‘Sungguh-Sungguh Saya Doa Hingga Nangis Di Sujud Terakhir’- Penyampai Berita, Ezreena Amir Hamzah Kini Berhijab

Share

Penyampai berita terkenal, Ezreena Amir Hamzah kini tampil jelita dengan imej berhijab bermula pada 1 Mac yang lalu yang kebetulan juga jatuh pada tarikh peristiwa Hari Israk & Mikraj.

Berkongsi di laman Instagramnya, Ezreena mengakui bahawa dirinya sudah lama memasang niat untuk mengenakan hijab namun hatinya belum terbuka lagi sebelum ini.

“Apa yang membuat saya berubah? Kisahnya begini. Sebenarnya dah lama pasang niat, tapi hati tak terbuka lagi. Tudung adalah sehelai dua, spare kalau ada assignment yang memerlukan memakai tudung. Brooch? Satu je. Itupun dah hilang.

“Awal Februari lalu, saya dikejutkan dengan berita salah seorang abang saya jatuh sakit. Sakit yg menyebabkan dia lumpuh separuh badan. Kemudian dihantar ke hospital dan terus dipantau sehinggalah hari ini. Hakikatnya keadaan abang tidak begitu baik,” luahnya.

Ekoran daripada situasi tersebut, Ezreena berasa sungguh sedih lalu merintih dan meminta pertolongan daripada Allah agar diberikan kesembuhan buat abang tersayang.

“Setiap hari saya berdoa, sungguh-sungguh saya berdoa sehingga menangis di sujud terakhir mahukan abang dipanjangkan usia, sembuh dan kembali ke kehidupannya.

“I was so helpless, that no one can stay by his side, waiting for him at the hospital. Hanya doa je yang kami mampu lakukan.

“Saya tanya pada tuhan, apa yang boleh saya buat untuk bantu abg saya dan saya sanggup berubah jika itu boleh membantu.

“Tapi saya masih lagi teragak-agak untuk memakai hijab, bimbang jika saya belum bersedia. Seminggu dua selepas tu, walaupun abang masih belum stabil, tapi Allah SWT masih memanjangkan usianya. Allah SWT beri peluang untuk dia pulang bersama kami di rumah.

“Setidak-tidaknya boleh juga meneman dia dan berikan sokongan emosi. Seminggu saya di kampung, saya terfikir. Sejahil-jahil saya, Allah SWT cuba juga berikan apa yang saya inginkan.

“Dan saya juga ada berdoa pada Allah SWT, untuk memudahkan Zill bercakap, berinteraksi dengan baik dan mendapat manfaat di taska baru. Pun Allah dah kabulkan. Hari demi hari ada je perubahan baik yg Zill tunjukkan. Lantas nikmat Tuhan yg mana lagi saya dustakan?

“Dan bila terbayang muka suami yang tak pernah memaksa saya bertudung walaupun saya tahu dia sangat-sangat mendambakan perubahan itu, ia menguatkan lagi hati saya.

“Alhamdulillah, hati saya terbuka pada 1 Mac yang kebetulan juga jatuh pada Hari Israk & Mikraj. Satu perjalanan yang agung buat Rasulullah SAW untuk bertemu Allah SWT, di mana solat 5 waktu kemudian disyariatkan.

“Saya masih lagi saya. Tapi saya cuba jadi yang lebih baik daripada sebelum ini. Terima kasih banyak pada semua yang mendoakan. Appreciate that so much, 🙏🏻” tulisnya di laman Instagram.

Di ruangan komen, ramai yang terharu dengan kisah yang dikongsinya dan mendoakan agar Ezreena terus istiqamah ke jalan yang benar.

Published by
QIST