Seperti yang kita semua tahu, Hanis Zalikha telah bercuti ke Korea bersama rakan-rakannya sempena meraikan salah seorang rakannya yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Pada trip kali ini, Hanis dilihat tidak membawa anaknya bersama. Yusuf Iskandar ditinggalkan di bawah jagaan suaminya, Hairul Azreen.

Menariknya, Hairul Azreen dilihat sebagai seorang suami yang cukup memahami apabila membenarkan Hanis bercuti bersama rakan-rakannya. Menurutnya, tugas seorang isteri sudah cukup berat jika mahu dibandingkan dengan duit hantaran bernilai sejuta. Segala-galanya dilakukan oleh isteri. Tidak salah jika sekali sekala beri isteri peluang untuk berehat dan tidur lena daripada bangun buat susu.

Tambah Hairul lagi menerusi akaun Instagramnya, Hanis telah menjaga Yusuf seorang diri sewaktu dia menjalani penggambaran di Sabah. Jadi, inilah masa yang ada untuk Hanis ber’me time’ bersama teman-temannya. Hijabista puji sikap Hairul yang satu ini. Dia sangat bertolak-ansur dan memahami keadaan isterinya yang memerlukan rehat sekali-sekala.

Artikel Berkaitan: Dikecam Kerana Bercuti Tanpa Anak, Dr. Fatin Liyana Beri Penjelasan & Ajak Netizen Berhenti Menghukum

Ads

Rata-rata netizen memuji sikap Hairul yang dikatakan cukup sporting kerana tidak semua suami akan membenarkan isteri bercuti bersama teman-teman. Malah, Hairul juga dicop sebagai suami mithali oleh netizen. Ada sesetengah individu tidak bersetuju dengan tindakan Hanis yang pergi bercuti dan meninggalkan anak serta suami di rumah.

Suka Tengok Hubungan Hanis Zalikha & Hairul Azreen. Saling Bertolak-Ansur & Memahami Antara Satu Sama Lain!

Suka Tengok Hubungan Hanis Zalikha & Hairul Azreen. Saling Bertolak-Ansur & Memahami Antara Satu Sama Lain!

Suka Tengok Hubungan Hanis Zalikha & Hairul Azreen. Saling Bertolak-Ansur & Memahami Antara Satu Sama Lain!

Ads

Suka Tengok Hubungan Hanis Zalikha & Hairul Azreen. Saling Bertolak-Ansur & Memahami Antara Satu Sama Lain!

Tetapi pada pendapat Hijabista, biarlah mereka suami isteri menentukan hala tuju rumah tangga mereka kerana mereka lebih kenal antara satu sama lain dan tahu apa yang diinginkan. Tahniah Hairul kerana menjadi suami yang memahami! Malah, Yusuf juga dilihat menikmati ‘me time’ bersama daddynya. Hehe

JOM LAYAN GAMBAR-GAMBAR MEREKA:

#1 – Kesian Yusuf Kena Tinggal Ya

Ads
#2 – Comel Je Yusuf

#3 – Wah, Hebatlah Yusuf

#4 – Seronoknya Mummy Pergi Korea

#5 – Tetap Stailo

Foto: Instagram Hairul Azreen, Hanis Zalikha & Yusuf Iskandar

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI