Sudah Lama Berniat Peluk Islam, Penyanyi Korea Jay Kim Kini Dipanggil Daud Kim

Share

Mengambil keputusan untuk memeluk agama baru bukan sesuatu yang mudah. Banyak pengorbanan yang harus ditempuh demi melaksanakannya. Begitu jugalah yang terpaksa dihadapi oleh penyanyi solo dari Korea Selatan iaitu Jay Kim atau Kim Jaehan.

Menurut penyanyi tersebut, dia sudah lama memendam Hasrat ingin memeluk agama Islam namun terpaksa menangguhkannya kerana tidak mendapat restu dari ibunya. Ibunya risau dan tak yakin samada dia benar-benar ingin memeluk Islam.

Tambahan pula, agama Islam merupakan agama yang agak asing di sana. Memang kita dapat lihat ada masjid dan makanan halal di sana namun populasi muslimnya masih sedikit iaitu sekitar 200,000 orang dan kebanyakannya adalah pendatang luar yang berhijrah ke sana. Selain itu, terdapat juga rakyat mereka yang mempunyai persepsi negatif terhadap agama Islam disebabkan pengaruh media yang berat sebelah.

Jay Kim sebelum ini pernah mengeluarkan dua album mini. Kalau nak tahu, jejaka ini pernah mengeluarkan lagu raya hasil kolaborasi dengan penyanyi tempatan yang lain iaitu Hyunmin-A, Reyhan One Avenue Band, Natasha Yazir dan Keyin Tay. Lagu itu bertajuk Insa-Raya!

Namun, pada masa ini dia lebih aktif di laman YouTube dengan memuat naik video nyanyian ‘cover’ lagu daripada penyanyi lain. Bukan itu sahaja, dia sering memuat naik video info mengenai budaya Islam di Korea dan bergaul dengan muslim di sana.

Dia juga berasa teringin untuk ke Malaysia bagi menimba ilmu ajaran Islam. Katanya, Malaysia merupakan negara yang harmoni dan membuatkannya lebih mudah untuk belajar agama di sini.

Videonya bergelar seorang muslim telah mendapat lebih 1 juta tontonan di YouTube.

Kini bergelar saudara baru, Jay Kim akhirnya membuat keputusan untuk memeluk agama Islam apabila mengucapkan kalimah syahadah di depan imam masjid di Seoul dan menukar nama daripada Kim Jae Han (Jay Kim) kepada Daud Kim menandakan permulaan barunya sebagai seorang Muslim.

kredit: kimchidaily.my

Published by
Qistina