Sunting Profil Azal Sebagai ‘Orang Kurang Waras’, Zarina Kecewa Ada Yang Aniaya Anak Syurga

Share

Semakin hari semakin hilang sifat kemanusiaan yang ada pada masyarakat sekeliling kita. Ada pula yang sanggup membuat perkara tanpa memikirkan soal hati dan perasaan orang lain.

Tular baru-baru ini mengenai suntingan di laman sesawang Wikipedia mengenai biodata anak kembar Zarina Zainuddin yang mendakwa pelbagai spekulasi yang tidak masuk akal. Ia membuatkan orang ramai turut berasa kecewa dengan tindakan penyunting tersebut.

Tergamak kata begitu kepada orang istimewa

Sumber dari Instagram Zarina Zainuddin

Suntingan yang di buat pada laman sesawang Wikipedia mengenai profil anak kembar Zarina Zainuddin mebuatkannya tergamam dan kecewa. Tidak sangka ada orang yang tergamak buat perkara itu.

Menurut pelakon itu, anaknya Azal atau nama penuhnya Muhammad Raizal Azral, 26, datang kepadanya sendiri menunjukkan kenyataan di Wikipedia ituTidak mampu untuk berkata apa-apa, Zarina hanya mampu memeluk kedua anak kembarnya itu.

“Azal hantar pada saya, ibu ada orang, tulis di wikipedia kata Azal ‘orang kurang waras’ ibu tengok ni,

“Saya yang baca jadi terkedu sekejap, saya peluk dia saya kata Azal tak gila Azil tak gila. Azal dan abang Azil anak istimewa, anak istimewa,

“Allah ada, biar orang kata apa Allah ada, kalau Azal sayang ibu jangan sedih tau,” kongsinya di Instagram.

Artikel berkaitan: Sering Muat Naik Video Di Media Sosial, Cara Zarina Zainuddin Kongsi Jaga Anak Autism Dengan Netizen

Antaranya perkataan yang di tulis pada profil anaknya di Wikipedia

itu sangat tidak wajar bagi menghuraikan tentang keperibadian seseorang. Bahkan, ada juga tertulis mereka sering ‘throwing tantrum’ atau mengamuk.

Zarina yang gemar berkongsi video mengenai telatah dua anak kembarnya yang istimewa itu telah memuat naik perkongsian di Instagram tentang suntingan profil ini. Dia berasa kecewa dan tidak sangka ada yang boleh terfikir untuk lakukan perkara tersebut.

Sumber dari Instagram Zairina Zainuddin

Ramai yang tidak berpuas hati dengan suntingan yang di buat oleh individu tersebut. Rakan-rakan artis juga turut kesal dengan perbuatan itu dan berharap ada tindakan yang di lakukan keatas individu tersebut.

Pelakon itu juga telah di kurniakan sebanyak 4 orang cahaya mata termasuk dua kembar istimewa, Muhammad Raizal Azal dan Muhammad Razil Azrai di mana mereka menghidap autisme. Zarina juga turut mempunyai dua lagi anak lelaki iaitu, Muhammad Adam Azrai dan Muhammad Naim Azrai.

Sumber info: Instagram Zarina Zainuddin

Artikel berkaitan: “Saya Dan Anak-Anak Pernah Diejek & Diherdik..”- Dikurniakan Anak-Anak Autisme, Zarina Kongsi Cerita & Luah Rasa Syukur!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee