Makanan Jepun bukan lagi satu perkara asing di Malaysia, dek kerana mempunyai peminatnya yang tersendiri di kalangan warga tempatan. Kini, terdapat pelbagai kedai yang mengajikan makanan jepun kepada masyarakat di negara ini seperti, Sushi King, Family Mart, Ichiban Boshi, Sukiya dan banyak lagi.
Kalau anda penggemar tegar makanan Jepun, mesti familiar dengan hidangan ‘ebi fry’ yang lazimnya didapati di kedai yang menyediakan hidangan Jepun.
Sehubungan itu, di Syawal yang keempat ini mesti ada dikalangan kita yang dah jemu dengan juadah Raya kan? Jom buat ebi fry ni di rumah untuk santapan minum petang hari ni! Di sini Hijabista berkongsikan resipi dan cara menyediakanya.
Cara Membuat Ebi Fry Yang Disukai Ramai
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
- 500 g Udang Harimau (bersamaan 20 ekor)
- 100 g panko (Serbuk roti kasar)
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan-Bahan Salutan Kering: Campurkan dan gaul sebati
- 50 g tepung gandum
- 20 g tepung beras
- ½ sudu garam
- ¼ sudu serbuk cukup rasa
Bahan-Bahan Salutan Basah: Campurkan dan gaul sebati
- 50 g tepung gandum
- 25 g tepung beras
- 1 biji telur
- 100 ml air ais
- ½ sudu garam
- 1/8 soda bikarbonat
Artikel berkaitan: Minum Air Tembikai Merah Je? Bosan Weh! Improvise Lah Sikit, Ini Resipi Air ‘Tembikai Pelangi’ Yang Menyegarkan!
Cara Penyediaan:
1. Kupas kulit udang, buang kepala dan tinggalkan seinci bahagian ekor. Buat beberapa kelahan pada bagian perut udang untuk tujuan meluruskan udang. Tekan dan urut udang sehingga lurus dan tidak melengkung.
2. Tabur secubit garam di atas udang, diamkan sebentar.
3. Ambil seekor udang. Lumur dengan bahan-bahan salutan kering, kemudian celupkan ke dalam salutan basah. Setelah itu, gulingkan udang ke dalam panko (Serbuk Roti) dan tekan-tekan agar panko melekat sekata. Lakukan proses serupa sehingga udang habis dan bersalut sempurna.
4. Panaskan minyak untuk tujuan Deep Fry menggunakan kuali, pastikan minyak benar-benar panas. Goreng udang sehingga kuning keemasan menggunakan api sederhana dan balik-balik kan udang secara berkala supaya masak sekata dan tidak hangus.
5. Setelah udang masak, angkat dan toskan minyak seketika. Kemudian boleh dihidang di dalam pinggan bersama mayonis dan sos serta di makan panas-panas ketika menikmati minum petang bersama keluarga. Mudah sahaja bukan? Selamat mencuba!
Artikel berkaitan: Resipi ‘Rahsia’ Milo Lori Terbongkar! Jom Ubati Rindu Zaman Persekolahan Dengan Buat Air Ni Di Rumah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI