“Sukanya Tengok Daiyan Pakai Macam Ni!”- Netizen Teruja Lihat Gambar Daiyan Trisha Berhijab!

Share

Bulan Ramadan merupakan antara waktu terbaik untuk kita sebagai umat Islam berlumba-lumba memperbanyakkan amalan untuk mengumpul pahala demi kejayaan di akhirat kelak. Selain dari solat lima waktu, membaca Al-Quran dan berzikir, ramai diantara kita yang mengambil peluang terbaik ini untuk mengerjakan ibadah umrah.

Salah seorangnya ialah penyanyi, pelakon juga seorang model, Daiyan Trisha yang mengerjakan ibadah umrah bersama-sama dengan ahli keluarganya bermula dari semalam, sempena meraikan bulan Ramadan yang mulia ini.

Menerusi laman Instagramnya, penyanyi yang popular dengan single Penat itu memuat naik beberapa gambar saat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berangkat ke tanah suci Mekah.

“Doakan kami selamat pergi dan pulang..”

Dalam perkongsiannya itu, Daiyan memohon agar orang ramai terutamanya para peminatnya mendoakan supaya agar dia dan ahli keluarganya mendapat umrah yang mabrur serta dipermudahkan segala urusan saat mengerjakan ibadah umrah.

Assalammualaikum semua. Saya akan mengerjakan ibadah umrah bersama dengan keluarga saya. Dengan rasa rendah hati, saya memohon agar kalian mendoakan keselamatan kami, serta ibadah kami diberkati oleh-Nya dan mendapat umrah yang mabrur. Selamat pergi dan selamat balik, Amin.

Di samping itu juga, Daiyan turut meminta keampunan atas kekhilafan yang dilakukan olehnya dan berharap agar sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Saya juga ingin memohon kemaafan atas segala kesilapan yang pernah dilakukan. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya, dan semoga doa kalian dimakbulkan jua, InsyaAllah..

“Suka tengok Daiyan pakai macam ni..”

Antara perkara lain yang turut menjadi keterujaan orang ramai mengenai perkongsian ini ialah apabila penyanyi ini memuat naik gambarnya yang memakai hijab sebelum berangkat menunaikan umrah.

Hanya menyarungkan busana bersama hijab berona putih dan wajah yang polos, ramai yang memuji Daiyan kelihatan cantik dan ayu.Tampak begitu natural! Netizen juga turut mendoakan agar Daiyan kekal berhijab selepas pulang dari mengerjakan umrah.

Apa yang pasti, sama-samalah kita doakan agar urusan umrahnya dipermudahkan dan mendapat keberkatan dari-Nya, serta dibukakan hatinya untuk berhijab selepas pulang dari umrah. Sesungguhnya perancangan Allah SWT itu lebih sempurna. Kita doakan yang baik-baik saja ya!

 

Sedikit info mengenai Daiyan Trisha, dia mula mengorak langkah dalam dunia nyanyian dengan single pertamanya bertajuk Kerana Kau pada tahun 2013 dan pernah bergandingan bersama juara Akademi Fantasia musim ke-10, Faizul Sany dalam lagu duet, Cinta Suka Sayang Kamu pada tahun 2014.

Sumber gambar: Instagram Daiyan Trisha

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra