Tak dinafikan ramai kaum Adam yang jatuh hati melihat kecantikan anak dara Norman Hakim dan Abby Abadi. Dengan senyuman manis menawan serta gaya cukup santun menyerlahkan penampilan dirinya sebagai seorang hijabi yang begitu menjaga auratnya. Walaupun bersekolah di sebuah Maahad Tahfiz, tetapi seperti remaja lain Marissa Dania Hakim juga turut gemar muat turun foto di laman sosial. Terbaru, dia telah memuat turut #OOTD sepanjang Syawal lalu.
Biarpun sekadar tampil berbaju kurung moden dengan hijab bawal dililit ringkas tetap menyerlahkan gaya Marissa sepanjang Syawal ini.
Untuk tahun ini, dia dan adiknya, mengambil kesempatan menyambut Syawal pertama di rumah bapanya, Norman Hakim di Kuantan dan kemudiannya menyambung silaturrahim raya ke Kelantan bersama Abby Abadi dan suami.
Walaupun tanpa kehadiran abang sulung, Danish yang kini melanjutkan pelajar ke Turki, namun sambutan raya tetap disambut secara meriah oleh keluarga besar ini.
Marissa memuat naik #OOTD dari sambutan Syawal pertama hinggalah Syawal ke lima dengan gaya cukup sederhana tetapi menarik.
Malah ramai netizen juga memuji kecantikan anak dara Abby Abadi yang kini melanjutkan pelajaran ke Maahad Tahfiz di Negeri Sembilan.
wardahsaffiyyah Alaa manis nya dia
@_rainbowmilkshake Allahu cantiknya
@theezzaty_ Comelnya senyuman awak
@haikal_wiyy Sungguh cantik ciptaan allah….
Tidak kurang juga ada yang turut mengusik dengan memberi kapsyen sedikit lucu.
@cik_amyy Mana laki x cair tgk muka awk dik….ayu sgt
@frhn.hadi too pretty to watch
@luqman_q9 Indah nya jodoh
@mikhailhaikal._@akmal.hdi Nah future wife awok
KREDIT FOTO: INSTAGRAM MARISSA DANIA HAKIM