Bulan Ramadan merupakan antara waktu terbaik untuk kita sebagai umat Islam berlumba-lumba memperbanyakkan amalan untuk mengumpul pahala demi kejayaan di akhirat kelak. Selain dari solat lima waktu, membaca Al-Quran dan berzikir, ramai diantara kita yang mengambil peluang terbaik ini untuk mengerjakan ibadah umrah.
Salah seorangnya ialah penyanyi, pelakon juga seorang model, Daiyan Trisha yang mengerjakan ibadah umrah bersama-sama dengan ahli keluarganya bermula dari semalam, sempena meraikan bulan Ramadan yang mulia ini.
Menerusi laman Instagramnya, penyanyi yang popular dengan single Penat itu memuat naik beberapa gambar saat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berangkat ke tanah suci Mekah.
“Doakan kami selamat pergi dan pulang..”
Dalam perkongsiannya itu, Daiyan memohon agar orang ramai terutamanya para peminatnya mendoakan supaya agar dia dan ahli keluarganya mendapat umrah yang mabrur serta dipermudahkan segala urusan saat mengerjakan ibadah umrah.
Assalammualaikum semua. Saya akan mengerjakan ibadah umrah bersama dengan keluarga saya. Dengan rasa rendah hati, saya memohon agar kalian mendoakan keselamatan kami, serta ibadah kami diberkati oleh-Nya dan mendapat umrah yang mabrur. Selamat pergi dan selamat balik, Amin.
Di samping itu juga, Daiyan turut meminta keampunan atas kekhilafan yang dilakukan olehnya dan berharap agar sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Ads
Saya juga ingin memohon kemaafan atas segala kesilapan yang pernah dilakukan. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya, dan semoga doa kalian dimakbulkan jua, InsyaAllah..
“Suka tengok Daiyan pakai macam ni..”
Antara perkara lain yang turut menjadi keterujaan orang ramai mengenai perkongsian ini ialah apabila penyanyi ini memuat naik gambarnya yang memakai hijab sebelum berangkat menunaikan umrah.
Ads
Hanya menyarungkan busana bersama hijab berona putih dan wajah yang polos, ramai yang memuji Daiyan kelihatan cantik dan ayu.Tampak begitu natural! Netizen juga turut mendoakan agar Daiyan kekal berhijab selepas pulang dari mengerjakan umrah.
Apa yang pasti, sama-samalah kita doakan agar urusan umrahnya dipermudahkan dan mendapat keberkatan dari-Nya, serta dibukakan hatinya untuk berhijab selepas pulang dari umrah. Sesungguhnya perancangan Allah SWT itu lebih sempurna. Kita doakan yang baik-baik saja ya!
Ads
Sedikit info mengenai Daiyan Trisha, dia mula mengorak langkah dalam dunia nyanyian dengan single pertamanya bertajuk Kerana Kau pada tahun 2013 dan pernah bergandingan bersama juara Akademi Fantasia musim ke-10, Faizul Sany dalam lagu duet, Cinta Suka Sayang Kamu pada tahun 2014.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tidak kira betapa baiknya produk penjagaan kulit atau solekan yang kita gunakan, ia masih mengandungi beberapa bahan kimia yang semakin kurang anda gunakan pada kulit, kulit anda akan menjadi lebih sihat. Tetapi jika anda menggunakan ubat rumah, kulit anda akan menjadi lebih besar dan sihat. Setiap daripada kita berbeza, begitu juga kulit kita dan keperluannya.
Tetapi kita boleh menyesuaikan remedi kecantikan DIY mengikut masalah kulit. Dan jika anda ingin mendapatkan pipi merah jambu secara semulajadi, HIJABISTA ada resipi rahsia untuk anda. Jom lihat cara menyediakan gel bit yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan kulit yang jelas merah jambu.
Satukan serbuk beetroot dan gel aloe vera bersama-sama dalam mangkuk. Campurkan ia sehingga anda mendapat gel licin.
Tambah beberapa titis minyak pati pokok teh, minyak pati lemon dan campurkan. Pindahkan gel bit ke dalam bekas kaca kosong untuk kegunaan masa hadapan.
Cara menyimpan:
Simpan gel beetroot anda dalam balang kaca dan letakkan di dalam peti sejuk. Ia boleh bertahan sehingga 30 hingga 45 hari.
Cara penggunaan:
Ambil sedikit gel ubi bit di tapak tangan anda dan gosokkannya perlahan-lahan pada kulit. Gunakan setiap hari untuk menghilangkan beberapa masalah kulit seperti bintik-bintik gelap, kulit kusam dan kedutan.
Anda juga boleh menambah ½ cawan air Aloe vera atau air mawar ke dalam gel ini dan menyimpannya dalam bentuk kiub ais. Gunakan 1 kiub ais aloe ubi bit setiap hari. Gosok pada kulit anda untuk membuang sel kulit mati, mengecutkan jerawat dan mendapatkan kulit cerah merah jambu serta-merta.
Gel Beetroot Buatan Sendiri
Nota: Anda boleh menggunakan gel aloe vera asli yang diekstrak daripada daun gaharu jika anda ingin menggunakannya secara segar. Dalam kes itu, anda perlu membuat gel ubi bit setiap hari kerana aloe asli tidak akan bertahan lama kerana ia tidak mempunyai bahan pengawet. Sebaliknya, anda boleh mendapatkan gel aloe vera lutsinar berasaskan pasaran dengan bahan pengawet.
Gel bit menjadi popular kerana profil penjagaan kecantikan yang menarik dan kandungan vitamin C. Vitamin C dalam gel ini mempunyai ciri-ciri bermanfaat seperti anti-penuaan, rawatan jerawat, pencerahan kulit dan sebagainya.
Gel ini sarat dengan antioksidan dan berfungsi dengan baik untuk meningkatkan kesihatan kulit. Ia menghilangkan jerawat dan jeragat kerana sifat antioksidannya.
Jika kulit kering, kusam dan gatal menjadi kebimbangan anda, jangan cari lebih jauh daripada gel ini. Gunakan gel ini setiap hari untuk melembapkan kulit anda supaya kelihatan lebih gebu, lembut dan lebih muda.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ubi bit boleh memberikan anda kemerah-merahan semula jadi dan pipi merah jambu, ia juga menghalang pigmentasi kulit, dengan itu memberikan kulit yang jelas.
Gunakan gel ini setiap hari untuk menjadikan kulit anda licin mentega tanpa rasa berminyak. Ia menawarkan kilauan semula jadi pada kulit anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Selama ini kita melihat lambakan produk tiruan produk lokal yang membanjiri pasaran. Antara jenama yang sering dijadikan bahan ciplak adalah Naelofar Hijab dan juga jenama dUCk Group serta FashionValet. Sejajar dengan itu, usahawan mewakili produk berkenaan, Neelofa dan Vivy Yusof mahu kerajaan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang bagi membendung barangan ciplak dan tiruan berleluasa ketika ini.
Neelofa ketika hadir di Menara Ilham bagi mewakili usahawan ke mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini, pengasas jenama Naelofar Hijab itu berkata, penguatkuasaan haruslah bersifat menyeluruh dengan kerjasama pelbagai agensi yang terlibat.
“Terdapat banyak sangat sasaran pendua yang disediakan di luar sana tapi tidak ada outcome kualiti. Jadi perjumpaan hari ini saya banyak kongsikan daripada perspektif perniagaan saya dan masalah dalaman dalam Naelofar Hijab.
“Sebagai contoh produk tiruan yang kita hadapi. Kami pernah bekerjasama dengan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Kastam tapi kosnya sangat tinggi bagi kita untuk terus mengatasinya jadi saya mencadangkan kepada majlis mungkin bila kita buat laporan mereka boleh bekerjasama dengan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk tutup semua akaun ke atas mereka yang jual barangan tiruan,” katanya.
Neelofa juga mahu kerajaan mempermudahkan proses pinjaman perniagaan dengan menyediakan proses dokumentasi dan informasi yang secukupnya di bawah satu bumbung.
“Saya berharap apa yang mereka struktur semula nanti akan menyenangkan dan membolehkan ramai usahawan Malaysia meneroka pasaran lebih luas dan boleh pergi ke peringkat global dengan lebih senang sebab sebelum ini keadaannya sangat teruk. Kita tidak tahu di mana usaha seterusnya dan apa yang perlu dilakukan seterusnya kerana tidak ada panduan daripada agensi-agensi ini. Jadi saya berharap selepas ini semuanya akan jadi lebih baik dan lebih mudah bagi kami,” katanya.
Sementara itu, pengasas FashionValet and dUCK Group, Datin Vivy Sofinas Yusof atau Vivy Yusof berkata, pihaknya juga berdepan masalah barangan tiruan terutama dari Vietnam dan China.
Justeru, beliau mahu agensi penguat kuasa terutama kastam mencari jalan penyelesaian bagi membendung perkara itu kerana barangan tiruan dan ciplak itu boleh memberi kesan kepada perniagaan tempatan untuk berkembang dengan baik.
SUMBER: BERNAMA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kebanyakan transaksi boleh dilakukan hanya dihujung jari. Kehidupan masa kini jadi lebih mudah. Berikut cara-cara mengeluarkan duit ASB seperti yang dikongsikan oleh Nur Aliah Mohd Nor.
Nak Keluarkan Duit Dari ASB Sekarang Hanya Di Hujung Jari!
Biasa kalau kita nak keluarkan duit dari ASB, mesti kena pergi bank dulu kan? Kena isi borang, kena tunggu giliran dan sebagainya. Tapi sekarang semuanya online je!
Ada beberapa info penting anda perlu tahu:
1. Kalau anda tidak pernah daftar myASNB, boleh terus daftar di myasnb.com.my sebelum menggunakan aplikasi myASNB.
2. Andai kata lupa password atau ID, boleh hubungi pusat Khidmat Pelanggan ASNB di 03-7730 8899 untuk dapatkan bantuan.
3. Kalau belum daftar nombor telefon bimbit, anda tak perlu ke cawangan tapi boleh kemaskini nombor telefon di ejen ASNB seperti Maybank, CIMB Bank dan RHB Bank.
4. Pengeluaran secara online di myASNB ini bila-bila masa. Bukan time PKP sahaja.
5. Buat masa ini, kalau nak keluarkan duit hanya melalui website myASNB sahaja. 27 April ini baru boleh keluarkan duit melalui #apps myASNB.
6. Duit yang korang keluarkan itu hanya duit pokok dan dividen dari ASBF sahaja.
7. Boleh keluarkan duit minimum RM100, maximum RM500.
8. Duit akan dimasukkan ke dalam akaun kita sehari selepas permohonan pengeluaran menerusi myASNB. Kiranya bukan on the spot lah.
9. Ingat bukan boleh keluar duit je tetapi pelaburan tambahan pun boleh. Memang dah lama boleh buat pun. Dan perkhidmatan Auto Labur still berjalan seperti biasa.
Boleh rujuk post ini:
Ruginya Kalau Tak Tahu Cara Paling Mudah Nak Simpan Duit #ASB Melalui MyASNB.Lia yakin dan percaya hampir 80% penduduk…
Tapi! Kalau ada pakcik makcik yang masih tak expert dalam online, it’s okay mereka masih boleh keluarkan duit di Pejabat Pos ya.Nak Keluarkan Duit Dari ASB Sekarang Ni Di Hujung Jari Je!
LANGKAH-LANGKAH KELUARKAN DUIT ASB MELALUI ONLINE:
Semoga dengan cara ini dapat memudahkan urusan anda tanpa perlu beratur di kaunter.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...