‘Sudah Jatuh, Ditimpa Tangga’, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Hampir Cacat Disebabkan Kanta Lekap.

Share

Sifat semula jadi seorang wanita semestinya mahu terlihat cantik. Pemakaian kanta lekap kini merupakan perkara biasa untuk setiap wanita. Namun, baru-baru ini tular di TikTok mengenai kisah seorang gadis yang memakai kanta lekap sehingga matanya hampir ‘cacat’. 

Sumber gambar dari google

Siapa di sini yang suka memakai kanta lekap? Pemakaian kanta lekap merupakan sesuatu yang tidak asing lagi untuk wanita yang mahu terlihat cantik. Pelbagai kisah mengenai bahaya memakai kanta lekap sudah didengari. Anda perlu tahu bahawa pemakaian kanta lekap ini sangat berisiko dan memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Bahaya ya, sehinggakan ada yang hampir buta disebabkan memakai kantap lekap!

ARTIKEL BERKAITAN: Hijabi Ini Serik Pakai Contact Lens, Kornea Mata Luka Akibat Beli Di Kedai Biasa

@asy.azharKali ni spill , serious .♬ Why are ppl using my sound_ – Avery ᥫ᭡

 

BERMULA AKIBAT MANDI DI SUNGAI

Luahan ini telah dibuat oleh seorang gadis di TikTok dikenali sebagai @asy.azhar. Video perkongsiannya telah tular di laman sosialnya dan telah mendapat sebanyak 33.7K kesukaan. Menurutnya, kejadian ‘mata hampir cacat’ ini berlaku pada tahun 2018. Ketika itu, dia bersama rakan-rakannya sedang mandi di sungai.

“Ada satu hari tu I pergi ke mandi sungai then biasalah dorang (rakan-rakannya yang lain) main ‘percik’ air.”

“Masa itu, rasa macam ada something dalam mata.. tak pastilah sama ada pasir ataupun batu. Selepas itu, I gosok mata belah kiri dan terasa sakit gila! Tapi lepastu dah reda dan okay sekejap” katanya lagi.

Meninjau perkongsian dari Hello Doktor, pemakai kanta lekap perlu mengelakkan daripada menggosok mata dengan terlalu kuat. Takut ‘benda’ yang dipegang itu termasuk dalam mata ketika menggosok. Apabila benda asing masuk ke dalam mata, kemungkinan mata akan dijangkiti kuman adalah sangat tinggi. Berkemungkinan inilah yang menyebabkan mata gadis ini mulai terasa sakit.

Keesokan harinya, gadis tersebut keluar berjalan dan memakai semula contact lens tersebut tanpa berfikir panjang. Dengan bersahajanya, dia memakai contact lens tersebut tanpa memeriksa expired date dan tidak menukar air contact lens tersebut

.

“Bila I pakai tu, mata jadi pedih dan I biar sahaja sebab biasalah mula-mula pakai lens memang pedih.. Tapi makin lama jadi tak selesa dan mata mulai kemerahan”

TERSILAP LANGKAH

Menurut gadis ini lagi, sebaik sahaja matanya mulai kemerahan, dia terus membuka kanta lekap dan menggosok matanya. Kejadian tersebut menjadi semakin memburuk kerana matanya mulai membengkak dan tidak boleh dibuka selepas dua hari.

Usai kejadian tersebut, dia terus pergi ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Nasibnya ibarat ‘Sudah jatuh, ditimpa tangga’ apabila Doktor di klinik tersebut ‘tersalah’ memberikannya ubat.

@asy.azhar Replying to @Nachoss_ ♬ original sound – Asyikin 🧸

“I tak sure ubat apa, tapi mata i jadi makin teruk.”

Gadis tersebut bergegas mendapatkan rawatan di hospital dan diberitahu bahawa ubat tersebut bukanlah ubat yang sepatutnya diberikan. Ubat yang telah diberikan itu ternyata telah ‘memburukkan’ lagi keadaan mata gadis tersebut. Doktor di hospital tersebut juga telah mempersoalkan tindakan gadis tersebut yang ke klinik terlebih dahulu dan tidak terus ke hospital.

Gambar sekadar hiasan

Setelah itu, dia telah berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Ujarnya lagi, matanya telah dibuka seluasnya dan telah ‘dicocok’ dengan ubat yang diberikan. Rawatan tersebut telah menelan perbelanjaan yang besar kerana satu ubat tersebut berharga lebih kurang RM1000.

Sebagai kesimpulan, kisah gadis ini boleh menjadi pengajaran untuk anda semua. Perkara paling penting adalah melakukan penjagaan rapi semasa memakai kanta lekap. Jangan mengambil mudah akan isu ini dan buat kajian yang secukupnya mengenai cara penjagaan yang betul. Pastikan anda sentiasa kerap menukar air contact lens, memeriksa tarikh luput dan terus ke hospital untuk mendapatkan bantuan pakar sekiranya mata mulai bengkak.

Sumber: @asy.azhar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir Buta Gara-Gara Contact Lens, Gadis Ini Kongsi Cara Penjagaan Contact Lens Yang Tepat Mengikut Saranan Doktor Pakar Mata

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira