Semakin lama, semakin banyak tular mengenai tanda-tanda kiamat. Ramai juga membuat perkongsian di sosial media yang mengukuhkan lagi kemunculan tanda-tanda kiamat melalui video yang membuatkan orang ramai semakin risau.
Baru-baru ini, tular di Twitter mengenai sungai Furat yang semakin surut dan mengering. Malah, ia juga di kaitkan sebagai salah satu petanda kiamat.
Adakah ‘pengakhiran’ kian tiba?
Petanda akhir zaman telah tertulis di dalam al-Quran itu adalah sesuatu yang benar. Setiap tanda-tanda kiamat yang telah di jelaskan, dari petanda kecil sehingga petanda besar telah di nyatakan sebagai peringatan buat umat islam.
Tular di tiktok menerusi akaun milik @rise.dila, menunjukkan keadaan sungai Furat atau Euphrates yang kini kian surut dan mengering. Sungai Furat merupakan satu sungai yang terpanjang di Asia Barat.
@rise.dila Sabda Nabi yang lain “Hampir saja Sungai Furat kering airnya lalu menampakkan simpanan harta berupa emas. Maka barang siapa yang hadir menemukannya, janganlah mengambil sesuatu daripada simpanan harta itu” #fypシ #akhirzaman #sungaifurat ♬ Hasbi Rabbi – Khai Bahar
Apa yang di perlihatkan melalui video itu, seorang lelaki menunjukkan kesan asal paras air sungai Furat berbanding paras airnya kini. Video yang berdurasi 1 minit itu menunjukkan lagi terdapat beberapa ruang yang di katakan sebagai bekas perkampungan dan ‘gunung emas’.
Sabda Baginda Rasulullah: Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata ‘mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu’. – [HR Muslim 5152].
Sungai Furat mengairi tiga buah negara termasuklah Turki, Syria, dan Iraq. Aliran sungai ini bermula di hiliran timur Turki, kemudian merentasi di Syria lalu memasuki Iraq sehingga bertemu di ulu sungai Tigris sebelum berakhir di muara Sharr Arab, pesisir Teluk Parsi.
Bersiap sedia untuk tempuh ‘hari pengakhiran’
Selepas tularnya video di TikTok mengenai paras air sungai Furat yang kian surut, perkongsian dari @al_imam melalui TikTok juga meraih perhatian orang ramai untuk bersiap sedia dengan detik-detik kemunculan hari kiamat.
@al__imam #KelasMengajiAlimam #al_imam #tafsir #1hari1ayat #tafsirlarutmalam #kelasmengajialimam #kelasmengajionline #alimam ♬ original sound – Al-Imam
“Semalam (15 Ogos 2022), saya dapat berita daripada Syria mengatakan sungai Furat sudah surut sebanyak 7 meter.
“Dan ada orang dapat jumpa dengan perkampungan yang telah tenggelam 300 ke 400 tahun yang dulu,” katanya lagi di dalam video itu.
Di jelaskan lagi melalui videonya, sungai Furat di Iraq sudah mula surut sejak 2 bulan yang lalu. Tidak ketinggalan juga, lelaki tersebut berkongsi cara bagaimana untuk menyelamatkan diri daripada fitnah Al-Masih Al-Dajjal (Dajal) mengikut pesanan yang di tinggalkan oleh baginda Rasulullah SAW.
surah Al-Kahfi ayat 1-10 dan 101-110
Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai syafaat menghafal dan membaca surah Al-Kahfi juga ia di sunatkan untuk di baca pada malam Jumaat atau hari Jumaat.
“Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Riwayat ad-Darimi)
“Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
“Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajal.” (Hadis Riwayat Muslim 1342)
Cara untuk menghafal surah al-Kahfi asalah dengan membaca secara beramai-ramai bersama ahli keluarga ataupun sesiapa sahaja bila selesai solat pada waktu Subuh, Maghrib dan Isyak.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI