payah sibuk nak cuci. Bawak dari sini, sebab kat sana takde… susah cari. Tanya Pak Arab/Bangladeshi dorang tak faham.
5. Bawa panty liners, sebab kat sana mahal.
6. Bawa sock yang mudah wuduk, jadi tak menyusahkan nak bukak, pakai… kaki basah2
7. Bawa 1-2 helai instant tudung yang panjang, senang sarong… untuk pergi makan, so mini telekung tak kotor terpercik Kambing Nasi Arab
8. Kalau sakit, pergi doctor yang travel agent dah bayar insurance.. free. Jangan beli obat kat pharmacy… mahal… harga ubat boleh beli satu jubah. Bawak ubat sendiri, especially strepsil, kat sana paling murah is SAR29.
9. Nak beli kurma, kalau boleh jangan beli di Pasar/Ladang Kurma… dah commercialised, their customers are only those yang datang dengan bus. Beli kurma kat wholesale kat mall. Lagi murah. Yang lain2 boleh cari di Bin Dawood.
Bila bag pergi tak berat, balik tak perlu tambah bag. Apasal pergi satu, balik 3, itu tak termasuk handcarry 7 kg. Yang penting, be humble, cepat membantu, ramah, dan selalu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pegawai yang banyak membantu.
Selalu bersangka baik kepada Allah dalam apa situasi pun. HE IS THE BEST PLANNER.
Sumber kredit: Zuraida Lazni via Viral Media Johor
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.