Terbaharu di laman sosial, dapat kita lihat iklan-iklan dari pusat kecantikan mahupun SPA yang menawarkan perkhidmatan ‘Sulam Nama’ yang terlihat seakan tatu nama, namun bersifat sementara.
Lebih mengerikan lagi, apabila trend ini mulai menjadi sangat popular dikalangan remaja dan anak muda beragama Islam. Kononya ia merupakan antara perkhidmatan kecantikan yang ‘cool’ untuk didapatkan.
@noramobilebeauty SULAM NAMA/LUKIS 💕 #fyp #sulamalis #sulamnama #sulamlukis #sulamlukis #sulampromo #embroidery #semenyihberanang #sulamtattoo #fypdongggggggg #tiktokm ♬ original sound – user6888418945644 – Sien232323
Memandangkan perkhidmatan Sulam Nama ini merupakan tatu sementara yang dikhabarkan tidak bersifat kekal dan akan hilang dalam jangkamasa 3 bulan hingga setahun.
Maka, kebanyakkan pusat kecantikan menawarkan perkhidmatan ini secara terang-terangan tanpa perlu berselindung dengan menawarkan pakej tertentu dengan kadar harga mampu milik.
Malah, spa dan beberapa klinik kecantikan turut mempromosikan teknik sulaman ini dengan meyakinkan para pelanggan bahawa ia boleh hilang dalam jangka masa tertentu dan tidak kekal kerana ia bukan tattoo.
Ramai dikalangan remaja Islam hari ini yang mahu melakukan Sulam Nama ini, tanpa mengambil kira apakah hukum melakukannya menurut sudut pandang agama.
Sehubungan itu, Trend ini telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen yang gusar adakah perkara ini akan mencemarkan akidah golongan belia Islam.
Ini demikian kerana, meskipun perkhidmatan berkenaan diperkenalkan dengan nama sulaman. Namun, teknik dan prosedur perlaksanaanya tidak ubah seperti mencacah tatu pada kulit.
Artikel berkaitan: Pasang Love Padlock Konon Nak Kekal Jodoh, Jangan Sampai Jejaskan Akidah
Selain itu, hasil dan rupanya juga mirip seperti tatu, yang membezakan hanyalah ia bersifat sementara dan tidak dicacah cukup dalam untuk bersifat kekal.
Lebih mengejutkan apabila Islam telah menerangkan dengan jelas berkenaan hukum mencacah tatu dan teknik ‘sulam nama’ ini dilihat bertentangan dengan hukum syarak kerana, sulaman yang dilakukan itu tidak boleh ditanggalkan serta merta dan tidak telus air.
Menerusi perkongsian Scha Amlie di Facebook, bukan sahaja perbuatan tersebut boleh diibaratkan seperti tatu namun ‘dimelayukan’ hanya semata-mata untuk menghalalkannya.
“Entah kali keberapa cakap, sulam ke dalam kulit ini nama Melayu bagi tatu sahaja.
“Haram sulam blusher, bedak atay ‘foundation’, kening, gincu bibir dan sebagainya.
“Semua yang di atas menggunakan kaedah tatu. Pakai dakwat atau bahan yang masuk ke dalam kulit secara kekal adalah haram,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berhubung Sulam Nama di Facebook miliknya.
Jadi apapun yang ingin kita lakukan meskipun untuk tujuan kecantikan atau apa sahaja sekalipun, perlulah mengenalpasti hukum melaksanakanya terlebih dahulu! Jangan main belasah buat sahaja hingga merosakkan akidah sendiri. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
Sumber: Facebook Scha Amlie, Tik Tok @Norabahari__
Artikel berkaitan: Mufti Kecewa, Golongan Muda Islam Kian Rosak! Selamba Ikut Perarakan Thaipusam Sambil Laung ‘Vel-Vel’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.