Hijrah dan hidayah adalah kurniaan yang terbaik bagai seorang manusia. Ia tidak akan datang dengan sendiri jika bukan terdetik dari hati. Terbaru selebriti Ika Nabila telah memuat naik beberapa gambar dirinya di laman sosial Instagram dengan gaya berhijab.
Setelah banyak soalan diajukan oleh sahabat-sahabat dan juga pengikut di Instagram akhirnya tuan punya badan membuka mulut, “Saya menerima banyak persoalaan dan juga pertanyaan menerusi mesej terus, whatsapp dan pangilan telefon.
“Untuk menjawab soalan anda, saya sedang bertatih, menyesuaikan diri dan masih mencuba menjadi indvidu yang lebih baik sebagai seorang isteri, ibu dan juga rakan anda. Doakan saya ya? Saya juga akan mendoakan anda juga. Segan sebenarnya.”
Anatara rakan-rakan selebriti yang meninggalkan komen positif di laman Instagram Ika.
Dalam satu hantaran lagi Ika menyatakan, “Saya baca kesemua komen anda. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya, keluarga saya dan perniagan saya @innateofficialhq. Terima kasih kerana rasa gembira untuk saya. Saya doakan kalian dikurniakan rezeki kebahagiaan dunia dan akhirat. Masha Allah Tabarakallah.”
Tahniah Ika, semoga sentiasa dikuatkan hati dan terus istiqamah dalam balutan hijab sebagai seorang Muslimah.
Sumber & gambar : via Instagram @ikanabella
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Santuni ‘Anak Syurga’ Kesucian Hati Anna Jobling Jelas Terpancar, Wajar Dicontohi Hijabi!
Isi Kandungan
ToggleSetelah namanya mulai dikenali setelah berjaya menjadi Finalis Dewi Remaja, pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman Jobling atau lebih mesra disapa sebagai Anna Jobling, mula giat menempa nama dalam industri hiburan tanah air.
Malah, sejak membintangi drama Melur Untuk Firdaus, nama Anna Jobling melonjak dengan begitu pesat sehingga menjadi pilihan pengarah-pengarah di Malaysia.
Lebih menarik lagi, Anna tidak hanya menempa nama di Malaysia, namun aura serta kejelitaan kacukan inggeris-melayu Anna turut mendapat tempat di hati rakyat Indonesia dan Singapura.
Para peminat Anna Jobling juga turut terdiri dari pelbagai lapisan umur. Dari orang dewasa sehinggalah ke kanak-kanak, ternyata bintang Anna Jobling kini sedang berada dipuncak dan kian menyinar dengan sikapnya yang sentiasa menunduk ke bumi dan pandai membawa diri.
Mulianya Hati Anna Jobling, Santuni Anak Syurga!
Terdahulu, media pernah melaporkan pelakon dan model jelita ini mendapat perhatian ramai apabila dia meluangkan masa bertemu dengan seorang ‘anak syurga’, yang juga merupakan salah seorang peminat Anna.
Menerusi hantaran Istagram @annaluvstory berkongsi gambar dan video Anna Jobling yang hadir menyantuni adik Sofia Humaira. Menerusi sumber, adik Sofia ada menyatakan hasrat untuk bertemu Anna semasa dia berada di ICU Hospital Besar Kuala Lumpur, namun hasratnya itu tidak kesampaian.
Lantas, Anna mengambil keputusan untuk menjumpa sendiri dengan adik Sofia sambil ditemani ibu bapanya. Menerusi gambar-gambar yang dikongsi, terserlah riak kegembiraan di wajahnya apabila hajat dapat bertemu dengan pelakon kegemarannya tercapai.
Rata-rata peminat yang melihat gambar dan video tersebut mendoakan kesihatan buat adik Sofia dan pada masa yang sama mengagumi tindakan pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman ini.
Tindakan Anna Tuai Reaksi Positif Warganet
Tak hairanlah Anna Jobling disayangi ramai dan mempunyai kelompok peminat yang besar dan tersendiri, peribadi lemah lembut dengan hati putih bersih dan suci seperti anna layak dicontohi oleh para wanita dan menjadikanya sebagai idola!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Sumber Foto: Instagram Anna Jobling
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Antara Aktiviti Menarik Sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia. Dengar Kata No.5 Untuk Tambah Pahala
Isi Kandungan
ToggleTanggal 8 Mac setiap tahun menyaksikan rata-rata wanita menyambut hari wanita sedunia. Justeru pelbagai aktiviti anjuran badan-badan persatuan bagi meraikan segala jasa dan pengorbanan insan bernama wanita ini.
Selain dari menyambut beramai-ramai apa kata untuk tahun ini kita meraikannya bersama orang tersayang.
Jadi hijabi apa lagi tiba masanya bonding time bersama sisterhood.
Ini antara aktiviti menarik:
1. Malaysia Women Marathon
Setiap tahun Tourism Selangor menganjurkan larian marathon khas untuk wanita. Malaysian Women Marathon berlansung pada hari ini, 3 Mac dan penyertaan terbuka buat hijabi untuk chill bersama rakan-rakan sambil lakukan aktiviti riadah sihat dan pelbagai aktiviti berlansung sempena menyambut hari bermakna buat wanita.
2. Manjakan Diri
Boleh juga menempah spa, manjakan diri bersama di hujung minggu atau lakukan aktiviti potong rambut di salun Muslim friendly. Seronok bukan sekiranya satu spa itu dikongsi bersama ahli keluarga wanita sahaja.
3. Short Vacation Imbau Kenangan Lama
Mahukan aktiviti luar jangkaan dan lebih lasak? Apa lagi hijabi cubalah untuk bermalam di sini Tandom Hill Resort Banting. Berkhemah di sini sambil mengimbau kembali kenangan semasa kecil dengan pelbagai permainan kampung. Sesuai untuk mereka suka mandi sungai.
4. Aktiviti Kaum Lelaki
Gantikan hari ini dengan lakukan pelbagai aktiviti yang biasa kaum lelaki lakukan. Seperti sukan lasak, bertukang, memancing dan sebagainya. Cabar diri bahawa hijabi mampu dan setanding mereka.
5. Showcase Amal Raikan Wanita
Boleh juga lakukan satu aktiviti yang membawa kita untuk menambahkan pahala dan ia salah satu cadangan yang menarik. Hijabi raikan wanita tersayang dengan membawa mereka ke Hi tea anjuran Mingguan Wanita, sambil berhibur malahan anda boleh beramal lagi. Masyallah!
Inilah masanya untuk hargai kaum wanita di sekeliling anda!
Sambil menjamu selera dan bergelak ketawa bersama pelawak-pelawak terkemuka termasuklah @harithiskander di Showcase Dunia Tanpa Wanita, 30 Mac 2019 ini.
Tiket Individual
Platinum: RM449.90/per head
Gold: RM349.90/per head
Silver: RM249.90/per head
Tempahan Meja
Platinum: RM4,499/per table
Gold: RM3,499/per table
Silver: RM2,499/per table
Whatsapp 019-675 3057 untuk pembelian tiket/tempahan meja.
Info lanjut: www.mingguanwanita.my/duniatanpawanita
#terimakasihwanita
#duniatanpawanita
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dapat 26K Share, Wanita Ini Tak Lokek Kongsi Tip Kahwin Bajet Serendah RM4K & Majlis Tetap WOW!
Kebiasaannya setiap pasangan akan membuat majlis perkahwinan mereka secara besar-besaran dengan bajet cukup tinggi. Maklumlah perkahwinan itu dikatakan sekali sahaja dan mahu dikenang seumur hidup. Jika pasangan berkemampuan tidak ada salahnya kerana mahu meraikan sanak saudara serta teman-teman di hari bahagia.
Namun bagi pasangan yang mahukan majlis perkahwinan sederhana sahaja, boleh cuba perkongsian wanita ini yang mendapat lebih 26K butang share di laman sosial facebook.
Menulis perkongsian Syazliah Fateha yang berkahwin pada 2017 lalu memberitahu cara bagaimana untuk meraikan majlis perkahwinan dengan bajet serendah RM4 ribu.
Perkongsian yang sangat menarik dari wanita ini boleh dipraktikkan mana-mana pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga.
Tidak ada salahnya melakukan majlis secara sederhana dan ikut kemampun, asalkan yang wajib sudah dilaksanakan.
KAHWIN BAJET RM 4115.90
Hari ni Sya nak share beberapa tips kahwin bajet tapi meletopp khas untuk kawan-kawan yang nak mendirikan rumah tangga.
Sebab ramai yang nak tahu berapa kos keseluruhan majlis Sya baru-baru ni.
Mana la tau kan, kot-kot boleh membantu korang
Ini Caranya:
1. PELAMIN
Sumpah aku excited gila bila tengok pelamin sendiri ni. Aku nak mini pelamin yang colour dia boleh match dengan semua colour baju.
Alhamdulillah. Akhirnya jumpa juga bridal yang mampu realisasikan impian aku ni.
HARGA : RM 600
*tak termasuk caj perjalanan
2. INAI
Aku pilih design simple, tak padat sangat. Cantik. Harga bergantung pada design jugak. Macam corak yang aku pilih ni harga dia murah je.
5 bintang
HARGA : RM70
*tak termasuk caj perjalanan
3. CINCIN LELAKI
Cincin suami aku beli dekat kedai silver terus. Serik sikit beli kat kedai emas.
Cincin tunang 2 tahun lepas aku beli Rm300 kat kedai emas, silver jugak. Lepas tu aku survey kat kedai silver, harga jauh lebih murah.
Plan nak ambil permata yang colour hijau gitu sebab masa tunang beli colour biru. Tapi jari si dia tu susah bebenor nak cari saiz. Saiz 8.
Terpaksa ambil yang colour biru juga. Sebab yang tu jer ready stock and saiz 8. Nak beli cincin kat dia senang je. Sebab saiz jari kitorang sama je
HARGA : RM 150
4. KATERING & CANOPY
Canopy aku ambil yang biasa jer, memang bajet RM200 je. Janji tak kena panas dan hujan.
Plan tak nak renda-renda tu awalnya. Rezeki, jiran sebelan rumah nak sponsor lagi RM 50 untuk tambah renda-renda tu. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak
HARGA : RM200 (khemah biasa)
Katering pula, aku ambil dengan orang sekampung yang memang semua orang tau makanan yang dia masak super sedappp.
Mula-aku bajet nak tempah untuk 150 orang makan je, sebab aku tak jemput ramai orang. Jemput jiran sebelah rumah dan kawan-kawan terdekat je.
Sebelum kita rasa sakit kepala sebab nak kena fikir kos bayar katering beribu-riban, set kat kepala dahulu. Berapa orang kita nak jemput.
Macam kes aku, family aku kecil. Lepas tu mak cik-mak cik, nenek semua tak larat nak masak, memang kena ambil katering.
Terus terang, dalam banyak perkara pasal majlis kahwin, katering paling aku risau, dok fikir mana nak cari duit wei. Ribu-ribu. Setakat makeup, pelamin semua tu aku tak risau, sebab aku pernah cakap kat suami.
Takpe takda pelamin, takpe tak mekap, takpe takda baju cantik-cantik. Fikir nak cari duit makan je sekarang ni. Ada duit lebih boleh la tempah yang lain-lain tu.
Alhamdulillah, rezeki. Akak katering bagi RM10 jer untuk 1 pax, harga asal belas-belas ringgit. Dia tolong. Alhamdulillah, rezeki lagi.
Nenek cakap tempah untuk 200 orang makan, kalau 150 je, nanti kang tak cukup. Dia kata baik lebih dari kurang. Aku setuju, so aku tempah untuk 200 orang makan.
Duit aku, bajet aku ada banyak tu je. Aku tak mampu nak jemput orang ramai-ramai. Buat yang termampu.
HARGA : RM10 x 200 pax = RM2000
5. BARANG HANTARAN & GOODIES
(Gambar kat atas ni sekadar hiasan sebab tak jumpa cari mana gambar barang hantaran)
Untuk barang hantaran, aku cakap kat suami nak cari barang sendiri. Dia cari barang dia.
Aku beli barang masa tengah sale. Pasal barang hantaran ni sebenarnya bergantung pada individu. Kalau bajet besar, boleh la beli barang-barang branded.
Macam aku, adalah ‘seketul’ dua barang branded yang aku beli. Tapi aku akan cover balik benda-benda tu semua dengan barang yang lagi murah.
Set mandian aku beli RM15 je. Dapat body lotion, scrub dan mandian. Boleh la cover harga handbag idaman
Macam buah-buahan, pulut kuning sepupu dan jiran sponsor. Jimat dah kan hehe. Alhamdulillah.
Untuk goodies. Aku just beli surah yaasin 100 pcs, dapat harga 30 sen je satu. Sepanjang aku dok survey, tu paling murah dan cantik yang aku jumpa.
Gula-gula makanan ringan sepupu aku sponsor. Tu pun tak sampai RM 100 pun.
TOTAL ANGGARAN KASAR : RM 500
6. BAJU
Dari awal-awal lagi memang aku dah set dalam kepala tak nak sewa baju. Bagi aku, baik beli sendiri, habis beratus pun baju tu tetap jadi milik kita.
Takpe la baju tak grand, janji raya haji nanti aku boleh recycle balik pakai baju ni. Jimat bukan
Bila orang tanya tema majlis aku semua colour apa. Serius aku takda jawapan.
Masa cari baju pun aku tak tau nak colour apa. Sampai kedai, mana yang aku nampak cantik, ada saiz aku ambil je. Suami aku pun jenis tak kisah jugak.
Nampak baju biru cair ni, tengok saiz 36. Ok cun! Aku try, suami pun cakap cantik. So aku terus beli. Jadi tema wedding aku biru cair.
Baju ni, aku pakai untuk akad nikah sekali dengan sanding. Sengaja tak nak colour putih, takut nanti tak terpakai pulak. Kang pakai pergi jalan-jalan orang kata pengantin sesat mana ni
Baju suami beli kat Gene Martino, Rm100 je. Nasib baik jumpa cari baju yang colour sebijik macam baju aku. Sebab kat situ ada 100 cod color baju.
Tudung yang aku pakai tu aku beli murah je, sandal pulak beli kat Vincci. Selesa la jugak even 3,4x aku jatuh
Baju : RM 229
Tudung : RM 7.90
Sandal : RM 109
TOTAL : RM 345.90
7. MAKEUP
Part ni aku suka. Siapa tak suka wei bila tengok muka sendiri lepas make up. Cantik Sorry terperasan.
Makeup ni yang cantik sebenarnya hehe. Muka aku rasa tak pakai apa-apa, ringan dan tak melekit. Syok wei, rasa nak suruh akak MUA makeup kan lagi hehe.
Aku tak guna sebarang span atau tisu untuk lap peluh even akak MUA pesan suruh dap-dap kan muka dengan span basah bila peluh. Aku dah test dok tengah panas, make up langsung tak cair, terbaik sangat make up dengan akak comey lote ni.
Aku minta MUA makeup kan aku untuk sanding terus. Sebab aku nikah pukul 11.00 pagi, kira lepas tu terus sanding.
Jimat masa, jimat kos, jimat segala-galanya.
HARGA : RM250
*tak termasuk caj perjalanan
8. MAJLIS SAMBUT MENANTU
Majlis sambut menantu lepas Asar. Boleh dikatakan semua benda settle dalam masa 1 hari. Untung kahwin dengan orang dekat ni
Baju majlis ni, aku pinjam baju sepupu. Tudung dan veil pun aku pakai tudung yang sama. Pukul 4.00 petang aku cuci makeup, solat zohor and makeup siap-siap sementara tunggu azan Asar.
Makeup kali ni, mohon jangan kecam. Sebab aku makeup sendiri Dah namanya penjual Bc Cream. Takkan tak nak promote kan? Meh laa beli dyxy dengan kita
Aku just calit-calit jer bc cream, guna brush ratakan. Lipstick yang aku pakai pon set dyxy cod Sexy Nude. Aku letak blusher Rm10 sikit kat pipi kasi pinkish-pinkish gitu.
Ok tak? So untuk majlis sambut menantu aku tak perlu keluarkan duit 1 sen pun huhuhu.
TERIMA KASIH
Ingat. Setiap perkara yang baik-baik, insya Allah, segalanya akan dipermudahkan.
Aku bertunang selama 2 tahun. Duit tak pernah cukup. Setiap kali orang tanya bila nak kahwin, jawapan aku ‘takda duit macam mana nak kahwin’.
Mac 2017, aku pakat dengan suami. Kahwin tahun ni. 22 Julai. Sama tarikh dengan hari lahir aku. Pasal duit tolak tepi. Kita dah pasang niat nak buat masa tu, hari tu, DIA akan tolong.
Syukur. Semuanya berjalan lancar. Tips last aku nak bagi.
1. Set dalam kepala jangan ikut atau dengar cakap orang. Even kau buat majlis grand kat hotel pun pasti orang mengata juga. Pilih ikut kemampuan!
2. Jangan berhutang. Lepas kahwin banyak lagi duit yang nak diguna. Duit banyak tu, takat tu je la majlis kita. Sekali lagi, ABAIKAN CAKAP ORANG.
3. 3-4 bulan sebelum tarikh kahwin dah boleh beli barang-barang kahwin. Beli awal tak rasa duit tu keluar laju macam air paip.
4. Bila kau down, tengok duit makan tinggal seringgit sebab beli barang-barang kahwin. Pejam mata. Tenangkan hati. Takpe, Allah SWT tolong. Aku selalu pujuk hati macam tu.
5. ABAIKAN MULUT ORANG.
3 kali aku ulang ‘abaikan mulut orang’. Kenapa? Sebab kalau kau jenis hati tisu memang lambat la majlis nak berlangsung. Kecuali duit memang dah kepok-kepok.
Last sekali. Terima kasih sudi baca post aku kali ni. Tersilap terkurang maafkan aku. Niat aku satu je. Nak tolong kawan-kawan kat luar sana yang nak kahwin, tapi bajet tak pernah cukup.
Doakan kebahagiaan aku dan suami. Terima kasih ?
Sya_
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI