Apabila kita terlupa rakaat dalam solat dan terlupa untuk membaca doa Qunut maka kita disunatkan untuk melakukan sujud Sahwi. Amat beruntung kepada orang yang mendirikan solat dengan penuh khusyuk sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Mukminuun ayat 1 dan 2 bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.”
SOALAN:
Difahamkan sujud sahwi dibuat kerana terlupa rakaat sembahyang. Jika kita terlupa sujud sahwi, bagaimana kedudukan sembahyang tersebut? Terlupa disebabkan faktor umur.
JAWAPAN:
Maksud sujud sahwi dan hukumnya yang dinukilkan daripada kitab al-Fiqh al-Manhaji secara ringkas seperti berikut:
*Maksud sahwi dari segi bahasa ialah lupa atau lalai akan sesuatu.
*Manakala yang dimaksudkan dengan sahwi di sini ialah kecacatan solat yang dilakukan seseorang ketika bersolat sama ada disengajakan atau terlupa.
Oleh itu sujud ini – yang dilakukan di penghujung solat – akan menjadi penutup kepada kecacatan tersebut.
*Ia dilakukan dengan cara sujud sebanyak dua kali sepertimana sujud-sujud di dalam solat dengan niat sujud sahwi. Tempatnya ialah pada akhir solat sebelum salam.
*Hukum sujud sahwi adalah sunat apabila terjadi salah satu daripada sebab-sebabnya. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/443)
Menjawab persoalan di atas, jika terlupa hukumnya adalah dimaafkan. Ini juga kerana hukum asalnya adalah sunat. Hal ini sepertimana disebut dalam firman Allah SWT:
عَفَا اللَّـهُ عَمَّا سَلَفَ
Maksudnya: “Allah maafkan apa yang telah lalu.” (Surah al-Maidah: 95)
HIJABISTA: Sebagai seorang Muslim, belajarlah untuk menjadikan hati senang ketika berzikir, suka mendengar nasihat, gemar menghayati al-Quran serta khusyuk ketika solat.
Sumber kredit: Lawan web pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Top image: Photo by Michael Burrows from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI