Sudah membeli kain kafan dan tanah perkuburan sendiri, Clara Shinta terus istiqamah pelajari ilmu agama.

Elisabeth Clara Shinta Aritonang atau dikenali sebagai Clara Shinta merupakan seorang selebriti dan usahawan yang terkenal di media sosial.

Sudah Membeli Kain Kafan & Tanah Perkuburan Sendiri CLARA SHINTA Terus Istiqamah Pelajari Ilmu Agama
Kredit Foto: clarashintareal

Setelah membuat keputusan untuk memeluk Islam dan berhijrah, kehidupan Clara Shinta kini sentiasa menjadi perhatian umum.

Baru-baru ini, menerusi satu siaran podcast berbentuk keagamaan yang telah dimuat naik menerusi saluran YouTube Ustazah Oki Setiana Dewi, Clara Shinta selaku bintang jemputan menceritakan proses masuk Islamnya serta perjalanan hijrah yang sedang dilaluinya saat ini.

Dalam podcast itu, Clara Shinta yang memeluk Islam secara rasmi pada tahun 2017 bertekad untuk konsisten berhijab dan mempelajari agama Islam.

Rasa Gelisah Sebelum Lafaz Syahadah
Sebelum memeluk agama Islam, Clara Shinta merupakan penganut agama Kristian dan rajin beribadah.

Ads

Menerusi podcast Ustazah Oki Setiana Dewi, Clara Shinta mendedahkan reaksinya ketika pertama kali mendengar laungan azan.

Sudah Membeli Kain Kafan & Tanah Perkuburan Sendiri CLARA SHINTA Terus Istiqamah Pelajari Ilmu Agama
Kredit Foto: clarashintareal

“Suatu ketika, saya terdengar bunyi azan seakan-akan diazankan, rasa gelisah seperti orang tengah kepanasan. Saya terpaksa solat,” ujar Clara Shinta yang turut dikenali dengan panggilan Amira.

BACA JUGA: 6 Tahun Sorok Status Sebagai Mualaf, CLARA SHINTA Dedah Terpaksa Hidup Berpura-Pura

Bukan itu sahaja, perjalanan Clara Shinta dalam memeluk Islam bukan mudah. Ketika Clara Shinta mahu melafazkan kalimah syahadah, dia mendedahkan merasa gelisah.

Ads
Sudah Membeli Kain Kafan & Tanah Perkuburan Sendiri CLARA SHINTA Terus Istiqamah Pelajari Ilmu Agama
Kredit Foto: clarashintareal

“Apabila hendak mengucapkan syahadah, ia seperti ditarik, gelisah seolah-olah mengubah semangat saya,” kata Clara Shinta.

Pun begitu, Clara Shinta lega selepas melafazkan syahadah dan secara rasminya menjadi seorang Muslim.

Saat mendengar pendedahan itu, Oki Setiana Dewi berasa sangat kagum dengan Clara Shinta.

Ads

Hijrah Semakin Mantap
Nampak semakin berazam untuk berhijrah, Clara Shinta sering berkongsi aktiviti hariannya.

Bukan sahaja sebagai pencipta kandungan, Clara Shinta juga aktif menghadiri pelbagai acara tilawah dan aktiviti keagamaan.

Perubahan Clara Shinta sebagai seorang Muslim mendapat sambutan positif daripada peminat.

Sudah Membeli Kain Kafan & Tanah Perkuburan Sendiri CLARA SHINTA Terus Istiqamah Pelajari Ilmu Agama
Kredit Foto: clarashintareal

Clara Shinta sering mencipta content tentang sedekah dan berkongsi kebaikan. Tidak lupa, content Clara Shinta yang pernah tular suatu ketika dahulu juga kembali diperkatakan.

Clara Shinta juga dikatakan telah membeli kain kafan dan tanah perkuburannya sendiri. Nampaknya Clara Shinta sedang bersiap sedia untuk kematiannya sebagai seorang Muslim yang baik. Masha-Allah!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI