Sudah Bertudung Labuh Di Gelar ‘Mak Cik’ Pula, Mia Ahmad Tukar Imej Kerana Allah SWT

Share

Sudah menutup aurat tetapi masih lagi terima kecaman, pelakon Mia Ahmad berkongsi bersama peminat mengenai pemakaiannya terkini. Namun ada yang menganggap keputusannya untuk bertudung labuh itu seolah-olah seperti ‘makcik’.

Mulut orang ada sahaja yang ingin berkata walaupun sudah ada inisiatif dari individu itu untuk menutupi auratnya. Malah, bukan sahaja komen negatif, ada jua yang menitipkan doa dan kata-kata semangat kepada Mia Ahmad untuk kekal istiqamah.

Bertudung labuh di gelar “Mak Cik” pula

Mia Ahmad baru-baru ini ada membuat satu perkongsian di laman sosial media Instagram miliknya menunjukkan gaya pemakaiannya yang baharu. Dia kini tampil dengan gaya tudung labuh melepasi dada dan kelihatan sangat manis dan sopan.

Pelakon itu sudah lama memakai hijab sejak awal permulaan karier lakonannya di mana dia sangat di minati peminat oleh kerana imejnya yang sopan dan manis. Lantas dia masih mengekalkan imejnya sehingga kini tanpa ada sebarang isu yang terbangkit.

Sumber gambar dari Murai.my

Mengikuti perkongsiannya itu, Mia kelihatan pasrah dan hanya berpegang teguh kepada pendiriannya–berpakaian sebegini kerana Allah SWT. Dia juga turut menjelaskan lagi apa terbuku di hatinya dan ingin semua faham dengan jelas.

Artikel berkaitan: “2009 Tak Tahu Membaca Alif Ba Ta, Mula Belajar Di Usia 33 Tahun…” – Hijrah Mizz Nina Cukup Menyentuh Hati

“Ada yang cakap I takkan istiqamah…ada yang cakap husband  tak support,

kuatkan hati because I know I did the right thing. For the sake of Allah SWT, tahu tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik,

“Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang along the way. Semoga Allah SWT terus menjaga niat hati I dan kita semua,

Sisters, semoga Allah SWT memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin yra.” itu lah apa yang di letakkan pada ruangan kapsyen di posting

miliknya.

Dia berharap meski apa pun yang di perkatakan itu adalah cabaran buat dia bagi menghadapi dugaan dari Allah SWT. Juga tidak melepaskan peluang, Mia atau nama sebenarnya Samihah binti Ahmad Baderi, 34, memberi kata-kata semangat buat semua yang ingin mengorak langkah kearah kebaikan.

Tidak semua anggap Mia seperti ‘Mak Cik’

Walaupun ada yang menggelarkan gaya tudungnya yang labuh itu seperti ‘Mak Cik’, dia tetap menjadi idola kepada peminatnya. Ada juga yang menitipkan doa dan pujian oleh kerana penampilannya yang menjadi inspirasi bagi mereka untuk berhijrah.

Meninjau ruangan di komen, ramai yang puji akan penampilannya itu.

“Alhamdulillah, Subhanallah manisnya doakan saya juga,

“Cantiknya kak Mia, teringin nak labuh tudung macam itu, mak pulak tak kasi,

“Ya Allah SWT…kak Mia sumber inspirasi semoga kita semua istiqamah untuk kearah kebaikan,

“Alhamdulillah dah pakai tudung labuh, Semoga istiqamah selalu, Aamin.” antara komen yang di berikan.

Kita antara yang melihat perkembangan seseorang individu itu perlu berjaga-jaga dalam pertuturan untuk berkata mengenai mereka. Seperti apa yang kita biasa dengari–Buat dosa kepada Allah SWT, kita boleh memohon kemaafan dan insyaAllah di terimaNya, buat salah kepada sesama manusia, adakah betul mereka hendak memaafkan kita?

Sumber info dan gambar: Murai.my dan Mia Ahmad

Artikel berkaitan: Dulunya Pernah Tipu Depan Ayah Pakai Tudung, Kini Anak Gadisnya Berhijab Tarik Perhatian. Kisah Hijrah Datin Seri Shahidah…

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee