Apabila makan, tentu anda pernah dengar saranan tentang mengunyah 40 kali ketika makan. Ada yang mengatakannya sebagai sunnah. Namun sejauh manakah kebenarannya?

Berikut penjelasan yang seperti yang dipetik dari Laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

SOALAN:

Apakah benar dakwaan sunnah menguyah sebanyak 40 kali sebelum menelan?

JAWAPAN:

Berkaitan soalan di atas, kami menjawabnya berdasarkan apa yang telah dijawab oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam fatwanya kerana beliau pernah ditanya soalan yang hampir sama iaitu adakah benar Nabi SAW memerintahkan untuk mengecilkan makanan serta menghancurkannya (di dalam mulut sebelum ditelan) ketika makan.

Ads
Sunnah Tentang Kunyah 40 Kali Selepas Makan, Sejauh Manakah Ianya Benar
Photo by mart-production from Pexels.

Imam al-Nawawi menjawab persoalan di atas dengan menyatakan:

“Tidak ada langsung hadis yang sahih dalam perkara ini. Akan tetapi, ia adalah satu perkara yang baik kerana itu lebih sesuai (sopan) ketika makan bersama orang lain dan ia juga bertujuan untuk mengajar, ataupun boleh jadi makanan itu sukar untuk dikunyah disebabkan dia seorang yang dhaif (lemah) ataupun disebabkan seseorang itu sudah kenyang dan dikhuatiri jika dia mengangkat tangannya (berhenti daripada makan) akan menyebabkan orang lain yang sedangkan makan akan turut sama berhenti sedangkan mereka itu masih berhajat kepada makanan tersebut (lapar) atau seumpama dengannya yang melibatkan tujuan-tujuan yang baik.” [Lihat: al-Manthurat, 104]

Sunnah Tentang Kunyah 40 Kali Selepas Makan, Sejauh Manakah Ianya Benar
Photo by mart-production from Pexels.

 

Ads

Menguyah sebanyak 40 kali sebelum ditelan tidak mempunyai sandaran yang sahih daripada agama ini sebagai mana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di dalam fatwanya.

Akan tetapi, hal tersebut adalah baik jika tujuannya adalah untuk perkara-perkara yang baik sepertimana yang kami jelaskan di atas.

Semoga dengan pencerahan yang ringkas ini dapat memberi sedikit kefahaman dan manfaat kepada kita terutamanya di dalam agama serta melayakkan kita untuk mendapatkan syurga Allah SWT yang kekal abadi di akhirat kelak. Amin.

Ads

Sumber kredit: Laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Top image: Photo by mart-production from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI