Kita makan macan-macam makanan setiap hari. Selalunya kita banyak makan makanan yang tidak seimbang dan ini tentunya akan memberikan risiko peningkatan berat badan selain pelbagai jenis penyakit. Supaya badan tak lesu, perut tak buncit dan tiada lagi lemak sana-sini, buatlah detoks!
Oleh itu, kita disarankan untuk detoks. Tujuannya ialah untuk menghilangkan toksin daripada tubuh. Tahukah anda bahawa lemak terbentuk adalah salah satu contoh toksin dalam badan.
Jika kita tidak melakukan detoks
, ia akan serang perut dahulu. Memboroi. Diikuti dengan bahagian belakang. Hunchback. Selepas itu bahagian lengan dengan dagu.ARTIKEL BERKAITAN: Air Detoks Untuk Cantik Luaran & Dalaman, Tubuh Pun Segar Bugar. Amalkan!
Maka, bergelimpanganlah kawah berbentuk busut pada muka. Ada sesetengah pada belakang badan. Atau pada bahagian kulit kepala. Bintil merah. Bila kupas jerawat rupanya. Menunggu masa meletup. Kemudian tinggalkan parut. Kulit tidak anjal. Kendur dan kering. Masalah bertapak dalam usus. Toksin berlegar-legar.
Perut kerap rasa tak selesa. Kembung. Sekali ‘melepas’. Paling padu yang tak berbunyi. Itu bahaya. Memang ‘aniaya’ orang sekeliling. Melepas pula bukan sekali dua.
Dalaman tak sihat akan refleksi luaran tak sihat. Toksin adalah bom jangka dalam tubuh. Jadi kita perlu buang toksin. Tak perlu suplemen yang overclaimed itu. Apa yang diletaknya dalam itu. Guna sahaja sumber semula jadi. ‘Founder’ Sang Pencipta. Tak perlu was-was.
Ini antaranya:
Caranya pun amat mudah:
1. Sediakan isi aloe vera sebesar jari tengah dan jari telunjuk.
2. 3 biji limau kasturi bersaiz sederhana/2 hirisan lemon.
3. 5 hingga 10 helai daun pudina.
4. Separuh batang timun.
5. Kisar dan masukkan air ikut kepekatan yang disukai.
6. Masukkan satu sudu madu asli.
7. Masukkan dalam peti ais jika mahu sejuk. Atau minum terus.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber kredit: Dr Rizal Abu Bakar Top image: Picture by dominik-martin from Unsplash