Minuman bubble tea sememangnya menjadi kegemaran ramai. Di Malaysia sahaja, dianggarkan terdapat lebih 50 jenama yang menawarkan pelbagai jenis minuman bubble tea. Ya benar, ia sedap, tetapi bagaimana pula dari segi aspek kesihatan?
Menurut Pakar Pemakanan dan Pengurus Jabatan Dietetik dan Perkhidmatan Institut Jantung Negara (IJN), Mastari Mohamad, kandungan gula dalam segelas minuman bubble tea cukup membimbangkan.
Segelas minuman tersebut dianggarkan mengandungi antara lapan hingga 20 sudu teh gula. Dalam sehari sepatutnya mpengambilan gula untuk seorang yang normal tidak boleh melebihi 10 peratus daripada pengambilan kalori.
Contohnya, seorang lelaki bersaiz badan sederhana seperti orang Asia, keperluan kalori mereka sebanyak 2,000 sehari. Jadi, ia (pengambilan gula diperlukan) lebih kurang 200 kalori sahaja, iaitu kira-kira 10 sudu teh
Ini pandangan Kevin Zahri, seorang pakar kecergasan tentang ‘habit’ minum bubble tea.
Kebelakangan ini ramai yang bertanya “boleh ke minum bubble tea?” Banyak jugak posting social media tentang ketinggian kandungan gula, diabetes, kencing manis yang perhaps excessive untuk salahkan 1x minuman semata-mata.
Dalam pemakanan seharian di Malaysia ada pelbagai makanan dan minuman yang tinggi gula, calorie, lemak dll. Minuman bubble tea sememangnya trend (probably for the next 1 year) tapi minum bubble tea semata-mata BUKANlah penentu obesiti mahupun kencing manis (diabetes).
Obesiti dan kawalan berat badan ditentunya oleh pelbagai faktor: pemakanan secara menyeluruh, gaya hidup, senaman etc. Ia TIDAK terletak pada 1x minuman semata-mata.
Dieting is not black or white. Dieting is black, white, kelabu dan penuh warna-warni. Ia bukan soal “boleh” atau “tak boleh”.
Diet “black n white” ini sering menjadi tekanan dan salah faham majoriti yang ingin mulakan suatu program pemakanan sehingga ia menjadi selalu rigid dan beri tekanan tak tentu pasal.
Dieting adalah “suka hati kau” selagi anda mahir mengawal keseimbangan ikut pada keselesaan dan objektif masing-masing. Jadi 1-2 teh bubble teas seminggu bukan penentu apa-apa.
Jadi bab “bubble tea”, kalau tanya saya, i would not say “elakkan” kerana nak tak nak orang ramai akan minum jugak. But I would say “dont go crazy n make sure you balance it out dengan pemakanan dan gaya hidup seharian”.
Sumber kredit: Kevin Zahri dan astrowani.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penjagaan Kesihatan Berganda Untuk Akma Dan Anak-Anak Sebelum Virus Covid-19 Menular Lagi
Isi Kandungan
ToggleBertemu semula dengan Akma salah seorang peserta program realiti di Astro, susuk tubuhnya masih seperti dahulu dan bertambah manis apabila mengenakan hijab Akma tampak berbeza dari awal kemunculannya di industri seni.
Pasti ramai yang tertanya-tanya Akma masih maintain dengan penampilan yang lebih sopan sementara itu Akma yang masih aktif mengacara go shop dan majlis-majlis jemputan dan bakal mengeluarkan satu single untuk OST drama TV ingin berkongsi penjagaan diri dan anak-anak terutamanya untuk menghadapi serangan virus yang tular kini covid-19.
Pertemuan di satu majlis Mayya Baby dengan kerjasama Pa&Ma memperkenalkan rangkaian produk baharu iaitu Baby Cream, Baby Lotion, Shower Gel, Spray Hand Sanitizer yang dilancarkan di Ruang Event Space Seksyen 16, Shah Alam.
Virus Menular Akma Gandakan Penjagaan Untuk Anak-Anak
Mempunyai dua cahaya mata perempuan, rutin kesihatan dan kecantikan Akma berubah 360 darjah. Akma mengambil langkah menjaga kesihatannya dan juga anak-anak dua kali ganda seperti kebiasaaan.
Tular mengenai virus covid-19, Akma juga tidak terlepas pandang kesihatan anak-anaknya. Tambahan pula puterinya yang kedua mengalami kulit yang sangat sensitif dengan persekitaran. Terdahulu Akma mempunyai dua cahaya mata yang berumur 7 tahun dan 5 tahun di usia perkahwinnya berganjak yang ke 8 tahun.
“Akma akan mengandakan penjagaan mereka, lebih-lebih lagi adik yang memang sensitif dengan udara dan persekitaran. Adik akan menjalani aktiviti biasa seperti kakaknya, tetapi Akma akan pastikan si adik ni akan diberi perlindungan seperti menyapu losyen setiap kali sebelum dan selepas riadah.”
Anak keduanya sering semput dan alami rensangan kulit, itu bukan bermakna aktiviti seperti berenang, beriadah tidak boleh dilakukan seperti kanak-kanak biasa.
“Akma sering rujuk dengan beberapa bahan bacaan tidak perlu menyekat aktiviti anaknya, cuma Akma masih tekankan keselamatan dan kesihatan anak-anaknya. Itu yang paling penting!”
Terbaharu Mayya Baby melancarkan rangkaian produk bayi yang sesuai dan selamat di mana produk penjagaan kulit bayi ini yang lembut dan tidak mengganggu kulit bayi yang halus dan mengekalkan lapisan kulit dalam keadaan yang sentiasa lembap.
Antara produk keluaran terbaharu dari Mayya Baby:
Baby Cream – Mempunyai fungsi 5 dalam 1. Produk ini selamat digunakan untuk bayi terutama bayi yang baru dilahirkan. Selain bayi, orang dewasa serta kanak-kanak juga boleh menggunakan Baby Cream ini. Apa yang paling penting ia tidak mengandungi menthal, camphar dan steroid.
Baby Lotion – Baby lotion berfungsi untuk melembapkan kulit, cepat meresap ke dalam kulit dan tidak berminyak. Kandungan produk ini juga bebas daripada bahan berbahaya dan sesuai untuk kulit sensitif.
Shower Gel – Bukan senang untuk mencari mandian yang sesuai untuk si manja. Jika anda ingin mencari mandian yang tidak memedihkan mata, anda boleh dapatkan Mayya Baby shower gel. Ia juga mudah dibilas dan yang paling utama untuk kulit bayi, ia adalah produk bebas paraben dan tiada SLS.
Spray Sanitizer – Spray ini dicipta untuk membasmi kuman. Produk ini sesuai digunakan pada permukaan tangan, kaki serta fabrik. Selain memberikan bau yang segar ia juga lembut pada kulit.
“Akma tidak mahu anak keduanya berasa terasing dan menyekat aktiviti seperti kanak-kanak lain. Oleh itu penjagaan berganda untuk anak-anak Akma perlu bagi melihat perkembangan mereka seperti kanak-kanak yang lain.”
Penjagaan kulit seperti losyen yang beasaskan bahan organik adalah pilihan untuk menjaga keadaan kulit anak-anaknya sihat dan selamat. Ujar Akma dalam perbualan bersama Hijabista.
Basmi Virus Dengan Kesihatan Dalaman
Berbeza pula penjagaan diri untuk Akma sendiri. Semenjak Akma mempunyai aktiviti di luar negara Akma mengambil vitamin sebagai penjagaan dalaman.
“Alhamdulilah! Rutin itu Akma amalkan sebelum Negara di serang virus yang tular. Akma cuma mengambil vitamin C dan vitamin mengantikan kalsium kerana Akma memang tidak gemar minum susu.”
“Akma dapati perubahan yang sangat ketara apabila Akma mengkumsikan makanan ini di dalam rutin harian. Badan lebih bertenaga untuk bekerja dan kulit wajah Akma lebih nampak sihat.”
Selain daripada dua rutin harian ini, Akma juga membuat rawatan kulit astetik paling kurang sekali sebulan bagi menjaga penampilan sebagai seorang selebriti. Menurut Akma penjagaan antara anak-anak dan dia adalah selari. Walaupun setiap kali perjalanannya untuk bercuti, dia akan membawa safety bag dua kali ganda yang mana satu untuknya dan satu untuk anak-anak.
8 Tahun Lepas Fasa Perkahwinan Pertama
Melepasi fasa pertama perkahwinan, Akma memanjat kesyukuran apabila melepasi fasa ini selama 8 tahun. Akma akui fasa pertama banyak ujian bagi mengenali pasangan dan menyesuaikan diri dengan kerjayanya sebagai selebriti. Berkongsi sedikit kunci kebahagian rumahtangga Akma cuma menyarankan kepada hijabi di luar agar menghargai satu sama lain.
“Sebagai isteri perlu hargai suami, betul suami perlu hargai isteri tetapi tidak salah kita sebgai isteri menghargai suami.” Sebagai isteri tidak perlu pentingkan diri sendiri. “ Seringkali isteri merasa penat membuat rutin harian di rumah, fikirlah sekali bagaimana suami mencari nafkah di luar”.
Mengenang kembali kejadian baru-baru ini aktor terkenal di Indonesia kelahiran Malaysia almarhum Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Mac yang lalu memberi impak besar kepada Akma.
“Akma rasa satu tamparan, kalaulah terjadi pada dirinya kehilangan orang tersayang serta merta dalam sekelip mata” ujarnya berita itu seakan alarm untuk mereka yang masih mempunyai pasangan hidup untuk menghargai satu sama lain.
Bagi Akma kunci kebahagian rumahtangga adalah ‘masa bersama’. Maksudnya setiap tahun Akma aka ada waktu untuk bercuti bersama tanpa anak-anak. Sessi itu adalah masa untuk mereka meluahkan segalanya. Ujarnya lagi sekira ada pengtekaran jangan di bawa berpanjangan. Insyallah kebahgian rumahtangga itu akan dirasai selamanya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aktivis ‘Anti Islam’ Ini Akhirnya Dikurniakan Hidayah, Terbuka Hati Peluk Islam!
Isi Kandungan
ToggleHidayah itu milik Allah swt, dan akan dikurniakan kepada hamba-hambanya yang terpilih sahaja. Begitu juga kisah seorang aktivis ‘anti Islam’ yang akhirnya memeluk Islam setelah dikurniakan hidayah.
Terdahulu, pada 2015, Shermon Burgess merupakan bekas ketua kumpulan sayap kanan United Patriot Fronts (UPF) dan terkenal sebagai pemprotes anti-Islam yang berhasrat menghancurkan pembinaan masjid di Bendigo.
Namun, pengumuman Burgess baru-baru ini yang bertindak mengisytiharkan dirinya kini seorang muslim dan telahpun memeluk agama Islam mencetuskan kejutan bagi orang ramai, khususnya puak berhaluan kanan.
Peluk Islam Kerana Tertarik Dengan Pendirian Islam Terhadap Isu Maskuliniti
Burgess menjelaskan, tujuan utama dia akhirnya terbuka hati untuk memeluk agama Islam adalah kerana begitu tertarik terhadap pendirian teguh Islam berhubung isu maskuliniti, peranan jantina dan penentang total terhadap lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).
Ketika ditemubual secara eksklusif menerusi portal berita Australia yang dikenali sebagai Crikey, Burgess mendedahkan bahawa kali pertama hatinya disentuh untuk memeluk Islam adalah semasa dunia termasuk Australia dilanda pandemik Covid-19.
Menurutnya lagi, antara titik penting dna sejarah bermakna bagi dirinya adalah ketika bertemu dengan Ketua Muslim Freedom Movement, Youssra Rose yang menjadi pengantara dan banyak berkongsi input dan pandangan lebih jelas untuk dia memahami Islam.
Artikel berkaitan: Melampau! Golongan ‘Islamophobia’, Bakar Dan Gantung Kepala Babi, Rencatkan Pembinaan Masjid Di Korea Selatan
“Anda mesti tidak percaya melihat saya berdiri bersama orang Islam untuk berjuang dengan tujuan sama, namun kini banyak yang telah berubah.
“Kini saya bersama komuniti Muslim untuk melawan penindasan Zionis dan Freemason yang memerintah,” katanya.
Berita Buruk Kepada UPF Ini, Menjadi Kecaman Dan Ancaman Terhadap Burgees!
Malah, Burgees berkata, sebaik sahaja bekas ahli-ahli UPF cakna berkenaan perkara ini, dia telah menerima banyak kecaman dan ugutan. Lebih buruk lagi, akaun media sosialnya dihujani dengan kata-kata kesat yang begitu teruk.
Bagaimanapun, Burgess sedikit pun tidak terkesan dan perkara itu membuatkan dirinha terus bersemangat untuk terus mendalami dan mempelajari agama Islam.
“Ramai antara mereka merupakan peminum arak tegar. Malah, mereka juga mempunyai kehidupan yang tunggang-langgang.
“Saya suka dengan aspek kesihatan Islam yang melatih dan menghalang penganutnya daripada mengambil alkohol serta dadah,” ujar Burgees.
Burgess turut mengakui bahawa kehidupannya setelah bergelar seorang muslim, jauh lebih teratur dan bermakna berbanding sebelum dirinya mengucapkan dua kalimah syahadah.
Sekadar info, terdahulu, Burgess pernah melabelkan Islam sebagai mundur dan menegaskan agama tersebut tidak sesuai diamalkan dalam cara hidup orang tempatan di Australia.
Dia juga menghasilkan pelbagai kandungan berbaur perkauman dan menghasut di laman media sosialnya ‘The Great Aussie’ sebagai tanda kebencian terhadap komuniti Muslim.
Sumber: Sinar Harian
Artikel berkaitan: Dua Hari Setelah Peluk Islam, Aktres Perancis Marine El Himer Jejak Kaki Ke Tanah Suci Tunaikan Umrah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keluar Untuk ‘Stock-Up’ Barang. Ini Tip Persediaan Pelindung Diri & Keperluan Sehingga Balik Rumah
Isi Kandungan
ToggleBukan mudah untuk memikul tanggungjawab seorang isteri, rutin membeli barang keperluan memasak jarang sekali dipikul oleh suami. Kemungkinan tugasan itu hanya diambil alih waktu hujung minggu.
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan sehingga 31 Mac ini, ramai dalam kalangan rakyat kita yang sudah mula keluar dan membuat pembelian panik.
Jadi, kerajaan hari ini telah menetapkan bahawa hanya seorang wakil bagi setiap rumah sahaja yang dibenarkan keluar untuk buat pembelian barang keperluan. Dilaman sosial Khairi Safwan Othman berkongsi persediaaan perlindungan untuk En Suami membeli stock up barang keperluan. Jom ikuti perkongsian beliau:
Tips Keluar Rumah Untuk Stock-Up Barang Keperluan (in RMO / MCO situation)
Setelah abam membuat rundingan bersama Doktor Kesihatan Awam (Nadiatul Nadic) kat rumah ni, kami telah bersepakat yg salah sorg kena keluar harini untuk stock-up barang2 rumah especially food.. yerlah, takkan hari2 nak nasik goreng je ye dak?? So dalam keadaan sekarang ni, tak boleh lah nak main redah je.. strategi kne cun utk minimize risk terdedah pada virus Covid-19 ni
Alright, jom start:
- Bismillah (or whatever prayer you believe in)
- Jangan panik.. kalau panik, apa pon tak jadi
- Decide sape yang nak keluar.. if possible, yang laki lah.. sbb nak angkut2 barang ni kena pakai strength lah sikit lagipun kalau bagi ppn takut kang 2-3 jam tak habih lagi.. elakkan keluar berpasangan and paling utama jangan bawak kids or warga tua.
Prepare dengan barang-barang ni:
- Face mask – ada yang cakap tak payah sebab virus ni bukan airborne.. tp malas ah nak amek risk, alang-alang dah ada pakai jelah
- Gloves – pakai yang baru and disposable
- Pakai pakaian bukan feveret.. sebab nanti kena terus basuh and kalau perlu, kena buang (tapi abam tak buang laa, baju beli Houston kot)
- Shopping bag – untuk elakkan dari pakai trolley.. macam ni abam bawak 2.. 1 untuk barang kering and 1 untuk basah
- Kalau korang ada lebih dari 1 kereta, pilih kereta yang korang rasa takkan pakai kalau tiba-tiba terpaksa bawak family keluar
Shopping mall/supermarket
- Pilih mall yang parking system dia tak payah tekan button untuk keluar tiket.. macam mall ni dia pakai QR code (fancy kan? Tp menyusahkan sebenarnye.. lol)
- Park dekat level pasaraya tu.. ni untuk elakkan korang terpaksa naik lif
- Seboleh mungkin elakkan pegang handrail ataupon pintu
Trolley:
Tadi ada shopping bag kan? Kalau takde, pakai jelah trolley ni tapi make sure korang sanitize dulu handle dia
Oh pastu nak membawang sikit hehe.. td ade laki bini ni pegi shopping.. yg bini lengkap gloves and mask.. yg laki rileks je seluar pendek siap.. pstu dia nk ambik trolley bini tak bagi.. tp sebab ego kot dia ambik jugak.. ni nak pesan.. virus ni tak kenal laki ke ppn ke kuat ke lemah ke.. dlm satu keluarga tu kena lah sama2 ambik berat pasal isu ni.. takde guna bini hang protected kalau hang terdedah.. balik rumah kang anak2 hang pulak berisiko.. k done bawang.
Paper checklist:
Untuk kurangkan penggunaan handphone masa shopping (sebab takut phone pulak kena), buat list barang-barang atas paper.. dah habis shopping nanti dispose terus list ni.. ni abam ambik gambar ni sebelum abam start pegang-pegang barang. Nak ambik barang pulak kalau boleh ambik yang belakang.. sebab yang depan ni mungkin orang dah belek.
Paying and leaving:
- Paying – kalau boleh, bayar pakai Paywave ke, eWallet ke.. elakkan pakai cash.. card pon tak payah bagi cashier tu pegang.. tap sendiri..
Edited: lupa pulak nak highlight Social Distancing.. tp jangan lupa buat ok? All the time.. masa tengah shopping, masa nak bayar.. make sure jarakkan diri dengan org lain paling kurang 1m.. to add to this point, nak senang korang aim supermarket yang kurang orang
- Leaving – dispose/buang checklist tadi and gloves. Cara-cara dispose gloves korang boleh google sendiri kot naa?? Takkan semua nak kena bagitauuu
Leaving (cont’d):
- Lepas dah bukak gloves tadi, sanitize tangan and handle shopping bags tadi.
- Simpan barang-barang tadi dalam boot.. kalau boleh jangan letak atas seat
Car/transportation:
Sebelum keluar kereta ke motor ke bahkan lori sekalipun, sanitize dulu part-part kereta yang korang dah pegang macam – stereng, gear knob, aircond switch, signal stick, start/stop button, seatbelt and pemegang untuk bukak pintu tu (entah panggil apa entah)
Getting into your house:
Okay part ni penting.. JANGAN pegang or sentuh family korang okay?? Terus je bawak barang masuk and letak setempat.. mintak tolong bini bukakkan pintu rumah.. kalau takdak bini, hang bukak lah sendiri.. tapi pastu sanitize tombol tu
Letak barang-barang yang korang bawak and pegang tadi mcm jam tangan, wallet, kunci kereta and kunci rumah dalam satu bekas (termasuklah phone yang tgh pegang snap gambar ni).. yang ni semua korang kena sanitize jugak (nampak tak bnyk gila kena sanitize?? Sbb tu kalau tak perlu tak payah lah keluar ni.. tapi kalau terpaksa, kena lah berhati2 ok?)
Cleaning and Sanitize:
Okay, part ni kalau ade bini mintak tolong bini sanitize or bersihkan kan barang2 yang korang beli tadi.. make sure dia pon pakai gloves kalau boleh.. again, benda ni kena ada teamwork.. kita jaga kita. Pakaian korang tadi boleh masuk terus dalam baldi and rendam dengan sabun
Korang boleh lah terus mandi sambil bini korang bersihkan barang tadi (thanks Nadiatul Nadic!). Elakkan tekan suis dengan jari.. pakai lah siku ke bahu ke hidung ke.. mandi bersih2.. syampu rambut, sabun, cuci muka, semua lah takkan tu pon nak kena ajar? And….. Tu je.. pastu dah pakai baju bersih-bersih boleh lah korang nak gomol2 anak korang ke bini korang ke (eh?)
In summary, benda paling penting korang kena ingat is: cuba untuk minimize kan sebanyak mungkin direct contact dgn orang lain or surface apa2 je. Last sekali abam nak pesan, semua ni just tips semata2.. takdir semua ketentuan Tuhan.. bnykkan berdoa.. doakan abam and keluarga sekali ok? Take care gaisss and selamat ber-lockdown!!
Sumber : Khairi Safwan Othman
Jangan lupa hulurkan bantuan pada mereka yang memerlukan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI