Semakin hari semakin hilang sifat kemanusiaan yang ada pada masyarakat sekeliling kita. Ada pula yang sanggup membuat perkara tanpa memikirkan soal hati dan perasaan orang lain.
Tular baru-baru ini mengenai suntingan di laman sesawang Wikipedia mengenai biodata anak kembar Zarina Zainuddin yang mendakwa pelbagai spekulasi yang tidak masuk akal. Ia membuatkan orang ramai turut berasa kecewa dengan tindakan penyunting tersebut.
Tergamak kata begitu kepada orang istimewa
Sumber dari Instagram Zarina Zainuddin
Suntingan yang di buat pada laman sesawang Wikipedia mengenai profil anak kembar Zarina Zainuddin mebuatkannya tergamam dan kecewa. Tidak sangka ada orang yang tergamak buat perkara itu.
Menurut pelakon itu, anaknya Azal atau nama penuhnya Muhammad Raizal Azral, 26, datang kepadanya sendiri menunjukkan kenyataan di Wikipedia itu. Tidak mampu untuk berkata apa-apa, Zarina hanya mampu memeluk kedua anak kembarnya itu.
Antaranya perkataan yang di tulis pada profil anaknya di Wikipedia itu sangat tidak wajar bagi menghuraikan tentang keperibadian seseorang. Bahkan, ada juga tertulis mereka sering ‘throwing tantrum’ atau mengamuk.
Zarina yang gemar berkongsi video mengenai telatah dua anak kembarnya yang istimewa itu telah memuat naik perkongsian di Instagram tentang suntingan profil ini. Dia berasa kecewa dan tidak sangka ada yang boleh terfikir untuk lakukan perkara tersebut.
Sumber dari Instagram Zairina Zainuddin
Ramai yang tidak berpuas hati dengan suntingan yang di buat oleh individu tersebut. Rakan-rakan artis juga turut kesal dengan perbuatan itu dan berharap ada tindakan yang di lakukan keatas individu tersebut.
Ads
Pelakon itu juga telah di kurniakan sebanyak 4 orang cahaya mata termasuk dua kembar istimewa, Muhammad Raizal Azal dan Muhammad Razil Azrai di mana mereka menghidap autisme. Zarina juga turut mempunyai dua lagi anak lelaki iaitu, Muhammad Adam Azrai dan Muhammad Naim Azrai.
Tular di laman Tik Tok sebuah video memaparkan Datuk Syafinaz Selamat sedang mencurahkan ilmu berkenaan teknik pernafasan yang betul kepada Qari Qariah untuk bertarannum.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah penampilan Syafinaz yang dilihat anggun berhijab dan mengenakan baju kurung ketika sesi perkongsian ilmu itu.
Menerusi video yang dikongsikan akaun Tik Tok @syafinazselamat.fans itu dapat dilihat bahawa Syafinaz begitu bersungguh-sungguh mengajar teknik pernafasan sebenar kepada para Qari dan Qariah agar bacaan tarannum yang dialunkan menjadi lebih merdu selepas mangaplikasikan ilmu yang diturunkan oleh Syafinaz.
Meninjau ke ruangkan komen pada perkongsian video berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata netizen terpukau dengan keanggunan Syafinaz.
“Cantiknyaaa.. Datuk bertudung! Teruskan Datuk.. Ameen..”
“Ustazah ni dah terer tarannum weh.. Tapi dia pun terbuka lagi untuk belajar dengan tokpinaz, SunhanaAllah tahniah kedua-duanya.. Semoga menjadi asbab untuk masuk ke syurga Allah..”
“Semoga menjadi asbab pahala jariah buat Datuk Syafinaz, seronok tengok teknik mengaji bertarannum”
Selain itu, ramai peminat guru vokal itu mendoakan agar syafinaz dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda kerana membantu agamawab untuk mempersembahkan bacaan al-Quran dengan lebih baik.
Pada perkongsian sama, seorang ustazah yang turut mengikuti bengkel di Akademik Tarannum Negeri Sembilan itu telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Syafinaz di atas ilmu yang dicurahkan.
Sekadar info, kita sering melihat Syafinaz menjadi juri dalam sesebuah pertandingan nyanyian di kaca televisyen. Namun ramai tidak menyangka figura hebat Datuk Syafinaz Selamat ini juga merupakan seorang pensyarah muzik dan tenaga pengajar bagi mengajar qari dan qariah.
Resdung atau sinusitis adalah satu masalah lazim di seluruh dunia. Di Malaysia, dianggarkan 60 hingga 65 peratus penduduk mengalami resdung. Bagaimanapun, daripada jumlah ini kurang 50 peratus mendapatkan rawatan dan ramai tidak mahu berjumpa doktor kerana menganggap gejala resdung hanya selesema atau alahan biasa.
Resdung akan berlaku secara kerap terutama apabila seseorang itu terdedah kepada alergen yang menyebabkan resdung. Apabila anda kerap bersin dan berlanjutan tanpa mengira waktu, secara tidak langsung ia mengganggu rutin harian.
Photo by brandon-nickerson from Pexels.
Berikut perkongsian Dr Rizal Abu Bakar menggunakan teknik cara semula jadi untuk melegakan masalah resdung. Moga ia bermanfaat terutama kepada mereka yang mengalaminya.
Saya selalu dengar orang sebut pasal resdung. Bersin jangan cerita. Sana sini dengar achuw sana achuw sini.
Saya dulu-dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ini, hilanglah bersin-bersin. Tiadalah lagi resdung-resdung ini.
BOLEH CUBA PETUA INI:
1) Ambil 3-4 ulas bawang putih. Buang kulit. Hancurkan macam kita tengok rancangan memasak itu.
Photo by cats-coming from Pexels.
2) Masukkan 2 cawan air dalam periuk. Panaskan lebih kurang 4 minit atau sampai nampak wap mula naik. Masukkan bawang putih yang sudah hancur itu.
3) Ambil tuala kecil. Letak atas kepala atau tutup kepala. Letakkan muka atas air yang sudah berwap.
Photo by dom-j- from Pexels.
4) Sedut bau yang keluar daripada wap itu. Bawang yang sudah diketuk itu akan mengeluarkan Allicin. Bahan lain pun keluar juga. Bahan-bahan ini lah yang akan menghilangkan jangkitan.
Paling ‘best’ lendir akan keluar. Bolehlah bernafas dengan lapang. Kepada mereka yang masalah sinus bolehlah mencuba cara ini. Anda akan rasa lebih lega. Memang ‘power’ bawang putih.
Tahap kesihatan semakin merosot, penyanyi terkenal iaitu Elyana ‘menyerah diri’ untuk dimasukkan ke hospital selepas lebih sebulan menanggung kesakitan akibat kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya sejak lebih 10 tahun yang lalu.
Menerusi laman di Instagram, pelantun lagu Niat ini menulis ‘Akhirnya saya mengalah’ di hantarannya dan mengakui menahan kesakitan sehingga sukar melelapkan mata selama ini.
“Lebih sebulan menahan sakit sampai tak boleh tidur. Hari ini (semalam) masuk ubat tahan sakit, steroid dan ambil darah.
“Ujian Covid-19 memang wajib. Esok (hari ini) pemeriksaan jantung pula. Lusa buat ujian imbasan PET (Tomography Emission Positron) dan seterusnya, kemoterapi.
“Bismillahirrohmanirrohim. ‘You can do it, Nana!’” tulisnya di laman sosial.
Elyana sebelum ini merahsiakan keadaannya daripada pengetahuan umum dan membuat pendedahan tersebut ketika tersingkir daripada Gegar Vaganza musim keempat (GV4), pada November 2017.
Sama-samalah kita mendoakan agar Elyana diberi kesembuhan daripada kesakitan yang dialami. Sesungguhnya tiada apa yang mustahil dengan kuasa Allah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tak terasa, Ramadan semakin menuju ke penghujung dan Syawal pula bakal menjelang. Inilah masa yang dinanti-nantikan—bukan sekadar untuk meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi...