Panas melampau di Malaysia bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, tetapi juga menimbulkan risiko kesihatan, alam sekitar dan infrastruktur yang serius.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan tiga ancaman utama yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia akibat cuaca yang sangat panas.
Suhu yang meningkat boleh menimbulkan ancaman serius kepada kehidupan dan kesihatan manusia. Cuaca yang sangat panas memberi tekanan kepada sistem kardiovaskular dan pernafasan. Mereka yang paling berisiko adalah kanak-kanak, orang tua, orang yang mempunyai penyakit kronik dan orang yang bekerja di luar rumah.
Ads
Salah satu akibat yang paling berbahaya daripada haba melampau ialah strok haba, yang termasuk strok haba yang teruk dan strok haba. Keadaan ini boleh menyebabkan dehidrasi, sawan, lesu, dan dalam kes yang teruk, koma atau kematian. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil langkah pencegahan seperti minum air yang mencukupi, memakai pakaian yang longgar dan sejuk, dan mengelakkan pendedahan berpanjangan kepada matahari.
Tidur malam yang terganggu
Sebutkan tidur, ia adalah sesuatu yang penting dalam hidup. Tidak cukup tidur kerana panas boleh swing mood kita dan mengganggu perjalanan aktiviti harian.
Ads
Aktiviti Terhad
Adalah lebih baik apabila keadaan cuaca sangat membimbangkan, adalah lebih baik untuk mengehadkan aktiviti luar. Ini kerana suhu terik itu bukanlah sesuatu yang perlu dicuba.
Ads
Luangkan sedikit masa untuk berehat di rumah, atau walaupun anda ingin melakukan beberapa aktiviti lasak, anda boleh mencuba beberapa aktiviti sukar yang dilakukan di dalam rumah. Ini lebih baik dipastikan dan suhu biasanya dikawal.
Malang tidak berbau, disaat rakyat Malaysia ghairah melaksanakan tanggungjawab memilih pemimpin negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semalam. Satu kemalangan maut telah meragut nyawa pasangan suami isteri di Johor.
Kemalangan itu turut mengakibatkan anak kepada pasangan malang yang berusia tiga tahun patah kaki, selepas kereta yang yang dinaikinya terlibat kemalangan sejurus pasangan itu selesai menjalankan tanggungjawab mengundi.
Hijabista difahamkan kejadian tersebut berlaku di Kilometer 46, Jalan Johor Bahru-Mersing.
Alza Bertembung Hilux
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, kemalangan tersebut berlaku pada jam 12.08 tengah hari melibatkan kereta Perodua Alza dinaiki tiga beranak itu dan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux.
“Hasil siasatan mendapati mangsa yang menaiki Perodua Alza dalam perjalanan ke Skudai, Johor Bahru setelah selesai mengundi di Lok Heng dekat sini.
“Perodua Alza tersebut yang menghala ke Johor Bahru terbabas semasa melalui selekoh dan berpusing di laluannya sebelum masuk ke laluan bertentangan menghala ke Mersing.
“Perodua Alza itu kemudian bertembung Toyota Hilux tersebut dalam keadaan jalan basah akibat hujan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya lagi, kecelakaan itu telah meragut dua nyawa iaitu lelaki berusia 37 tahun dan isterinya, berusia 31 tahun yang meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak pasangan itu berusia tiga tahun mengalami patah kaki kanan.
Bagaimanapun, pemandu Toyota Hilux yang berusia 60 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Hussin menjelaskan, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Tas tangan sememangnya sahabat karib kepada kaum hawa. Malah, ada dikalangan wanita yang rasa gayanya ‘tidak lengkap’ apabila keluar dari rumah tanpa menggayakan handbag.
Selain itu, tas tangan juga merupakan tempat bagi para wanita meletakkan barang-barang keperluan seperti bedak, minyak wangi, beg duit dan powerbank, sampai kadang-kadang pasangan pun tumpang sekaki.
Tetapi tahukah anda? Jika mahu bergaya pun, perlukan ilmu. Tak boleh main bedal je, nanti tak kena pula dengan gaya dan penampilan. Di sini Hijabista kongsikan enam cara untuk Hijabi memilih tas tangan yang tepat dengan Stail yang digayakan!
Pelbagai Rekaan, Corak Dan Warna Tas Tangan Bikin ‘Rambang Mata’, Ini Tip Memilihnya!
1. Majlis
Perkara pertama yang hijabi perlu lakukan sewaktu memilih tas tangan adalah, menentukan tas tangan berkenaan perlu di bawa ke majlis yang bagaimana? Ramai yang pandang enteng perkara ini, tetapi pemilihan beg tangan mengikut kesesuaian majlis adalah sangat penting!
Pilihlah beg tangan yang mempunyai nila elegan dan berkulit lebih lembut ketika mahu menghadiri majlis, terutamanya majlis-majlis rasmi yang berprestij kerana, ia juga bakal menambahkan pesona diri anda.
Tetapi apa yang penting, biarlah ia bersesuaian dengan acara yang dihadiri.
2. Warna
Tidak ramai hijabi yang berani bermain dengan warna dalam pemilihan tas tangan. Hitam, nude dan coklat adalah warna-warna ‘selamat’ kerana paling mudah untuk dipadankan dengan pelbagai baju.
Namun, sekiranya hijabi mahu menyuntik kelainan, boleh beranikan diri bermain dengan warna-warna vibrant dan fun seperti hijau, pink atau warna-warna terang.
Pemilihan stail tas tangan dan juga bentuk fizikal badan seseorang juga perlu dititikberatkan, kerana jika fizikal badan tidak bersesuaian dengan tas tangan yang digayakan anda, pasti gaya anda tidak akan kelihatan menawan.
Jika anda sememangnya seorang yang berfizikal rendah, anda digalakkan menggayakan tas tangan bersaiz kecil atau medium yang tidak terlalu besar sehingga menghalang tubuh anda.
Bagu yang bertubuh tinggi langsing pula, janganlah membawa tas tangan yang terlalu kecil.
Pemilihan tas tangan haruslah sepadan dan bersesuian dengan ketinggian dan saiz tubuh anda.
4. Harga
Kos yang perlu dikeluarkan bagi memiliki tas tangan idaman juga penting, buatlah tas tangan yang dimiliki itu ‘alah membeli menang memakai’, dalam erti kata lain berpada-padalah dalam membeli tas tangan sebagai pelengkap gaya.
Kata orang, bergaya biar ikut kemampuan, kalau diikutkan nafsu wanita, memang ?mahukan tas tangan berjenama terkemuka seperti Louis Vuitton, Chanel dan macam-macam lagi, tapi banyak juga jenama baharu yang kurang terkenal tetapi mempunyai kualiti setanding produk berjenama mahal!
Antaranya produk-produk tas tangan yang berada di bawah penjenamaan Sift & Pick! yang baharu sahaja menembusi pasaran Malaysia dan melancarkan kedai fizikal mereka dalam negara baru-baru ini.
Sift & Pick Tawarkan Tas Tangan ‘Designer’ Lokal Antarabangsa Terbaik Untuk Anda!
Kalau hijabi dah jelak dengan tas tangan di pasaran Malaysia, dan dambakan kelainan atau tas tangan yang digayakan selebriti K-pop dan Thailand.
Hijabista cadangkan satu tempat paling menarik untuk hijabi shopping pelbagai jenis tas tangan up-to-date dari designer ‘lokal’ luar negara yang hanya boleh didapati di Sift & Pick!
Malah, pelbagai tas tangan yang bakal menepati citarasa sis boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan semuanya cantik-cantik belaka!
Tunggu apa lagi sis? Dah tau cara nak pilih tas tangan dengan aplikasikan tips di atas kan? Jom dapatkan tas tangan idaman hati di kedai fizikal Sift & Pick yang baharu sahaja dilancarkan pada Jumaat lalu, bertempat di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.
“Orang yang berperang di jalan Allah SWT dan orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah utusan Allah. Apabila mereka meminta kepada-Nya, Allah akan mengabulkan permintaan mereka” (al-hadith).
“Bismillahirahmanirahim. Kami memohon maaf dari segi fizikal dan mental,” tulisnya.
Namun, paling menarik perhatian dan menjadi bualan warga maya ialah penampilan berhijab anak dara penyanyi itu, Amora atau nama penuhnya Ariannha Amora Lemos, yang kini berusia 12 tahun.
Penampilannya yang berhijab meraih pujian ramai. Kebanyakan mereka memuji penampilan Amora yang dilhat semakin meninggi.
Kata mereka, Amora nampak begitu cantik apabila memakai tudung.
“Cantik Amora bertudung. Sejuk mata memandang.”
“Selamat menunaikan ibadah haji Mimi dan selamat kembali ke Indonesia. Amin,” tulis seorang peminat.
Pada Ogos 2023 lalu, Kris Dayanti yang kini aktif di pentas politik pernah dikritik gara-gara tidak menutup aurat ketika melakukan aktiviti kemasyarakatan di sebuah masjid di Malang, Jawa Timur, Indonesia.
Semoga umrah kali ini membuka pintu hatinya untuk terus menutup aurat.
Kredit Foto: Instagram Kris Dayanti
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ratu Rock negara, Ella terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan dengan memilih bidang fesyen Muslimah.
Memiliki labelnya sendiri iaitu RockQueen yang ditubuhkan sejak tiga tahun...