Hukum solat adalah fardu ain. Ertinya, ia wajib ditunaikan oleh semua orang Islam, yang berakal, baligh, berada dalam keadaan suci (bukan haid).
Dalil hukumnya adalah wajib ialah seperti berikut:
Firman Allah:
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ
Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah: 43)
Waktu yang diperuntukkan Allah SWT untuk kita menunaikan solat cukup dan bersesuaian, jadi kita perlu bijak mengaturnya.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu akan melarang diri mereka yang mendirikannya daripada segala keburukan dan kemungkaran.”
(Surah al-Ankabut, ayat 29)Ia jelas menunjukkan solat mampu memelihara seseorang mukmin daripada terjebak dengan maksiat, namun perkara ini tidak akan terhasil tanpa usaha dan azam yang kuat.
Namun selalunya ramai yang ‘terbabas’ dengan solat Subuh. Berikut perkongsian daripada Najmi Farisham
Saya nak pesan satu benda. Walau kita ini bangun pagi lambat tara mana pun, jangan skip solat subuh. Ini antara solat yang wajib kita tunaikan biar apa pun yang berlaku. Kita kena jaga soal ini.
Contoh terjaga pukul 7 pagi, bangun solat.
Misalnya terbangun jam 10 pagi, bangun solat.
Kutlah tersedar pada 1 tengah hari, bangun solat.
Jangan fikir yang kita bangun lambat, solat itu dah tak kena buat dah. Ia tetap dan wajib kena buat tau. Asal terjaga ja, terus bangun solat.
Tak usah duk termenung beranganlah.
Orang nak kata itu subuh gajah, subuh dinasor? Biarlah, dah memang betul pun kan. Yang penting kita laksanakan kewajipan kita sebagai seorang muslim.
Dan semestinya kita sendiri kenalah usaha berubah supaya dapat bangun awal pagi untuk solat subuh pada waktunya. Okey?
”Malu takut nanti orang kata?”
Halah, mereka bukannya tahu pun kita niat solat apa. Kalau orang tanya, cakaplah solat duha. Dah alang-alang itu, buatlah sekali duha 2 rakaat.
“Tapi nanti orang tahulah kita solat subuh sebab baca qunut.”
Simple, tak payah baca qunut. Ada alasan lain lagi?
Pokoknya, solat subuh tetap kena laksanakan biarpun bangun pagi lambat. Jangan selesakan diri dengan bangun pagi dalam keadaan tak solat, lepas tu dengan tak bersalah buat kerja duniawi.
Posting ini bukanlah nak mengajar helah. Namun sebagai jalan keluar bagi masalah yang berlaku. Jangan disebabkan bangun lambat, terus tak solat. Wajib kena tunaikan juga ya.
Ketahuilah, yang terbaik ialah solat subuh tepat pada waktunya. Yang ini, kita semua kena sama-sama usahakan tak kira kecil besar, tua muda. Itulah.
Sumber kredit: Najmi Farisham Top image: Photo by rodnae-productions from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.