Bersin merupakan pengeluaran udara yang bergelora, separa automatik dari paru-paru melalui hidung dan mulut. Ia biasanya disebabkan kehadiran zarah asing yang mengganggu mukosa hidung.
Bersin juga boleh dicetus melalui pendedahan mengejut kepada cahaya terang, perut yang agak penuh, atau jangkitan virus, dan boleh mendorong kepada penyebaran penyakit.
Antara Sunnah Nabi S.A.W ketika bersin ialah menutup wajah baginda dengan kain atau tangan.
Ini seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا عَطَسَ غَطَّى وَجْهَهُ بِيَدِهِ أَوْ بِثَوْبِهِ وَغَضَّ بِهَا صَوْتَهُ
Sunnah Nabi S.A.W ini sangat wajar untuk kita amalkan, apatah lagi di musim wabak COVID 19 ini.
Sunnah ini dapat membantu mencegah mudah tersebarnya virus dari orang yang bersin. Di samping itu, ia merupakan adab santun yang baik untuk diamalkan sepanjang masa.
Mengamalkan sunnah ini akan mendapat pahala dan membantu menyelamatkan pihak lain dari ancaman penyakit.
Jika kita pembawa penyakit yang boleh berjangkit melalui bersin, maka mengamalkan sunnah ini di hadapan orang lain merupakan satu kewajipan.
Sumber kredit: Ismwaweb.net dan Instagram DrMaza_Official dan Info Sihat