Sifat semula jadi seorang wanita semestinya mahu terlihat cantik. Pemakaian kanta lekap kini merupakan perkara biasa untuk setiap wanita. Namun, baru-baru ini tular di TikTok mengenai kisah seorang gadis yang memakai kanta lekap sehingga matanya hampir ‘cacat’.
Siapa di sini yang suka memakai kanta lekap? Pemakaian kanta lekap merupakan sesuatu yang tidak asing lagi untuk wanita yang mahu terlihat cantik. Pelbagai kisah mengenai bahaya memakai kanta lekap sudah didengari. Anda perlu tahu bahawa pemakaian kanta lekap ini sangat berisiko dan memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Bahaya ya, sehinggakan ada yang hampir buta disebabkan memakai kantap lekap!
Luahan ini telah dibuat oleh seorang gadis di TikTok dikenali sebagai @asy.azhar. Video perkongsiannya telah tular di laman sosialnya dan telah mendapat sebanyak 33.7K kesukaan. Menurutnya, kejadian ‘mata hampir cacat’ ini berlaku pada tahun 2018. Ketika itu, dia bersama rakan-rakannya sedang mandi di sungai.
“Ada satu hari tu I pergi ke mandi sungai then biasalah dorang (rakan-rakannya yang lain) main ‘percik’ air.”
Ads
“Masa itu, rasa macam ada something dalam mata.. tak pastilah sama ada pasir ataupun batu. Selepas itu, I gosok mata belah kiri dan terasa sakit gila! Tapi lepastu dah reda dan okay sekejap” katanya lagi.
Meninjau perkongsian dari Hello Doktor, pemakai kanta lekap perlu mengelakkan daripada menggosok mata dengan terlalu kuat. Takut ‘benda’ yang dipegang itu termasuk dalam mata ketika menggosok. Apabila benda asing masuk ke dalam mata, kemungkinan mata akan dijangkiti kuman adalah sangat tinggi. Berkemungkinan inilah yang menyebabkan mata gadis ini mulai terasa sakit.
Keesokan harinya, gadis tersebut keluar berjalan dan memakai semula contact lens tersebut tanpa berfikir panjang. Dengan bersahajanya, dia memakai contact lens tersebut tanpa memeriksa expired date dan tidak menukar air contact lens tersebut.
“Bila I pakai tu, mata jadi pedih dan I biar sahaja sebab biasalah mula-mula pakai lens memang pedih.. Tapi makin lama jadi tak selesa dan mata mulai kemerahan”
Ads
TERSILAP LANGKAH
Menurut gadis ini lagi, sebaik sahaja matanya mulai kemerahan, dia terus membuka kanta lekap dan menggosok matanya. Kejadian tersebut menjadi semakin memburuk kerana matanya mulai membengkak dan tidak boleh dibuka selepas dua hari.
Usai kejadian tersebut, dia terus pergi ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Nasibnya ibarat ‘Sudah jatuh, ditimpa tangga’ apabila Doktor di klinik tersebut ‘tersalah’ memberikannya ubat.
“I tak sure ubat apa, tapi mata i jadi makin teruk.”
Ads
Gadis tersebut bergegas mendapatkan rawatan di hospital dan diberitahu bahawa ubat tersebut bukanlah ubat yang sepatutnya diberikan. Ubat yang telah diberikan itu ternyata telah ‘memburukkan’ lagi keadaan mata gadis tersebut. Doktor di hospital tersebut juga telah mempersoalkan tindakan gadis tersebut yang ke klinik terlebih dahulu dan tidak terus ke hospital.
Setelah itu, dia telah berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Ujarnya lagi, matanya telah dibuka seluasnya dan telah ‘dicocok’ dengan ubat yang diberikan. Rawatan tersebut telah menelan perbelanjaan yang besar kerana satu ubat tersebut berharga lebih kurang RM1000.
Sebagai kesimpulan, kisah gadis ini boleh menjadi pengajaran untuk anda semua. Perkara paling penting adalah melakukan penjagaan rapi semasa memakai kanta lekap. Jangan mengambil mudah akan isu ini dan buat kajian yang secukupnya mengenai cara penjagaan yang betul. Pastikan anda sentiasa kerap menukar air contact lens, memeriksa tarikh luput dan terus ke hospital untuk mendapatkan bantuan pakar sekiranya mata mulai bengkak.
Ramai wanita yang mempunyai masalah apabila menghadapi kegatalan di sekitar kemaluan. Seperti anda tahu, kebaikan air garam banyak membantu jika anda mengalami sakit gigi. Adakah air garam dapat membantu dalam menghilangkan kegatalan pada Miss V anda?
Kegatalan pada alat sulit merupakan perkara biasa. Selalunya, kegatalan yang melampau juga disebabkan wanita itu tidak menjaga kebersihan diri sendiri atau mengalami jangkitan pada miss V. Sebelum mencuba sesuatu, anda perlu mengetahui risiko yang bakal berlaku. Ini untuk mengelakkan dari risiko baik dan buruk jika kita lakukannya.
Ramai yang menyangka air garam dapat membantu dalam kegatalan disebabkan oleh sifat antiseptik yang berada di dalam garam. Akan tetapi, dinasihatkan supaya untuk diagnos pada pakar terdahulu sebelum keadaan miss V gatal lebih teruk. Selain itu, air garam juga akan menyebabkan kawasan intim anda menjadi kering dan gatal teruk.
Keburukan hilangkan gatal pada kemaluan wanita dengan air garam.
Kadang-kadang kita pasti terlupa tentang keburukan sesuatu perkara itu. Diingatkan supaya, bukan semua petua boleh dipaka guna. Oleh itu pastikan anda menggunakan air garam dengan lebih berhati-hati. Air garam boleh membuatkan kulit anda menjadi lebih pedih. Sehingga boleh menyebabkan kulit vagina melecet dan gatal.
Penggunaan air garam pada Miss V juga akan menyebabkan keseimbangan PH di kawasan intim anda menjadi lebih kering. Oleh sebab itu, penggunaan air garam mungkin tidak berkesan untuk sesetengah wanita. Usah bimbang kerana ada cara penjagaan yang boleh dilakukan oleh anda di rumah.
Cara penjagaan vagina di rumah.
Cara yang paling mudah untuk anda menjaga miss V untuk bebas dari penyakit dan bersih adalah dengan membasuh menggunakan air biasa dan lap sehingga kering menggunakan tisu atau tuala yang bersih. Vagina tidak akan gatal-gatal dan sentiasa bersih jika anda menjaganya selalu.
Jangan ambil mudah jika menghadapi kesakitan atau kegatalan yang kerap pada vagina. Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor sekiranya mempunyai masalah seperti jangkitan yis atau vaginitis untuk rawatan selanjutnya. Dengan rawatan yang betul, masalah kegatalan, dan penyakit akan dapat diatasi dengan cepat.
Untuk pengetahuan anda, alat sulit wanita atau vagina mempunyai PH tersendiri. Jadi dengan PH tersendiri anda tidak perlu cuci vagina dengan menggunakan air garam, campuran herba, sabun tertentu. Takut vagina dijangkiti oleh penyakit lain dan menjadi lebih kering.
Dilarang untuk menggunakan semburan wangi atau bedak pada kawasan intim.
Sewaktu haid, dinasihatkan untuk memakai tuala wanita dan elak menggunakan tampon ya!
Kadar gula yang seimbang boleh mengelakkan kegatalan jadi ini merupakan salah satu petua buat mereka yang menghidap diabetes.
Pastikan vagina dapat bernafas dengan baik. Pakai seluar dalam yang selesa dan tidak ketat! Kapas merupakan fabrik yang sesuai dipakai.
Buat yang sudah berkahwin, amalkan seks yang selamat. Elakkan daripada jangkitan kelamin dan pakai perlindungan!
Akhir kata, jangan ambil mudah tentang kesihatan terutama sekali kesihatan dalaman dan alat sulit kerana ia akan mendatangkan kemudaratan pada diri anda pada masa akan datang. Jumpa dengan doktor jika anda rasa pelik atau sakit pada bahagian alat sulit.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Seluar jeans ketat telah digayakan selama bertahun-tahun dan masih menjadi trend pada tahun 2022. Dan walaupun anda mungkin berasa terlalu letih pada penghujung hari untuk menukar pakaian, lebih baik menanggalkannya dan memilih sesuatu yang lebih longgar apabila berada di rumah. Malah, memakai seluar skinny jeans terlalu kerap dan untuk jangka masa yang lama mungkin menyebabkan lebih banyak masalah daripada yang anda fikirkan.
Walaupun skinny jeans adalah seluar kegemaran anda, mungkin akan menukarnya dengan sesuatu yang lebih selesa kerana memakainya secara kerap mungkin menjejaskan kesihatan dalam beberapa cara yang mengejutkan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
1. Boleh menyebabkan kaki sakit.
Walaupun seluar skinny jeans tampak bergaya, lebih baik anda bertukar memakai seluar yang lebih longgar sebaik sahaja pulang ke rumah. Menghabiskan terlalu banyak masa memakai seluar jeans yang ketat, terutamanya jika anda bergerak atau mencangkung sepanjang hari, boleh menyakiti otot dan saraf di kaki. Gabungan seluar skinny jeans dan tali pinggang yang ketat juga boleh menyebabkan kebas, sakit dan kesemutan pada bahagian depan paha, keadaan yang juga dikenali sebagai Sindrom Seluar Kurus.
2. Mungkin melambatkan peredaran darah.
Seluar jeans mungkin menjadi pakaian anda untuk sebarang majlis, tetapi jika anda pernah mengalami rasa berat dan kaki letih, adalah lebih baik untuk memilih seluar yang lebih selesa. Memakai pakaian yang terlalu ketat dan ketat di pinggang boleh mengurangkan peredaran darah anda dan menjadikan urat lebih sukar untuk mengepam darah kembali ke jantung dan organ lain.
Anda mungkin perasan seluar jeans boleh meninggalkan rabung yang dalam dan sensitif di sekeliling pinggang jika anda memakainya terlalu lama. Pakaian ketat yang masuk ke dalam perut sebenarnya boleh menyebabkan refluks asid, salah satu masalah usus yang paling biasa dialami oleh ramai orang. Dan walaupun anda benar-benar sihat dan tidak biasa dengan pedih ulu hati yang menyakitkan, anda masih mempunyai peluang untuk mengalami refluks jika memakai pakaian ketat dengan kerap dalam tempoh 2 minggu.
3. Menjejaskan postur anda.
Walaupun memakai seluar jeans yang ketat mungkin membuatkan anda berasa bersatu, dalam jangka masa panjang, ia sebenarnya boleh menyebabkan anda membongkok. Seluar skinny jeans mengganggu keseimbangan yang sihat antara bahagian bawah belakang dan pinggul, dan kerana ia boleh menyebabkan lenturan bahagian bawah belakang yang berlebihan, ia boleh meningkatkan tekanan pada cakera tulang belakang juga.
5. Tidak baik untuk kesihatan reproduktif anda.
Tidak syak lagi bahawa skinny jeans adalah klasik, tetapi memakainya setiap hari sebenarnya boleh meningkatkan risiko anda mengalami jangkitan dan kerengsaan tertentu. Salah satu daripadanya ialah vulvodynia, keadaan yang dicirikan oleh sakit kronik di kawasan peribadi. Penyelidik telah mendapati bahawa wanita yang memakai seluar jeans ketat 4 kali atau lebih seminggu lebih dua kali lebih berkemungkinan mendapat vulvodynia berbanding mereka yang tidak pernah memakai seluar ketat.
Adakah anda sering memakai seluar jeans? Adakah anda menanggalkannya apabila anda pulang ke rumah atau memakainya sepanjang hari? Jadi sebagai hijabi, padanan seluar yang tidak membalut kaki lebih memberi manfaat sebenarnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bagi yang suka bersolek ‘eyeliner‘ merupakan komponen utama pada bahagian mata agar tampak lebih memukau, cantik dan seksi. Akan tetapi tahukah anda memakai eyeliner juga boleh berbahaya kepada kesihatan?
Jangkitan bakteria boleh terjadi dibahagian mata apabila anda tidak mengamalkan teknik kebersihan yang betul. Untuk mencegah dari terkena jangkitan bakteria anda perlu mengetahu beberapa tips keselamatan yang boleh dipakai guna setiap kali memakai eyeliner.
Tips keselamatan solekan mata
1. Pilih produk berkualiti tinggi dan selamat
Tisu di bahagian kelopak mata manusia adalah bahagian kedua paling nipis dan sangat sensitif berbanding bahagian kulit yang lain. Menurut pakar, disarankan untuk elak memakai eyeliner yang kalis air kerana ianya sukar dicuci.
Sekiranya anda tidak menyuci eyeliner dengan betul, risiko untuk mendapat jangkitan sangat tinggi. Jadi anda digalakkan untuk cuci sebersihnya selepas seharian memakai eyeliner. Selain itu, pastikan anda periksa dahulu bahan yang terdapat di dalam eyeliner dan pastikan tiada bahan yang boleh membuatkan mata anda mengalami reaksi alergi.
2. Memakai eyeliner dengan lebih berhati-hati
Ketika memakai eyeliner, anda dinasihatkan supaya berhati-hati kerana garis kelopak mata manusia sangat nipis dan komponen eyeliner tersebut berisiko untuk memasuki mata anda. Elakkan untuk terkena pada bahagian mata supaya tidak sakit.
3. Buang alat solek mata selepas 3 bulan
Kita selalu terlepas pandang akan jangka hayat sesuatu alat mekap terutama sekali alat mekap bahagian mata. Eyeliner merupakan salah satu alat solek yang sukar diketahui jangka hayatnya. Dinasihatkan supaya membuang eyeliner selepas 3 bulan kerana kita tidak nampak kulat yang terbentuk.
Salah satu tips untuk mengingati jangka hayat sesuatu produk itu adalah dengan menulis tarikh anda membuka produk tersebut.
Perkara ini seringkali terjadi apabila anda keluar bersama rakan atau keluarga. Pasti ada yang ingin meminjam barangan anda. Tidak menjadi masalah untuk pinjam tetapi ianya sama sahaja seperti anda berkongsi bakteria.
Untuk mengelakkan jangkitan anda dinasihatkan supaya tidak sesekali berkongsi alat solek terutama sekali eyeliner kerana kita tidak tahu sekiranya orang lain mempunyai jangkitan mata.
5. Baca label dan elak bahan berbahaya
Sekiranya anda jenis yang suka mencuba alat solek terutama sekali eyeliner atau alat solek bahagian mata, pastikan anda memberikan perhatian pada label dan ramuan. Jangan sesekali ambil mudah. Terutama sekali eyeliner, mascara dan eyeshadow. Alat solek berkaitan mata perlu dititikberatkan kerana takut akan mengakibatkan iritasi dan bengkak lalu menyebabkan jangkitan bakteria.
Akhir kata, bukan sahaja eyeliner tetapi isu berkaitan mata seperti kemerahan, kesakitan,perubahan penglihatan perlu dihentikan. Paling penting sekali jangan lupa untuk menjaga kebersihan eyeliner dan alat solek supaya tidak berisiko kepada mata dan wajah anda.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kisah mualaf cantik dari Indonesia, Arnita Rodelina Turnip boleh dijadikan inspirasi. Sering mendengar ceramah agama di saluran Youtube telah membuka hati Arnita yang menuntut...