Wanita dan kecantikan semestinya tidak dapat dipisahkan. Lumrah wanita juga sangat obses dengan kecantikan sehingga ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk usaha kekal nampak cantik. Seperti kita tahu trend yang hangat masa kini adalah suntikan vitamin C.
Seperti yang anda tahu, Vitamin C adalah nutrien penting di dalam makanan. Vitamin C mempunyai banyak peranan dan fungsi penting untuk imun tubuh. termasuklah untuk proses penyembuhan luka, mencegah daripada kerosakan sel, membina kolagen dan juga boleh menghasilkan bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter. Selain itu, Vitamin C juga boleh didapati makanan seperti buah Citrus, Brokoli, Strawberi, Brussels. Vitamin C juga boleh didapati dalam bentuk tablet oral atau tablet yang boleh dikunyah.
Artikel Berkaitan: ‘Mood Off’ Tanda Badan Kurang Vitamin C, Pakar Saran Faham 6 Manfaat Lain Yang Mengejutkan.
Tahukah anda bahawa suntikan vitamin C merupakan salah satu kaedah yang dianggap cukup berkesan untuk mendapatkan nutrisi dan vitamin yang mencukupi. Tambahan pula, apabila seseorang itu sedang menajalani proses pemulihan, luka mulut dan sakit. Bagi keadaan sebegini, suntikan vitamin C sangat membantu jika mengikut cara yang betul.
Walau bagaimanapun, risiko menyuntik vitamin C ini mempunyai kesan sampingan. Suntikan vitamin C melebihi dari 30 gram boleh menyebabkan seseorang itu mengalami hipertensi.
Prehypertension merupakan keadaan di mana seseorang itu mengalami tekanan darah yang tinggi tetapi masih dalam jumlah yang normal. Selain itu, berlebihan vitamin C dalam badan juga akan menyebabkan seseorang itu berasa loya, muntah, sakit kepala dan insomnia.
Jika anda ingin membuat suntikan vitamin C pastikan anda berjumpa dengan doktor dahulu untuk mengetahui berapa dos yang perlu diambil. Supaya anda dapat mengetahui risiko apa yang akan berlaku. Selain itu vitamin C dapat meningkatkan penyerapan zat besi yang dimakan oleh kita. Akan tetapi, sekiranya berlebihan dan anda mempunyai anemia ia akan menyebabkan risiko hemolisis.
Hemolisis adalah kerosakan sel darah merah yang menyebabkan pelepasan haemoglobin dan komponen lainnya ke dalam cairan di sekitarnya.
Artikel Berkaitan: Amalkan Makan Vitamin C Setiap Hari Kalau Nak Kulit Cantik Lagi Flawless!
Terlebih suntik vitamin C juga akan menyebabkan kencing anda berasid. Ini akan menyebabkan ubat-ubatan yang diambil akan kurang keberkesanannya dan menyebabkan peningkatan dari segi kesan sampingannya.
Akhir kata, tidak salah untuk anda ingin menjadi cantik tetapi jangan sehingga memudaratkan diri. Jadilah individu yang bijak dan sekiranya anda mempunyai keraguan pergilah jumpa dengan doktor atau pakar agar tiada kesan buruk yang terjadi. Anda juga dapat mengetahui berapa dos yang diperlukan buat badan anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.