Ada tak yang disini lambat nak memahami subjek kira-kira seperti Matematik? Bila orang suruh ‘congak’ dan mengira, mulalah menggelabah dan ‘panic’. Untuk pengetahuan anda semua,penyakit ini merupakan sebahagian daripada ‘learning disability‘. Jom ketahui lebih lanjut mengenai penyakit ini dan juga perkongsian daripada salah seorang pesakit diskakulia yang tular di TikTok.
Mungkin ramai yang cakna dengan ‘disleksia’ namun tidak ‘diskalkulia’. Kedua-duanya merupakan masalah pembelajaran. Disleksia merupakan kesukaran kemahiran pembelajaran seperti menulis, ketepatan ejaan, kelancaran pembacaan dan pemahaman ayat. Manakala diskalkulia ini lebih kepada kesukaran untuk mengira dan mengenal angka. Diskalkulia dan ‘calculation‘….memang berkait rapat! Tambahan itu, penyakit diskalkulia ini tidak boleh dirawat tapi boleh dikawal.
Artikel berkaitan: Dulunya Budak DISLEKSIA Tak Tahu Baca & Hafal Hingga Digelar ‘Bodoh’, Tapi Kini Aliff Syukri Level USAHAWAN Jutawan
Diskalkulia ini adalah gabungan bahasa Greek “dys” yang bermaksud kesukaran, dan perkataan Latin “calculia” bermaksud “pengiraan”. Jadi dyscalculia ditakrifkan
sebagai masalah pembelajaran khusus seperti matematik. Penghidap diskakulia ini sering menghadapi masalah untuk memahami konsep nombor yang mudah, kurang kefahaman dengan nombor dan juga cara menggunakan formula. Sebagai contoh, 4+5=9 tetapi mereka tidak dapat mentafsirkan dan tidak yakin dengan jawapan tersebut. Bahkan, ada yang baru melihat nombor pun jadi pening.
Menurut perkongsian daripada Iluminasi,terdapat lapan tanda-tanda seseorang itu menghidap diskalkulia. Berikut adalah diantara tanda-tandanya:
Terdapat juga beberapa punca terjadinya diskalkulia ini. Antara punca berlakunya penyakit ini adalah daripada genetik (disebabkan ahli keluarga yang turut mengalami masalah diskalkulia), kecederaan otak, pendedahan matematik yang terlalu awal (terdapat sesetengah ibu bapa yang mendesak anak mereka untuk belajar matematik ketika masih kecil) dan juga faktor pengajaran di sekolah.
Sebelum ini pernah tular satu video mengenai wanita yang dikatakan penghidap diskalkulia. Dia telah berkongsi dan memberi kesedaran mengenai penyakit ini dan telah berjaya menarik perhatian netizen. Iya lah, rata-rata masyarakat tidak tahu mengenai penyakit ini dan ia merupakan sesuatu yang baharu. Video yang tular itu juga telah mendapat kesukaan sebanyak 18.1K.
@rajafija Replying to @gottago yow lah sakan pula bercerita #dyscalculia #learningdisability ♬ original sound – fija 🫶🏻 | kening hef hef – fija 🫶🏻 | browmeup
Wanita yang senang disapa sebagai Fija ini telah berkongsi bahawa dia tergerak hati untuk membuat penilaian(assesment) secara online selepas membaca mengenai penyakit ini di internet. Menerusi perkongsiannya bersama Mstar
, Fija berkata dia mengunjungi sebuah pusat penilaian dan membuat ujian berkaitan soalan Matematik selama dua jam, sebelum didiagnos dengan masalah Diskalkulia pada awal tahun ini.“Sepanjang dua jam membuat soalan berkaitan pengiraan, ada seorang pakar akan observe dan monitor. Selepas buat ujian, mereka keluarkan keputusan dan sememangnya saya didiagnos dengan Diskalkulia.”
Tambahnya lagi, selepas didiagnos individu tersebut kebiasaannya disarankan untuk meneruskan dengan rawatan terapi, khususnya mereka yang masih bergelar pelajar.
“Namun saya tak buat terapi kerana kekangan waktu disebabkan tuntutan kerja.”
“Walaupun agak lambat mengesan situasi ini, namun saya lega akhirnya dapat juga tahu jawapan mengenai situasi yang saya hadapi ini,” tambahnya lagi.
Bercerita serba ringkas mengenai masalah tersebut ketika berada di bangku persekolahan, Fija berkata dia mengambil masa yang lama untuk memahami topik dalam subjek Matematik yang diajar oleh gurunya.
“Saya pernah tanya cikgu untuk minta dia ajar lebih jelas, tapi masih tak faham… saya segan juga sebab orang lain senang faham.”
“Jadi saya akan bertanya kepada kawan-kawan. Merekalah yang mengajar saya walaupun struggle juga nak bagi saya faham.”
“Jadi setiap kali ujian atau peperiksaan besar, saya akan bangun awal pagi untuk buat latihan dan ulangkaji. Boleh dikatakan hampir setiap pagi. Alhamdulillah, untuk subjek lain saya tiada masalah untuk skor,” ujar Fija sambil menambah, keputusannya untuk subjek Matematik bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agak memuaskan hasil usaha kerasnya itu.
Wanita ini juga telah berkongsi bahawa dia telah diagnosis di Dyslexia Genius Titiwangsa Centre. Dia sempat berpesan kepada ibu bapa terutamanya agar lebih cakna dengan perkara ini kerana ianya mampu memberi kesan dalam kehidupan harian. Bayangkan, kalau kita mahu membeli barangan atau makanan pun kita kena pandai kira-kira kerana takut kalau ditipu. Ini kerana jika perkara ini tidak ditangani lebih awal, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental kerana ianya berkait rapat dengan keyakinan diri.
“Apabila saya share, ramai yang bertanya mengenai lokasi di mana saya buat assessment. Dan ada yang komen, situasi tersebut sama macam yang dialami oleh anak muridnya.
“Kadang ada yang fikir, seseorang pelajar tu lemah sebab malas. Tapi sebenarnya pelajar tu struggle dengan masalah ini.” katanya lagi.
Artikel berkaitan: Hari & Waktu Terbaik Untuk Muat Naik Video Viral, Lihat Jadual FYP TikTok 2022 Terkini. Berdesup ‘View’!
Langkah gadis ini menyebarkan kesedaran kepada masyarakat wajar dipuji. Kalau tidak, sampai bila-bila masyarakat tidak tahu mengenai penyakit Diskalkulia. Segeralah melakukan dignosis dan dapatkan rawatan sekiranya anda ada tanda-tanda diskalkulia. Risau penyakit ini akan memberi kesan dalam kehidupan seharian anda. Kalau anda mendapatkan rawatan dan berjumpa pakar, anda akan belajar cara untuk menangani masalah ini.
Sumber info dan gambar: Iluminasi, Mstar dan Tiktok @rajafija
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.